Aryana muncul di hadapan rumah Riley tanpa pengetahuan Riley. Elvin pula telah lama keluar menuju ke tempat kerjanya. Yang masih tinggal cumalah Riley dan Hanie.
"Bos nak pape lagi ke? Kalau tak saya nak masuk kerja.." ujar Hanie.
"Pergi jelah. Saya boleh jaga diri sendiri."
"Okaylah tapi..."
"Jap. Ivy call." Ujarnya lalu menjawab panggilan tersebut.
Ivy: Riley, I nak beritahu you yang Aryana nak jumpa you.
Riley: Apa! Okaylah. Nanti pandai-pandai I handle.
Panggilan tersebut ditamatkan.
"Kenapa bos?" Tanya Hanie.
"Awak bersembunyi dekat dalam almari." Arahnya.
"Kenapa?"
"Aryana ada dekat sini. Sekarang ni tolong sembunyi dalam almari. Cepat." Arahnya kepada Hanie. Ditutupnya pintu almari tersebut.
Aryana kini sudah berada di dalam rumah Riley. Dia memandang setiap sudut rumah itu. Ternyata dia bukan duduk seorang.
Riley turun ke tingkat bawah. Ternyata Aryana memang berada di situ.
"Kenapa datang sini?"
"I miss you. Tadi I ada datang offices you. Tapi kawan you cakap you cuti...sebab tu I datang sini." Jawab Aryana.
"Oh.."
Tiba-tiba Aryana menarik tangan Riley lalu di bawanya ke bilik Riley. Riley mula berasa cemas jika dia tahu tentang kehadiran Hanie. Hanie yang berada di dalam almari tidak dapat menahan lagi.
"Aryana you buat apa dekat sini?"
"I nak tengok baju you. Mana tahu you masih simpan lagi baju yang I bagi sebelum ni." Ujarnya yang menuju ke arah almari tersebut.
"No..!" Riley muncul di hadapan Aryana lalu memeluknya.
Aryana membalas pelukan itu. Hanie yang berada di dalam almari hanya terdiam.Dia benar-benar ingin keluar. Tidak dapat menahan lagi di dalam almari tersebut.
"Okay I balik dulu. Thanks sebab pelukan tu." Ujar Aryana lalu menghilangkan diri.
"Pelukan?" Hanie yang tidak sengaja terdengarnya.
Riley mengeluh seketika. Tak sangka kena peluk perempuan yang dia tidak suka. Haishh... apalah nasib..
Riley segera membuka almari tersebut. Hanie terus pengsan.
Riley menyambutnya."Hanie... Hanie bangun.." ujarnya yang asyik menyedarkan Hanie.
Riley membaringkan Hanie di atas katil. Ketika itu, Elvin pun baru balik lalu dia menuju ke bilik Riley.
Dia terkejut melihat Hanie terbaring di atas katil Riley.
"Rileyy!" Jeritnya. Segera Riley munculkan diri di hadapannya.
"Kenapa?"
"Awak gigit gadis tu. Awak tak nampak ke yang dia cantik lah. Dasar Vampire!"
"Hoi! Kau pun Vampire kan!" Jawab Riley. Terdiam Elvin dibuatnya.
"Kalau awak nak tahu tadi saya suruh dia sembunyi. Tak sangka pula yang dia terus pengsan." Terang Riley."Sembunyi?"
"Tadi Aryana datang sini. Jadi saya suruh dia sembunyi dalam almari. Mungkin takde udara kot."
"Takpe..saya akan beri dia cpr." Ujarnya lalu mendekati Hanie.
"Hoi gilaa ke! Dia pengsan bukan lemas!" Riley menolak badan Elvin.
"Oh ye ke? Takpelah kalau macam tu biar saya jaga dia."
"Tak perlu. Biar saya yang jaga dia."bantah Riley.
Mereka berdua berlawan mata. Akhirnya bermasam muka dan berpaling arah. Tidak mahu memandang muka masing-masing.
Hanie membuka matanya perlahan-lahan. Dia mendapati Riley Dan Elvin berada di hadapannya itu.
"Elvin.. Riley.." panggil nya dengan sayu.
Mereka berdua memandang ke arah Hanie. Hanie bangun dan memicit kepalanya yang pening itu.
Selepas itu, Elvin pun menghantar Hanie pulang. Hanie hanya mengikutnya.
Sampai di rumah, Puan Karina menyambut Hanie. Dibawanya Hanie ke bilik lalu turun semula.
"Eh mana lelaki yang hantar Hanie?" Fikir Puan Nilla.
Puan Nilla pun menghantar makanan kepada Hanie. Selepas makan, Hanie berehat sebentar. Ivy pula datang ke rumah Hanie untuk melawatnya.
"Hanie, are you okay?" Tanya Ivy.
"I'm okay. Cuma tadi bos suruh saya sembunyi dekat dalam almari. Saya tak dapat bernafas sebab tu pengsan tadi." Terang Hanie.
"Takpe. You rehat dulu okay. Oh ye kerja awak, saya dah siapkan so esok awak kena siapkan apa yang tertinggal."
"Okay. Thanks Ivy."
••••••••
Hanie bangun seperti biasa. Dia menuju ke tempat kerjanya. Menyiapkan kerja yang tertangguh sebelum ini.
"Hanie...hari ni ada apa-apa meeting tak?" Tanya Riley.
"Ada. Pukul 10 pagi, bos ada meeting dengan klien dari Jepun. Pukul 12 tengah hari, Tuan Edy ajak bos lunch.."
"Jap..Tuan Edy?" Potong Riley.
"Ya. Sebelum ni dia ada call bos, tapi bos tak jawab agaknya..."
"Okay. Tu je kan?" Hanie mengangguk.
Riley berjalan memasuki ruang pejabatnya. Duduk bersandar di kerusinya itu. Dia mengeluarkan seutas rantai dari poket seluarnya.
"Siapa pemilik rantai ni?" Ujarnya dalam hati.
Memandang ke arah rantai tersebut. Rantai yang berbentuk bunga Ros.
•To be continued•
🧛🏻♂️🧛🏻♀️
8.6.2020
YOU ARE READING
RED BLOOD (C)
FantasySeorang vampire yang terpaksa mencari darah suci untuk menyembuhkan penyakitnya. Namun dia telah jatuh cinta kepada gadis yang memiliki darah suci, akan tetapi semuanya berakhir dengan kesedihan. Rayyan lenyap dari dunia kerana penyakitnya tidak dap...