Part 18♡

86 13 0
                                    

Hanie melulu masuk ke ruang pejabat Riley sementara Riley tiada di pejabatnya. Dia tercari-cari pen yang telah dia tinggalkan semasa dia dipanggil oleh Riley untuk mencatatkan tentang beberapa perkara.

Namun dia tidak menjumpai pen nya itu. Satu kilauan menarik perhatian Hanie. Hanie berjalan ke arah kilauan itu. Ternyata ia cuma seutas rantai yang diletakkan di atas gerobok yang paling atas.

Hanie semakin ingin tahu. Dia mengambil kerusi lalu dinaiknya. Akhirnya rantai itu dapat juga dia ambil. Dilihatnya rantai itu, dia sudah terkejut kerana rantai itu sungguh sama dengan rantainya. Pelbagai soalan yang bermain di mindanya.

"Kenapa rantai ni sama dengan rantai aku? Atau ni memang rantai sebenar aku?" Fikirnya yang masih melihat rantai itu.

Tanpa dia sedar, dia sedang diperhatikan oleh seseorang yang baru masuk. Dia masih tidak perasan kerana leka dengan rantai tersebut.

"Hermm..!" Riley berdeham. Namun Hanie masih tidak perasan akan kehadiran Riley. Riley selangkah. "Awak buat apa tu?" Hanie terkejut dengan suara itu lalu hilang imbangan.

Dia hampir terjatuh dan sempat disambut oleh Riley. Mereka berdua saling bertentangan mata. Rantai yang dipegang Hanie sudah jatuh. Dup.. dap.. dup.. dap.. heartbeat Hanie dan Riley saling kedengaran.

Hanie segera bangun lalu berpura-pura betulkan rambut, bajunya.. kononnya lah...
"Saya tanya awak buat apa dekat bilik saya ni?" Tanya Riley lagi sekali.

"Saya cari pen." Jawabnya tanpa berlengah. Riley pula memandang tangan kanannya yang sedang menyembunyikan sesuatu. Dia hairan apa yang Hanie sembunyikan daripadanya.

"Dekat tangan kanan awak tu ada apa?"

"Tak ada pape..." Cepat dia menjawab. Dia semakin menggenggam rantai itu.

Riley tidak percaya dengan Hanie. Dia menghilangkan diri lalu muncul di belakang Hanie. Hanie makin cemas dan berusaha sembunyikan rantai itu. Dia cuma ingin kepastian sahaja.

"Kenapa awak ambil rantai ni?" Tanya Riley. Hanie diam. Dia tidak tahu ingin jelaskan. Dia pun tidak pasti jika itu adalah rantainya.

"Saya saja je. Saya datang sini sebab cari pen je..." Ujar Hanie. Matanya liar mencari benda yang bergelar pen itu. Ternyata pen tersebut berada di bawah fail. Segera dia mengambilkira. "Saya dah jumpa...saya keluar dulu!" Ujarnya lalu ditutupnya pintu.

Riley mengeluh tidak pasti dengan Hanie. Dia berasakan rantai itu berkaitan dengan Hanie, cuma Hanie tidak mengakuinya.

....

"Rileyy!" Panggil Aryana yang tiba-tiba muncul dihadapannya. Riley sudah mengeluh. Dia mengalih pandangan ke arah lain. Baru ingin rasa bebas bila Aryana tak munculkan diri 3 hari lepas tapi sekarang tiba-tiba muncul.

Ditekan nya butang 3 lalu disambung ke telefon Ivy. Ivy memulakan dengan kata-kata hormat.

"Ivy, datang ke offices saya sekarang!!.." selepas sahaja menghabiskan ayatnya. Dia kembali memandang Aryana dengan terpaksa.

"Riley please hear me. I just nak you layan I dengan cara baik." Aryana tulus dengan kata-katanya. Riley Yang mendengar sudah hilang kata-kata. Ingin percaya atau tidak.

Pintu dikuak dengan luas dan Ivy masuk ke dalam lalu dipegangnya lengan Aryana. Dia sudah ingin membawa Aryana pergi tetapi Riley menghalangnya. "Wait!"

Aryana dan Ivy saling berpandangan ke arah Riley. Ivy melepaskan tangannya yang tadinya memegang lengan Aryana.

"Ivy you boleh keluar. I nak cakap dengan Aryana. One more thing, jangan bagi sesiapa yang masuk.." arah Riley. Ivy mengangguk lalu keluar dari pejabat Riley.

Riley memandang ke arah Aryana. "Apa sebenarnya yang awak nak?" Tanya Riley tanpa berlengah lagi.

"I nak you layan I macam mana you layan Ivy. Walaupun cuma kawan. I sedar yang I tak sesuai dengan you, dan you pun tetap akan pilih dengan pemilik rantai tu kan.."

"Okay. I akan layan you sebagai kawan." Balasnya. Aryana tersenyum gembira.

•°
•°
•°
•°
•°

Zack berjumpa dengan Jay di suatu tempat. Mereka bahas mengenai Riley. Mungkin sukar untuk memujuk Riley kembali ke keluarganya yang dulu kerana ketika dulu Jay pernah menghalaunya keluar.

Zack memulakan perbualan sebagai kawan walaupun mereka sepatutnya jadi musuh.
"Kau tahu kenapa Hanie hampir jadi Vampire waktu seketika dulu?" Tanya Zack. Jay mengangkat bahu.

"Riley.."

"Apa?! Tak mungkin Hanie ada kaitan dengan dia." Jay tidak percaya dengan kata-kata Zack.

"Suka hati. Tapi yang penting sekarang ni, Riley masih tak tahu yang Hanie tu lah budak yang dia pernah gigit dulu dan juga pemilik darah suci."

"Sudahlah. Aku tak nak masuk campur dengan Hanie lagi. Dia dah hampakan aku dua kali." Jay sudah berserah. Yang dia inginkan sekarang adalah hubungannya dengan Riley perlu diikat kembali setelah 20 tahun terlerai.

Zack mampu mengangguk perlahan dan faham akan perasaan Jay. Tanpa berkata apa-apa Zack terus menghilangkan diri. Selepas itu barulah Jay menghilangkan diri.

•°
•°
•°
•°
•°

Hanie duduk termenung melihat rantai itu, dia meneliti setiap corak dan juga buatan rantai itu. Ternyata rantai itu sama dengan rantai yang berada di tangan Jay sekarang. Satu huruf H dijumpai di belakang rantai tersebut.

Dia mula keliru. "Jadi ni rantai sebenar aku?" Omelnya sendiri. Dia masih tidak yakin walaupun rantai itu sudah jelas menunjukkan dialah pemilik itu.

Disebabkan dia masih menyukai Rayyan dan berasa bersalah terhadap kematian Rayyan, Hanie tekad untuk menafikan yang rantai itu adalah miliknya. Malah dia memberikan rantai itu kepada Jennifer.

Jennifer yang tidak tahu terus menerima rantai itu. Dia ingat yang rantai itu adalah miliknya. "Mana awak jumpa ni?" Tanya Jennifer yang ingin tahu. Hanie tersenyum kerana dia tidak mahu Jennifer tahu yang rantai sebenarnya berada di tangan Jay.

To be continued
27.7.2020

RED BLOOD (C)Where stories live. Discover now