Hanie yang lena dikejutkan dengan kehadiran seseorang. Hanie terkejut apabila Mariana berada di dalam biliknya.
Mariana pula memandang ke arah Hanie yang agak mamai.
Hanie menggosok matanya."Dah bangun?" Ujarnya kepada Hanie.
"Ke...kenapa awak datang?"
"Pasal Jay. Aku nak tanya betul ke kau yang bagi rantai tu dekat Jay?"
"Ya, dah terang yang Jay ada rantai tu." Jawab Hanie.
"Rantai tu memang kau sorang ke yang ada?" Tanya Mariana lagi .
"Tak, saya dengan sepupu saya."
"Sepupu? Okay aku kena pergi. Tapi Kau masih dianggap bersalah sebab kau punca Rayyan mati."
Mariana menghilangkan diri dalam sekelip mata. Hanie tidak dapat melelapkan matanya kerana terfikir perkara tersebut. Dia perlu mencari jawapan. Betul ke dia yang bersalah?
Keesokan harinya dia drive menuju ke tempat kerjanya. Kelihatan Ivy menunggu di hadapan pintu pejabat. Dia memandang ke arah Hanie dan membuat Hanie hairan.
"Riley nak jumpa awak. Awak pergilah cepat nanti dia marah." Ujar Ivy.
Hanie segera masuk ke pejabat Riley selepas diberitahu oleh Ivy. Dia memandang ke arah bosnya itu. Diam dan tidak bersuara. Hanie mendekatkan dirinya dengan Riley.
"Arghhh!"
Hanie yang hampir terjatuh semasa ingin mendekati bosnya itu sempat disambut. Mata mereka berdua saling berpandangan. Tiba-tiba Riley melepaskan pegangannya lalu membuat Hanie terjatuh.
Dia segera menoleh ke belakang supaya Hanie tidak tahu akan keadaannya yang sekarang.
"Bos kenapa asyik pandang ke belakang?" Tanya Hanie yang semakin hairan.
"Keluar. Jangan bagi sesiapa yang masuk." Arahnya kepada Hanie. Hanie masih terdiam dan masih berdiri di situ.
"Keluarlah!"
Apabila Hanie ditengking sebegitu tanpa membuat kesilapan dia mula berasa marah. Dia menjadi semakin ingin tahu akan keadaan Riley Yang sebenar. Tanpa membuang masa Hanie berlalu pergi keluar dari bilik itu.
Riley masih menatap wajahnya di cermin. Wajahnya yang ingin bertukar menjadi Vampire. Dia menutup semua langsir yang berada di biliknya itu. Kini ruang bilik pejabatnya menjadi gelap dan bersendirian.
Dia juga tidak mahu semua orang tahu yang dia adalah Vampire lebih-lebih lagi Hanie.
Tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Pandangannya kini tertumpu pada orang yang membukanya. Ternyata Ivy memasuki ruang bilik pejabatnya.
"Riley apa you buat ni?" Tanyanya dengan hairan. Dia memandang ruangan itu. Selepas itu dibukanya langsir.
"No!" Jerit Riley apabila cahaya terkena pada kulitnya.
Ivy yang perasan akan itu segera menutup semula langsir. Dia perlahan-lahan berjalan ke arah Riley Yang sedang duduk membelakangi nya.
Baru ingin menyentuh bahu Riley, Ivy ditolak kasar. Lalu Riley yang separuh sedar segera meminta maaf jika membuat Ivy sakit. Ivy hanya terdiam.
Kerana keadaan Riley Yang semakin teruk Ivy terpaksa membawanya balik."Tunggu sini. I nak turun dulu." Ujar Ivy.
Riley akur dan menunggu Ivy datang semula. Kini Ivy telah datang semula malah membawa hoodie hitam. Disuruhnya Riley memakai hoodie itu.
Selepas itu mereka berdua keluar dari ruangan itu. Semua pekerja memandang ke arah Ivy dengan seseorang yang memakai hoodie.
"Ivy kau bawa siapa tu?" Tanya salah seorang daripada mereka.
"Ni boslah. Dahlah I nak hantar bos balik. Dia tak sihat." Ujarnya lalu pergi.
"Kenapa bos tiba-tiba tak sihat? Tadi okay je." Kini giliran Rose pula yang bersuara.
Mereka semua hanya mengangkat bahu tidak tahu lalu menyambung semula kerja mereka yang baru saja tergendala sebentar tadi.
Hanie pula memikirkan soal Riley. Kenapa tiba-tiba jadi berbeza dari sebelumnya?
(Di rumah Riley)
"You berehat dulu. Esok jangan masuk kerja. Now I want go back office."
"Wait!"
"Why?" Ivy berhenti langkahnya.
"Budak Offices tahu tak pasal ni?"
"Tak, I cakap you tak sihat je. One more tadi Hanie risau sangat dekat you. Kesian pula i tengok dia." Terang Ivy ketika ingin menuangkan air untuk Riley.
(Star R Company)
Ivy masuk kerja semula selepas menghantar Riley pulang. Semua pekerja menunggunya untuk tahu kisah sebenar.
"Wei Ivy kenapa dengan bos. Kau dengan bos ada pape ke? Ke kau dengan bos...."
"Tak!" Sempat Ivy menyekat. "I dengan bos tu kawan je. Manalah kitaorang nak bercinta nya." Ujar Ivy. Hanie pula terdiam dan asyik memandang ke arah Ivy.
Tidak sangka yang Riley Dan Ivy begitu rapat. Malah ada juga yang mengata bahawa mereka sesuai menjadi pasangan.
••••••••
Ketika Riley hendak berehat seseorang telah memasuki biliknya lalu duduk di sofa tanpa disuruh.
"Awal balik?" Tanyanya kepada Riley.
"Tadi saya hampir bertukar jadi ...."
"Vampire..?"
"Haa. Awak balik awal ni dah kenapa?" Tanya Riley pula
"Ivy suruh saya balik awal."
"Elvin awak boleh tolong cari information pasal Rayyan?" Tanya Riley tanpa berlengah.
"Tak pernah pun awak nak tahu pasal diaorang. Kenapa tiba-tiba pula nak tahu?" Elvin hairan dengan soalan kawannya itu.
"Takpelah. Saya nak berehat. Nanti carikan darah. Saya perlukan benda tu." Arah Riley Yang hendak berdiri daripada sofa.
"Darah haiwan okay!"
"Yelah! Habis tu apa!" Belum sempat memarahi Elvin. Elvin telah hilang dari pandangannya.
|To be continued|
🧛🏻♂️🧛🏻♀️
27.5.2020
|Read|Comment|Vote|
YOU ARE READING
RED BLOOD (C)
FantasySeorang vampire yang terpaksa mencari darah suci untuk menyembuhkan penyakitnya. Namun dia telah jatuh cinta kepada gadis yang memiliki darah suci, akan tetapi semuanya berakhir dengan kesedihan. Rayyan lenyap dari dunia kerana penyakitnya tidak dap...