Part 16♡

98 14 0
                                    

Hanie sedang sibuk dengan tugasan yang perlu dia selesaikan sebelum mesyuarat esok. Jennifer masuk ke bilik Hanie dan melihat Hanie kelihatan fokus membuat kerja. Dia ingin bertanya tetapi dia sengaja diam kerana dia tahu Hanie pasti tidak suka jika orang mengganggunya semasa dia sedang sibuk membuat kerja.

Sementara menunggu Hanie menyiapkan kerjanya itu, Jennifer melihat keadaan bilik Hanie. Sungguh teratur dan cantik. Namun dia terjumpa satu keping gambar di atas meja. Dia mengambil gambar itu.

Orang yang terdapat di dalam gambar itu sungguh sama dengan orang yang Jennifer kenal. Mungkin...

"Hanie..can I ask you something?" Tanyanya yang sudah memegang gambar itu. Ditelitinya.

"What? I busy now."

"Orang dalam gambar ni bukan Riley ke?" Tanyanya yang ingin menuju ke arah Hanie. Hanie segera merampas gambar itu dari Jennifer.

"Ni Rayyan. Bukan Riley." Ujarnya lalu dia meletakkan kembali gambar itu di dalam kotak. Jennifer masih hairan.

"Haniee I keluar dulu." Katanya. Dia mengatur langkah untuk keluar dari bilik Hanie. Pintu bilik tersebut ditutup.

Hanie membuka semula kotak itu. Dia amat merindui Rayyan. Gambar itu diambil ketika pertama kali dia berjumpa dengan Rayyan. Tanpa dia sedar dia telah menangguhkan kerjanya. Segeranya menyambung kembali kerjanya itu.

•°
•°
•°
•°
•°

Riley duduk di atas katilnya sambil memegang rantai. Dia masih mencari empunya rantai itu tetapi dia tidak jumpa. Elvin yang kebetulan lalu di hadapan bilik Riley terus melulu masuk ke bilik Riley.

"Masuk tu ketuklah pintu dulu." Marahnya

"Sorry. Oh ye, awak masih simpan lagi rantai tu? Tak jumpa lagi ke pemilik rantai tu?" Riley menggeleng.

"Harap bersabarlah. Dahlah I nak mandi dulu."

•°
•°
•°
•°
•°

Keesokan harinya, Hanie bangun awal lalu bersiap. Dia tergesa-gesa masuk pejabat sebelum mesyuarat tersebut bermula.

Sesampai sahaja dia disana. Dia mula duduk dan berehat sebentar sementara menunggu pekerja lain tiba.

Tiba-tiba dia merasakan seseorang berjalan menuju ke ruang pejabat itu. Ditelitinya namun tiada sesiapa pun.

"Pandang apa tu?"

Segera Hanie menoleh ke belakang. Ternyata bosnya sudah sampai. Riley semakin hampir dengan Hanie. Manakala Hanie semakin berundur.

Akhirnya dia terjatuh di atas kerusi. Riley mendekatkan mukanya ke muka Hanie. Hanie semakin tidak keruan. Dia menutup mukanya.

Tiba-tiba dia terdengar ketawa seseorang. Segera dia mengalihkan tangannya yang tadinya menutup muka. Kelihatan Riley berdiri di hadapannya.

"Awak fikir saya nak buat apa dekat awak?" Hanie hairan. Pipinya sudah kemerahan.

"Saya cuma nak beritahu yang pipi awak comot je. Saya pergi dulu." Ujarnya lalu beredar. Ditinggalkan Hanie yang sudah malu.

Dia segera mengambil cermin yang terdapat di dalam begnya. Ternyata pipinya betul ada kesan comot.

"Aduh apalah yang aku fikir tadi..." Monolognya sendiri.

Akhirnya jarum jam sudah menunjukkan pukul 8.30 yang bermaksud mesyuarat telah bermula.

Hanie selaku PA Riley telah diberi tugas untuk membentangkan beberapa cadangannya. Tapi hampa apabila Hanie tidak menjumpai dokumen itu. Setahu dia, dia telah menyimpan di dalam pendrive.

Riley yang perasan akan keadaan itu terus bertindak.

"Hanie, saya rasa awak tertinggal dekat pejabat saya. Apa kata awak pergi ambil sekarang." Kata Riley disitu menjadi perhatian. Pekerja tersebut saling memandang antara satu sama lain.

Hanie masih berdiri di situ. Dia tidak faham yang dimaksudkan oleh Riley. Riley Pula memberi isyarat untuk ke pejabatnya sekarang. Segera Hanie keluar lalu menuju ke pejabat Riley.

Apabila dia masuk ke ruang pejabat Riley, kelihatan satu pendrive diletak secara sengaja di atas meja. Tanpa berfikir panjang, Hanie terus mencapai pendrive tersebut lalu berlari ke bilik mesyuarat.

Kira-kira sudah 2 jam mesyuarat tersebut telah tamat. Hanie mengucapkan terima kasih kepada bosnya itu.

"Bos. Macam mana bos boleh sediakan pendrive untuk saya. Maksud saya, macam mana bos tahu yang saya kehilangan dokumen tu?" Tanya Hanie yang ingin tahu.

"Saya dah sediakan awal sebab saya rasa something akan berlaku. So jangan cakap yang awak rasa terhutang budi dengan saya."

"Terima kasih. Oh ye, apakata saya belanja bos lunch."

"Okay, not bad. Jom"

Akhirnya mereka tiba di kedai makan. Mereka memesan makanan. Sementara menunggu hidangan sedia, mereka berdua berbual mengenai perkara lain.

"Hanie, saya ada sesuatu nak tanya awak. Kenapa awak cakap yang saya Rayyan?" Tanyanya. Hanie memandang ke arah Riley. Dia pun memberitahu perkara sebenar.

Riley terkejut apabila Hanie menceritakan itu semua kepadanya. Lagipun Hanie masih tidak tahu akan hubungan Riley, Rayyan dan juga Jay. Bagi Hanie mungkin Riley hanya pelanduk dua serupa.

"Macam mana perkenalan awak dengan budak serigala tu?"

"Oh Zack. Saya kenal dia dah lama. Dari umur saya 3 tahun rasanya." Jawab Hanie. Riley hanya meng'oh'.

"Awak..." Ayat Riley Menjadi tergantung kerana pelayan tiba-tiba menghantar makanan.

Makanan yang mereka pesan kini sudah terhidang. Mereka memberi ruang untuk menikmati makanan itu terlebih dahulu.

Selepas sahaja mereka selesai menikmati makanan itu. Hanie pun menuju ke kaunter bayaran untuk membayar.

"Oh ye awak nak cakap apa tadi?" Tanyanya. Riley menggeleng.

Mereka berdua pun kembali ke pejabat kerana waktu makan tengah hari sudah tamat.



To be continued
4.7.2020



RED BLOOD (C)Where stories live. Discover now