Part 4♡

139 19 0
                                    

Keesokan harinya Rayyan bangun dan berasa hairan apabila di atas mejanya ada seutas rantai berbentuk bunga Ros.

"Rantai apa ni?," Monolog Rayyan ketika melihat rantai tersebut berada di atas mejanya

Beberapa minit kemudian pintu diketuk, Rayyan membukanya sambil memegang rantai tersebut. Apabila Rayyan buka pintu dia melihat seorang perempuan berada di hadapannya sambil membelakangkan badannya.

"Hai Rayyan," ujar perempuan tersebut ketika memusingkan badannya kembali ke hadapan.

"Mariana,"

"Macam mana tentang awak? Dah jumpa darah suci tu?," Soalnya

"Belum. Saya masih mencari. Kenapa awak berada dekat sini, atau Jay yang suruh awak datang?," Semua soalan dilemparkan ke Mariana

"Relax lah. Saya datang sebab nak bagitahu awak something. Eh rantai tu siapa punya?," Soal Mariana

"Entah? Tiba-tiba ada dekat sini." Balasnya

Tok..tok..tok..

"Adam pergi buka pintu tu," suruh Rayyan

Apabila pintu dibuka kelihatan Hanie membawa makanan kepada mereka berdua. Hanie terus masuk ke dalam dan berhenti seketika apabila dia melihat seorang perempuan berada di rumah Rayyan. Rayyan memperkenalkan kepada Hanie yang Mariana merupakan kakak iparnya dan bakal berkahwin dengan Jay.

Manakala Mariana pula berasa ingin gigit leher Hanie apabila mereka berpeluk sebagai tanda perkenalan namun dihalang oleh Rayyan. Rayyan menjemput Hanie duduk di sebelah Mariana.

Beberapa minit kemudian, Zack pun tiba. Zack terus keluar apabila dia melihat Mariana disitu. Mariana cuba mengejarnya sehingga berada di depan halaman rumah Rayyan.

"Zack kau masih hidup lagi!" Ujar Mariana

"Apa kau nak? Tak puas kau buat aku cedera dan sekarang korang nak ambil Hanie pula!,"

"Sabarlah. Hanie akan jadi milik Rayyan dan Hanie akan buat Rayyan meneruskan hayatnya." Balas Mariana

"Apa?!," Ujar Rayyan ketika terdengar perbualan Mariana dan Zack. Begitu juga dengan Hanie.

"Ya Rayyan Jangan risau akak akan dapatkan Hanie!," ujar Mariana lalu terbang ke arah Hanie untuk menerkam leher Hanie. Namun tidak sempat kerana seseorang membawa Hanie lari.

Ketika seseorang membawa Hanie pergi dari Mariana. Hanie hanya menutup matanya kerana terlalu takut yang dia bakal digigit atau dibunuh.

"Awak boleh buka mata awak," ujarnya kepada Hanie. Hanie perlahan-lahan membuka matanya. Dia terkejut apabila orang yang selamatkannya adalah Jay iaitu abang Rayyan.

"Maafkan kelakuan Mariana. Betul cakap Mariana, Rayyan perlukan awak untuk terus hidup. Tempoh yang Rayyan ada cuma 3 bulan lagi, kalau tidak dia akan mati seperti ayah saya," terang Jay

"Jadi Rayyan budak yang saya jumpa masa 15 tahun yang lalu." Tanya Hanie

"Ya. Dialah budak yang awak jumpa. Tapi yang penting sekarang awak kena tolong Rayyan. Lagi satu jauhkan diri awak dari Mariana," ujar Jay lalu menghilangkan diri

(Di tempat Rayyan, Adam, Zack dan Mariana)

"Tak guna siapa yang selamatkan dia!," Marah Mariana

"Berhenti! Awak tahu yang saya sukakan Hanie kan," ujar Rayyan

"Rayyan!," Ujar Jay yang tiba-tiba muncul

"Zack!," Jay menerkam leher Zack dan mendekatkan mukanya pada telinga Zack. "Awak dengan Hanie perlu jauhkan dia dari Mariana. Pujuk Hanie untuk tolong Rayyan," bisik Jay kepada Zack. Zack hanya mendengar dan Jay membiarkan Zack lepaskan diri. Mariana terus ke arah Jay apabila Mariana perasan yang Jay  sengaja melepaskan Zack dari cengkamannya. Namun Jay menahan Mariana untuk terus mengejar Zack. Akhirnya Jay membawa Mariana pulang.

"Kau okay tak?," Tanya Adam

"Hanie yang ada darah suci tu. Tapi kenapa kita berdua tak dapat kesan tentang tu?" Ujar Rayyan yang masih tidak percaya

"Maaf. Sebenarnya aku dah tahu pasal tu. Tapi aku tak nak bagitahu kau, sebab kau mula sukakan Hanie. Lagi satu kuasa kau akan mula hilang dan kau ada tempoh 3 bulan untuk hidup. Kau kena cari Hanie tak kira macam mana sekali pun," terang Adam. Akhirnya Adam membawa Rayyan masuk ke rumah untuk berehat.

.....

"Aku? Kenapa aku?," Bisik hati Hanie setelah terkenang tentang ayat yang diberitahu Jay.

"Awak kena selamatkan Rayyan. Tempoh Rayyan hidup masih tinggal 3 bulan. Kalau tidak dia akan mati"

Ayat tersebut masih bermain di fikiran Hanie. Hanie dikejutkan dengan bunyi ketukan di tingkapnya. Dia membuka dengan berani dan melihat Zack berada diluar.

Zack memberitahu kepada Hanie supaya jarakkan dirinya daripada Mariana dan Rayyan. Zack juga memberitahu yang dia akan melindungi Hanie. Hanie sedikit berasa lega kerana Zack. Namun tentang budak yang dia jumpa 15 tahun yang lalu masih bermain di fikirannya. Dia tahu yang Rayyan budak tersebut seperti yang diberitahu oleh Jay.

Tanpa memikirkan lagi hal tersebut, Hanie cuba melelapkan matanya dan melupakan hal yang telah terjadi pada hari tersebut.

TBC

RED BLOOD (C)Where stories live. Discover now