~Part 26 (Ending)~

118 14 5
                                    

Pada saat dia sudah terlena, Hanie terasa seakan-akan tidak tenang. Kini tubuhnya dibasahi dengan peluhnya sendiri.

Dia menggerakkan kepala ke kiri ke kanan, tidak tentu arah. Dia terus membuka matanya lalu mengurut dadanya kerana terkejut dengan mimpinya itu.

"Riley? Kenapa dengan Riley? Kenapa aku tak boleh berhenti pasal dia..." Ujarnya sendiri.

Dia memandang ke arah jam dinding. Ternyata dia terjaga pada pukul 3 pagi. Dia melupakan semua mimpi yang dia alami itu dan terus sambung tidur.

.....

Matahari terpancar memasuki ruangan biliknya itu. Dia membuka matanya dengan perlahan dan memandang ke arah jam dinding. Pukul 9 pagi.

Dia bangun dari tempat tidurnya dan mengemas katilnya lalu mencapai tuala untuk membersihkan diri.

Selepas selesai membersihkan dirinya dengan pakaian lengkapnya, dia menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Dia mengambil tempat di meja makan.

"Hanie, are you okay?" Tanya Tuan Zaim. Hanie tersenyum dan mengangguk perlahan.

"Ni, mama masak special for you." Puan Nilla mengambil lauk lalu meletakkan di pinggan Hanie.

Hanie mengucapkan terima kasih. Mereka bertiga bersarapan dengan gembira. Mereka juga jarang bersama kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Hanie yang kini tidak bekerja, hanya duduk di rumah sahaja.

Selepas bersarapan, Tuan Zaim bangun dari tempatnya lalu mencium dahi isterinya dan dahi anak perempuannya. Tuan Zaim terus beredar menuju ke luar rumah dan enjin kereta dihidupkan.

Kereta yang dipandu Tuan Zaim meluncur laju ke arah tempat kerja.

.....

(Rumah Riley)

Riley bangun dari tidurnya lalu bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja. Dia menuruni tangga rumahnya dan terkejut apabila Aryana dan Elvin duduk di meja makan.

Dengan perasaan hairan, dia menuju ke meja itu. "Aryana awak buat apa dekat rumah saya?"

"Mestilah saya nak tolong awak. Awak kan dah mula untuk tak minum darah, so saya masakkan untuk awak. Jadi saya takut awak tak mampu teruskan."

Elvin mengeluh kecewa. Kecewa? Erm dia pun tidak tahu kenapa dia perlu ada rasa kecewa sedangkan dia pun tidak menghiraukan Aryana.

"Dahlah duduk. Aku dah lapar ni!" Ujarnya dengan nada sedikit cemburu(?)

Mereka bersarapan dengan apa yang yang dimasak oleh Aryana. Dari jauh sudut, Elvin tersenyum setelah merasai makanan yang dibuat oleh Aryana.

"Riley, sedap tak saya masak?" Tanyanya

"Sedap.. terima kasih Aryana sebab masakkan makanan ni." Elvin mendengus perlahan.

"Sedap? Aku rasa macam biasa je..." Ujarnya selamba. Padahal makanan itu jelas-jelas sedap.

"Oh ye? Tapi saya tak tanya awak pun.." jawab Aryana. Elvin semakin panas... Panas tu bukan rasa panas tapi hatinya tengah panas selepas mendengar kata itu.

Elvin bangun dari tempatnya lalu naik ke tingkat atas. Dia kembali turun dengan beg hitam yang dijinjing.

"Aku pergi kerja dulu."

Elvin ingin beredar dari situ tapi sebelum beredar dia sempat menoleh ke arah Aryana. Hump! Sakit hati! Tak diendahkan langsung....

Dia terus hilangkan diri dengan hatinya yang panas itu.

3 Minggu berlalu dengan pantas tanpa dikira. Riley semakin lemah tapi dia perlu berjuang untuk hidup sebagai manusia. Walaupun gelaran Vampire itu akan kekal dalam dirinya tapi sekurang-kurangnya dia seperti manusia lain.

RED BLOOD (C)Where stories live. Discover now