BAB 25

449 20 2
                                    

HEMBUSAN nafas terasa bagaikan dekat amat dengan mukanya. Lalu perlahan-lahan kelopak matanya terangkat.

Terkejut dia bila tengok wajah Aryan berada tak lebih seinci pun daripada wajahnya. Tangannya pula selamba cikebong peluk badan orang tu.

Tak boleh terima hakikat punya pasal, spontan dia tolak dada Aryan, menggelupur sampai diri sendiri terjatuh ke lantai.

Hadoi, over acting bebenor kau ni Tiara! Macamlah kau tak pernah tidur dengan dia.

Tiara gosok-gosok dada. Tarik nafas dalam-dalam dulu sebelum perlahan-lahan menghembusnya. Untuk sesaat dua dia cuba fahami maksud tindakan overwhelming dia ni.

'Okey, memang kau pernah tidur dengan dia, Tiara. Malam semalam pun kau tertidur dalam pelukan dia sampai terlepas subuh. Tapi masa tu dia aje yang peluk kau. Ni tetiba kau boleh terpeluk dia bagai, dah buang tebiat ke hape kau, Tiara?!'

"Syahmi macam mana!" Dalam banyak-banyak monolog, ayat ini yang terlepas di bibirnya.

Oh, ya. Mengingatkan Syahmi, terus dia teringat pasal cerai.

Betul juga. Setakat ni setiap kali dia cuba buka isu cerai, mesti ada benda yang jadi. Seakan-akan takdir tuhan tu tak merestui pula kehendak hati dia ni.

'Betul ke?' Dia berkira-kira. Tapi tak lama pun, sebab hati dia ada kemahuan lain yang lebih kuat gelombangnya.

'Argh... itu just andaian! Manatau kut-kut tuhan restu aje sebenarnya.'

Tiara duduk di kerusi yang terletak di sebelah katil. Berteleku. Lama tatap wajah Aryan yang tengah tidur.

Tiba-tiba dia rasa betapa annoyingnya suami dia ni.

Lelaki ni kadang-kadang nampak jauh lebih baik berbanding Syahmi. Macam lebih sayangkan dia. Bahkan lelaki inilah sumber ketenangan dia.

Benci betul dia dengan kenyataan yang satu ni. Sangat annoying! Sebab kadang-kadang dia rasa semacam Syahmi dah mula kalah di dalam menawan hati dia. Lelaki ni dah menang.

Oh, no, no, no...

Dia tak boleh mungkir janji. Bertahun-tahun dia tunggu Syahmi luah rasa pada dia. Takkan sekarang dia saja-saja nak buat onar pula.

Lagipun Tan Sri Aizuddin lebih restu kalau dia bersama Syahmi berbanding lelaki asing ni. A completely stranger. Dia yakin mummy pun macam tu juga.

"Rasanya kau dah terkena stockholm syndrome, Tiara. Jatuh cinta pada penculik kau sendiri."

Tanpa sedar, jari-jari Tiara bergerak menghampiri wajah Aryan. Di wajah lelaki itu ada juntaian rambut yang menutupi, menghalang Tiara daripada melihat wajah lelaki ini seluruhnya.

Tiara selak juntaian-juntaian rambut itu perlahan. Terlihat wajah polos Aryan tengah lena tidur. Mungkin kepenatan pun sama. Bertarung dengan nyawa gara-gara orang dendamkan dia.

Kenapa dia tiba-tiba rasa macam something aje Aryan ni eh?

Aryan tak macam lelaki-lelaki lain yang dia pernah kenal. Hatta Syahmi sekalipun tak boleh menandingi lelaki ini.

Aryan... unik.

Zzapp! Tak ada angin tak ada ribut, laju tangan Aryan menangkap pergelangan Tiara.

Tiara tersedar dari dunianya. Kelip mata dua tiga kali dan barulah dia tahu rupa-rupanya dah jauh sangat dia hanyut. Dan Aryan pula entah sejak bila sebenarnya memerhati kelakuan dia.

Aryan celik matanya. Hadiahkan satu senyuman jahat sebagai mentertawakan aksi Tiara ni.

Masa tu yang Tiara rasa, seakan-akan segala wap dalam dunia ni datang menyerbu mukanya.

MY ANNOYING HUSBAND [:SUDAH TERBIT:]Where stories live. Discover now