BAB 1

6.1K 93 4
                                    

"RAMAINYA makhluk! Orang baru gaji ke apa ni?" Tiara kekaguman tengok manusia ramai-ramai depan bangunan bank. Selalunya dalam hidup dia, dia cuma biasa dengan tempat-tempat yang pentingkan privacy.

Oleh sebab pemandangan ini sangat luar biasa bagi dia, maka dia sengih lebar dan terus tolak pintu BMW biar terbuka. Tak sempat si pemandu peribadi bukakan pintu untuk dia.

Dah tu, dengan tak menyabar-nyabar pula dia keluar dan terus berlari dapatkan manusia yang beratur panjang tu. Panggilan si pemandu peribadi tak dia pedulikan. Dia lebih teruja nak buat aktiviti yang belum pernah dia rasa seumur hidup ni.

Pemandu peribadi terpaksa bergegas kejar dia.

Tiara beratur di barisan paling belakang.

"Hai!" Siap sapa lagi orang yang berdiri depan dia. Orang tu pelik aje toleh ke dia. Entah anak siapa yang terlebih ramah ni.

Yang Tiara pula boleh sengih lebar bila orang tu pandang dia macam nampak alien tak cukup kromosom.

"Sila beri laluan, semua." Pembantu peribadi memberi arahan sebaik terlihat Tan Sri Aizuddin keluar dari BMW hitam berkilat itu dan melangkah menuju ke arah mereka.

Manusia yang ramai tu agak tertanya-tanya bila lelaki berkameja lengkap dengan tali leher dan cermin mata hitam ala-ala mafia ni tiba-tiba bagi arahan serupa itu. Ada yang tayang muka meluat bila tengok rupa-rupanya kerabat diraja tu yang diutamakan si pemandu mereka. Datang lambat tapi nak potong barisan!

Tapi dalam bengang-bengang tu, mereka patuh juga. Laluan dibuka untuk Tan Sri Aizuddin. Tapi riak muka jangan cakap. Annoying habis.

Sekian drama sebabak di hadapan ATM Maybank.

"Maaf, tan sri."

Tiara toleh bila dengar pemandu peribadi sebut nama tan sri. Makin lebar dia sengih bila nampak daddynya baru tiba di kawasan ATM ni.

Pemandu peribadi nampak resah. Mungkin sebab tak berjaya tahan Tiara dari bertandang ke sini. Dihampirinya Tiara lalu dengan tunduk hormat dia meminta.

"Biar saya bank in-kan duit tu, Tengku."

Selalu kerja-kerja menyimpan duit ni memang pembantu peribadi Tiara yang buatkan. Kebetulan hari ni si pembantu tu cuti sakit. Selepas dua puluh enam tahun berkhidmat untuk Tiara tanpa henti. Memang berubah jugalah jadual hidup Tiara hari ni. Boleh tahan rasa kehilangannya.

Tapi apa yang peliknya dengan si Tiara ni, nampak macam terlebih teruja pula dia bila terpaksa berdikari.

"Maaf, tan sri. Saya dah cuba halang Tengku." Pemandu peribadi tunduk hormat pada tan sri.

Terus Tiara lempang kuat bahu si pemandu tu. Si pemandu terkejut. Tiara gelak-gelak bila orang tu terpinga-pinga pandang dia. Dia pandang Tan Sri Aizuddin.

"Don't worry, daddy. Hari ni biar Tya yang bank in sendiri. Sebab Tya belum pernah merasa beratur panjang macam ni."

Pemandu peribadi yang rasa bersalah tu segera ke barisan paling depan. Orang yang tengah berurusan dengan mesin ATM tu dihampiri.

"Boleh bagi laluan sekejap?"

"Ehh... no need, no need, no need. I boleh beratur, Lee. Sekejap aje ni." Tiara mencelah.

Pemandu peribadi serba salah. Dipandangnya Tan Sri Aizuddin.

Tan Sri cuma tunjuk reaksi tak kisah.

"Faster." Dengan arahan sebaris tu, tan sri kembali ke parkir.

Demikianlah penantian Tiara di hadapan bangunan Maybank tu. Lama juga dia menunggu. Lebih setengah jam. Dapat aje mesin ATM tu ke dia, benda pertama yang dia buat adalah melopong. Kelip-kelip mata berulang kali.

MY ANNOYING HUSBAND [:SUDAH TERBIT:]Where stories live. Discover now