Hanie mengemas semua barangnya. Dia tidak meninggalkan satu pun barang di atas meja. Ivy yang kebetulan lalu di meja Hanie kehairanan.
"Hanie what are you doing?" Tanyanya.
"Ivy i'm so sorry. Saya dah letak jawatan." Ujarnya yang sibuk meletakkan barangnya di dalam kotak.
"Why? Takkan pasal Riley?"
"Sorry, saya kena berhenti. Awak tak perlu risau. Ni keputusan saya dan keputusan saya muktamad." Balasnya.
"Okay saya akur kalau tu keputusan awak. Saya pergi buat kerja dulu. Kita jumpa nanti." Ivy berlalu pergi.
Hanie berhenti seketika. Dia duduk di kerusi dan mengeluh perlahan. Betul atau tidak dia membuat keputusan sebegitu.
Hanie yang tidak mahu membuang masa terus menyambung semula mengemas barangnya. Setelah habis mengemas dia ingin berjumpa dengan Riley untuk mengucapkan selamat tinggal. Tapi hampa kerana Riley tiada di pejabatnya.
"Rose, serahkan surat ni dekat bos. Saya pergi dulu." Hanie menyerah sepucuk surat lalu beredar.
"Tunggu!" Panggil Rose. Hanie memusingkan badannya ke arah Rose.
"Awak betul-betul nak berhenti?" Tanya Rose. Hanie mengangguk.
"Hati-hati. Saya harap awak dapat kerja yang bagus. Saya faham mesti susahkan jadi PA tuan Riley?"
"Takde lah. Saya pergi dulu."
•°
•°
•°
•°
•°Riley masuk ke dalam bangunan usang. Dia tercari-cari seseorang namun tiada sesiapa pun di situ.
Baru sahaja ingin beredar, seseorang menyentuh bahunya. Riley dengan serta-merta bertindak untuk menyerang kembali tetapi tidak kerana yang menyentuhnya ialah Riley.
"Abang buat kamu terkejut ke?"
"Kenapa nak jumpa aku?" Tanyanya tanpa berlengah lagi.
"Aku? Kenapa tak panggil abang?" Jay sedikit terkesan dengan panggilan 'aku'.
"Fine! Abang?" Dia pun janggal dengan panggilan itu. Sudah 20 tahun tidak memanggilnya abang.
"Abang nak kamu kembali macam dulu. Kita bersama."
"Tak mungkin! Abang tak perlu untuk pujuk saya. Abang lupa ke yang saya ni penyebab ayah mati."
"Abang memang bersalah sebab fikir macam tu tapi kamu tetap adik abang. Abang berhak jaga kamu."
"Saya dah besar, abang tak perlu susah-susah nak jaga saya. Saya pergi dulu." Riley mengatur langkah beredar dari situ. Jay memegang tangannya.
"Kamu dengan Hanie ada masalah kan?" Riley terus menarik tangannya dengan kasar.
"Apa yang abang tahu? Atau abang dah tahu yang saya penyebab Rayyan mati?"
"Ya. Abang tahu semua tu. Pasal rantai tu juga." Kata Jay.
"Macam mana abang boleh tahu semua ni?" Riley menundukkan kepalanya.
"Aku!"
Mereka berdua berpandangan ke arah suara tersebut. Tidak sangka itu ialah Zack. Zack tiba-tiba muncul di antara mereka berdua tanpa sebab.
"Aku bagitahu semuanya pada Jay. Aku dah tahu sejak aku kenal kau. Takkan Jay sendiri yang nak gigit orang yang ada darah suci kan? So aku fikir tu adalah kau." Terang Zack. Riley mengeluh kecil.
"So kau dah tahu yang Hanie pemilik rantai tu tapi kenapa kau tak buat apa-apa? Kau tak halang pun dia untuk dekati aku." Kata Riley yang sedikit kecewa. Jay terdiam melihat mereka berdua.
"Aku tak ada hak untuk halang dia. Lagipun dia dah mula suka kau.." ujar Zack sedikit kecewa. Dia tahu dia cuma sekadar teman di sisi Hanie dan buat sesiapa.
"Suka aku? Aku tak sehaluan dengan Hanie. Manusia dengan Vampire tak boleh bersama." Balas Riley.
"Abang boleh bantu. Tapi dengan syarat..." Jay akhirnya bersuara setelah lama menyaksikan Zack dan Riley.
"Apa abang merepek ni. Manusia dengan Vampire takkan bersama. Lagipun Hanie bukannya boleh terima saya. Dekat hati dia cuma ada Rayyan seorang je. Saya tak pernah berharap untuk dapatkan hati Hanie."
"Abang akan tolong kamu tak kira macam manapun. Tapi kamu kena tinggal dengan abang. Kalau kamu tak tinggal dengan abang sekalipun tapi tolong terima abang semula. Abang akan jaga kamu yang dulunya abang terlepas tanggungjawab." Riley tersenyum melihat Jay yang ikhlas itu.
"Baiklah kita boleh cuba." Akhirnya Riley bersetuju.
"Kau ada cara apa?" Tanya Zack kepada Jay. Jay tersenyum.
•°
•°
•°
•°
•°"Mama! Hanie dah balik." Hanie duduk di sofa kerana keletihan.
Jennifer menuruni anak tangga selepas mendengar suara Hanie. Dia mengeleng kepala melihat Hanie yang sudah terbaring di sofa. Mungkin keletihan...
"Eh Hanie awal balik." Tanya Jennifer. Hanie terus terbangun.
"Saya dah berhenti kerja." Ujar Hanie. Jennifer terkejut mendengarnya.
"Seriuslah? Kenapa tiba-tiba? Awak buat salah ke? Atau Riley pecat awak?" Jennifer terlalu menanyakan banyak soalan kepada Hanie. Hanie mengeluh kecil tidak tahu ingin mula dari mana lagi.
"Saya kata saya berhenti kerja so semua ni tak ada mengena pun dengan Riley. Lagipun saya tak rasa saya patut kerja dekat syarikat dia." Kata Hanie.
"Hanie dah berhenti kerja?"
"Mama?" Hanie terkejut apabila puan Nilla terdengar perbualan Hanie dan Jennifer.
"Takpelah. Mama tak marah pun. Kalau kamu tak minat buat apa nak paksa kan?" Puan Nilla pun membawa Hanie dan Jennifer ke dapur.
Mereka berdua gembira apabila terhidang nya makanan yang sedap dan ditambah dengan makanan kesukaan mereka.
Mereka menjamu makanan yang dimasak oleh puan Nilla. Puan Nilla pula tersenyum melihatnya. Sudah lama dia tidak melihat anaknya dan anak saudaranya gembira begitu sekali.
To be continued
11.9.2020
YOU ARE READING
RED BLOOD (C)
FantasySeorang vampire yang terpaksa mencari darah suci untuk menyembuhkan penyakitnya. Namun dia telah jatuh cinta kepada gadis yang memiliki darah suci, akan tetapi semuanya berakhir dengan kesedihan. Rayyan lenyap dari dunia kerana penyakitnya tidak dap...