Part 2♡

199 21 0
                                    

"Ni ke bangunan tu," ujar Zack. Hanie mengangguk

Mereka kini tiba di bangunan usang dan melihat keadaan sekeliling. Memang agak seram keadaan disitu apatah lagi pada waktu petang dan malam.

Tiba-tiba sesuatu bayang yang pantas melalui di sebelah mereka.

"Ni macam bau Vampire je?," Monolog Zack

Semasa ingin naik ke tingkat atas bangunan tersebut, satu tangan pegang pada leher Zack dan menghentak badan Zack ke dinding. Hanie pula panik dan mendekatkan dirinya kepada Zack.

"Kau lagi," ujar Adam setelah melihat Hanie muncul

Selang beberapa minit, Rayyan pula muncul. Mereka melihat Zack dalam keadaan lemah lalu menolongnya. Mereka tahu Vampire dan werewolf tidak boleh bergabung atau bekerjasama tetapi dengan keadaan Zack yang sebegitu membuat Rayyan kasihan.

"Aku dekat mana ni," tanya Zack

"Kau kat bangunan lama lah," balas Adam

"Korang Vampire kan. Kenapa korang buat kecoh kat sini. Pergilah ke alam kau tu, dan jangan kacau Hanie lagi," ujar Zack dengan menggunakan nada tegas.

Rayyan yang marah dengan Zack segera menghampiri Zack dan mencekiknya di depan Hanie. Hanie mula cemas dan panik.

"Aku tak pernah nak lawan dengan kau. Lagipun kau bukan lawan aku," balas Rayyan lalu melepaskan tangan daripada terus mencekik Zack

"Habis tu kau serang aku kenapa? Kau saja nak minum darah Hanie haa,"

"Kau silap, tadi tu Jay abang aku," balas Rayyan

"Rayyan, betul ke awak Vampire," Hanie mula mendekati dirinya dengan Rayyan dan melihat gigi Rayyan. Ternyata Rayyan adalah Vampire yang sebenar.

"Kenapa korang berdua datang sini. Pergilah balik istana Vampire korang Tu," ujar Hanie

"Saya dengan Adam sebenarnya cari orang yang ada darah suci," balas Rayyan

"So pergilah cari!," Nada tegas digunakan
Oleh Zack

"Kalau aku tahu taklah aku cakap dekat kau!," Balas Rayyan

"Yelah. Kitaorang berdua balik dulu," ujar Zack. "Jom Hanie balik," Zack menarik tangan Hanie lalu mereka beredar

"Kenapa aku sakit hati dengan Zack bila rapat dengan Hanie. Tak kan aku ada hati dengan Hanie?," Monolog Rayyan

"Apa ni Rayyan.. Tak kan asyik duduk kat sini?," Soal Adam

"Kita duit pun tak ada. Baju pun ni je, aku pun lupa nak bawa baju lebih," balas Rayyan

"Alah kau tu yang nak terburu-buru," ujar Adam lagi

"Kau lah punya pasal! Aku ingat kau dah tahu siapa yang ada darah suci tu!," Rayyan membalasnya dengan nada tegas

Adam terus mendiamkan diri manakala Rayyan asyik termenung. Mereka tidak seperti berada di bumi tetapi seperti berada di penjara tanpa keluar kemana-mana. Tiba-tiba suatu suara kedengaran di tingkat bawah, mereka berdua turun untuk melihat apa yang berlaku.

Ternyata bunyi tersebut datang daripada Zack dan Hanie. Hanie dan Zack membawa satu beg besar yang berisi pakaian. Hanie memberikan beg tersebut kepada Adam, Adam membukanya seperti ingin menjerit.

"Serius korang berdua nak bagi ni?," Tanya Rayyan. Zack dan Hanie mengangguk

Adam dan Rayyan pun salin pakaian tersebut. Rayyan dan Adam dibawa keluar dari bangunan tersebut. Adam dan Rayyan takut jika mereka terkena cahaya.

"Jalan je. Kalau betul korang tak boleh kena cahaya, jadi duduklah kat dalam tu," ujar Zack

"Okay kitaorang try," Adam melangkah dengan berhati-hati begitu juga dengan Rayyan

"Kita boleh kena cahaya? Rayyan kita macam manusia lah," jerit Adam.

Mereka kini betul-betul berada diluar. Hanie dan Zack pula membawa mereka jalan-jalan dan mencari tempat tinggal untuk Adam dan Rayyan.

TBC 🌸

RED BLOOD (C)Where stories live. Discover now