Part 6♡

139 17 0
                                    

Selepas menemani Hanie ke kedai serbaneka Zack terus menuju ke rumah Rayyan. Kelihatan Rayyan betul-betul pucat dan dia perlukan darah sangat-sangat.

"Kenapa kau datang?," Tanya Adam ketika ternampak Zack berada di luar rumah

"Saja. Aku nak tengok keadaan Rayyan," balas Zack dan terus masuk ke dalam rumah

"Kau macam mana sekarang ni?," Soal Zack

"Seperti yang kau nampak. Oh ya mana Hanie?," Ujar Rayyan pula

"Hanie di..a," belum sempat Zack menghabiskan ayatnya. "Jangan fikir pasal dia lagi," Jay pula menyampuk yang entah datang dari mana

"Jay. Kenapa tak cakap nak datang sini?," Tanya Adam

"Aku nak tengok keadaan Rayyan," balasnya

"Aku pergi dulu. Nanti tak pasal-pasal Mariana terkam aku pula,"

"Pergilah," ujar Adam lalu Zack menghilangkan dirinya

.....

"Tak guna punya Zack. Kau tinggal aku kat kedai tu," ujar Hanie dengan keadaan marah

"Sorry," satu suara muncul dibelakang Hanie

"Awak pergi mana? Awak tahu tak yang saya cari awak,"

"Dahlah jom. Saya hantar awak balik sebab tadi saya tinggalkan awak," ujar Zack yang berjalan disebelah Hanie. Hanie hanya terdiam sehingga mereka sampai ke rumah.

"Hanie tolong mama kejap," ujar mamanya di dapur

"Tolong apa?," Tanya Hanie

"Ni tolong masak kejap. Mama nak jawab telefon," arah mamanya lalu menuju ke arah telefon pintarnya.

Selepas habis berbual Puan Nilla mengambil semula bahagian masakkannya. Hanie pula terus menuju ke biliknya untuk membaca novel sementara menunggu hari esok. Hari esok? Hari pertama Hanie bekerja.

"Macam manalah keadaan Rayyan sekarang ni," ujarnya dalam keadaan termenung

Tiba-tiba Hanie merasakan sesuatu dibelakangnya. Seperti angin yang kuat lalu dibelakangnya. Hanie menoleh ke belakang ternyata Mariana duduk di katilnya.

"Mariana?!"ujar Hanie yang terkejut dengan keberadaan Mariana di biliknya itu

"Hai Hanie. Saya datang untuk beritahu yang rantai bentuk bunga Rose tu bukan kepunyaan Rayyan tapi Jayden," terang Mariana

"Jayden? Dia budak lelaki 15 tahun yang lalu?,"fikir Hanie dalam hati

"Dengar ke tak?,"

"Betul ke?," Tanya Hanie yang mahu kepastian

"Jangan percaya cakap dia," sampuk Jay yang tiba-tiba muncul

"Jay. Apa awak buat dekat sini?," Ujar Mariana

"Ana awak diam." Kata Jay kepada Mariana. Mariana patuh. "Hanie, awak kena selamatkan Rayyan. Tolong." Rayu Jay kepada Hanie

"Tapi..saya tak boleh,"

"Tolong," rayu Jay lagi

"Awak tak payahlah cakap dengan Hanie. Dia takkan tolong kita," ujar Mariana

"Ana kita balik sekarang," ujar Jay yang ingin hilangkan dirinya namun tidak jadi apabila Hanie menyuruhnya mereka tunggu.

"Saya akan fikirkan lagi tapi beritahu saya siapa lelaki yang saya jumpa 15 tahun yang lalu. Awak atau Rayyan?," Tanya Hanie yang betul-betul inginkan kebenaran

"Hanie awak..," baru Mariana ingin membalasnya Jay terus menarik tangan Mariana. Mariana terus diam seolah-olah tahu sebabnya

"Jumpa dekat bangunan lama yang pertama kali awak jumpa Rayyan. Ingat cuma awak sorang dan jangan pernah bawa Zack," ujar Jay lalu menghilangkan diri diikuti dengan Mariana

RED BLOOD (C)Where stories live. Discover now