Part 12♡

91 11 0
                                    

Hanie datang ke offices seperti biasa. Langkahnya terhenti di luar depan syarikat yang besar itu. Dia teringin mengetahui apa yang terjadi kepada Riley. Jadi dia pun mengambil keputusan untuk cuti dan memberitahu Ivy bahawa dia akan pergi melawat bosnya itu.

Ivy pun memberi alamat rumah Riley kepada Hanie. Hanie dalam perjalanan menuju ke alamat tersebut dengan menaiki keretanya sendiri.

Sampai sahaja dia di alamat itu, dia memerhati keadaan sekeliling rumah banglonya itu. Betul ke bosnya duduk di banglo yang besar itu? Seorang atau ada lagi? Banyak betul yang difikirkan oleh Hanie.

Dia mengatur langkah berjalan menuju ke pintu rumah itu. Di tekan nya loceng itu. Loceng berbunyi berkali-kali dan didengari oleh Elvin.

"Siapa pula yang datang ni? Aduh kacau daun betullah. Nak makan pun susah." Omel Elvin sendirian.

Pintu dibukanya tanpa rela. Ternyata seorang gadis berada di hadapan rumahnya. Terkaku sekejap...

"Maaf ni rumah Tuan Riley ke?" Tanya Hanie kearah lelaki itu. Ketika itu dia melihat alamat itu semula. Sama ada betul atau salah.

"Ermmm...awak ni siapa?"

Tak menjawab soalan betul!

"Saya PA Tuan Riley. Saya datang sebab nak melawat dia. Tapi ni betul ke rumah Tuan Riley?"

"Maaf kami tidak menerima tetamu. Tapi sayanglah kalau awak balik."

????

"Maksud saya Riley tak nak jumpa sesiapa. Apa kata awak balik." Ujar Elvin.

"Elvin siapa yang datang tu!" Jerit Riley dari tingkat atas.

"Ni ada seorang perempuan. Dia kata dia PA awak!" Jawabnya.

Dibiarnya Hanie berdiri di luar pintu. Selagi tak dapat kebenaran selagi tu kena duduk luar.

"Suruh dia masuk!"

Segera Elvin menarik Hanie masuk. Disuruhnya duduk terlebih dahulu sementara dia ingin memanggil Riley untuk turun. Mata Hanie mula menyelidik satu persatu barang yang berada di rumah itu. Rumah itu sungguh gelap. Yang menerangi adalah cahaya lampu.

"Kenapa tingkap tak buka?" Fikirnya.

Elvin dan Riley sedang menuruni tangga.

"Kenapa datang?" Tanya Riley yang mengenakan pakaian berwarna hitam.

"Teruk sangat ke dia sakit ni." Omel nya yang melihat keadaan Riley. Dah semua ruang udara ditutup. Lagi kenakan pakaian hitam.

"Dengar tak!"

"Ha..tak.. maksud saya dengar. Saya datang sebab nak melawat bos." Jawabnya yang sedikit tersasul.

"Melawat? Awak datang nak melawat atau korek rahsia?"

"Rahsia? Apa pula dia ni."

"Ermmm apa kata saya buatkan minuman untuk korang. Saya nak ke dapur." Celah Elvin lalu menuju ke dapur.

Kini Elvin kembali dengan tiga minuman yang diisi di dulang. 2 cawan yang berwarna merah dan satu hanyalah air kosong.

Berkedip mata Hanie dibuatnya. Habis tu air yang berwarna merah tu untuk diaorang?

Elvin pun meletakkan air kosong di hadapan Hanie manakala air yang berwarna merah itu untuk mereka berdua. Hanie yang tidak tahu segera mengambil air yang berada di hadapan Riley.

"Tunggu tu air....darah.." mereka berdua menjerit melihat Hanie minum air itu.

Hanie segera berasa mual dan berlari ke arah dapur. Lalu dia menuju ke peti sejuk untuk mengambil air sejuk. Tapi apa yang dilihatnya adalah kebanyakan air berwarna merah.

Hanie berlari ke arah mereka untuk menjelaskan tentang keadaan itu.

"Tu darah!" Tengking Riley.

"Darah?! Jap korang ....? Betul ke?!" Cemas Hanie dibuatnya. Hanie segera menjarakkan dirinya daripada Elvin dan Riley.

"Kitaorang Vampire!"

"Tapi...tak mungkin... Betul ke? Riley or Rayyan?"

"Elvin uruskan perempuan tu. Aku nak berehat!" Ujarnya dengan marah. Tak habis-habis kaitkan dia dengan Rayyan.

Elvin pula mendekati Hanie. Hanie cuba meronta tetapi akhirnya dia terima juga. Dibawa bincang untuk menjelaskan keadaan sebenar.

••••••••

"Ivy mana PA baru tu?" Tanya salah seorang staf di situ.

"Dia cuti hari ni. Dia pergi melawat bos." Balas Ivy yang tengah mencari kertas-kertas kerja.

"Budak tu baru je kat sini. Tapi dah boleh masuk rumah bos kan. Kita ni pun belum pernah lagi. Bos kita tu kan misteri sikit."

"Korang sibuk kenapa? Buatlah kerja..ke nak I lapor dekat bos?" Sampuk Ivy yang ingin menamatkan gosip mereka.

Beberapa minit kemudian Aryana masuk ke ruangan tersebut. Dia mencari Riley namun tidak dijumpainya.

"Ivy mana Riley? I nak jumpa dia. Now!"

"Excuse me, Cik Aryana patut tahu yang syarikat ni ada peraturan. Kalau cik Aryana nak tahu Riley tu dia ambil cuti sebab dia nak luangkan masa dengan girlfriend dia." Ivy membuat plot drama di situ. Hahaha...

Aryana yang tidak berpuas hati terus menghilangkan diri. Nasib tiada yang melihat kejadian itu.


|To be continued|
🧛🏻‍♂️🧛🏻‍♀️
2.6.2020





RED BLOOD (C)Where stories live. Discover now