AIDA menggosok-gosok telapak tangannya bersama hingga terasa hangat lalu melekapkan kedua-duanya ke pipi. Kuat betul aircond hospital ni. Sampai dia pun dah naik menggigil. Terketap-ketap giginya.
"Oh, mak aihh... sejuknya!"
Itu baru satu bencana secara kecil-kecilan. Yang lagi bala sekarang ni, cik kak Tiara kita ni dah ke mana? Dah pukul sepuluh pagi, batang hidung tak nampak-nampak lagi.
Penat bersoal-soal tanpa jawapan dalam kepala batunya, Aida hubungi Tiara.
Sekali. Dua kali. Talian tak berangkat. Lama Aida termenung.
"Dalam toilet ke?" gumamnya.
Sikit pun dia tak terfikir yang musibah besar telah menimpa Tiara. Sebab semalam lepas aje makan malam diorang, dia yang hantar Tiara sampai ke depan pagar utama Sefina Residence di Mont Kiara.
Elok aje moleknya mak cik tu mengusik dia semalam sebelum keluar kereta. Dan dia pun elok juga carutkan Tiara beberapa das. Sampai mereka sudahnya gelak terbahak-bahak di depan pondok pak guard tu. Pak guard pandang terkebil aje dua-dua mereka.
Masa tu, sikit pun tak ada bau-bau malapetaka akan menimpa.
Betullah orang cakap. Malang adalah spesies yang tak ada bau.
Masuk kali kesebelas mendail, barulah Aida tergerak hati untuk berfikir luar kotak.
"Jatuh kat toilet ke dia?"
Dia terbayang-bayang darah meleleh di lantai sekitar tempat Tiara terlentang. Okey... Sekarang adrenaline mencanak-canak terembes dalam tubuhnya menjadikan dia tak senang duduk. Keadaan ini sangat bahaya, okey.
Dia nak ke rumah Tiara, tapi dia pun sama tengah terikat dalam waktu kerja. Sudahnya dia hubungi Tan Sri Aizuddin. Nasibnya baik sebab tan sri available walaupun tengah sibuk dengan mesyuarat.
"Uncle, Tya ada tak bagitau uncle dia nak ke mana?"
"Tak ada pula. Kenapa?"
Lagilah resah Aida. Semua orang terputus hubungan dengan Tiara!
"Aida try call dia banyak kali tapi dia ignore macam tu aje." Senafas dia memaklumkan.
Yang tan sri pula, tak fikir lain dah orang tua tu. Dia fikir Aryan aje. Sah semua ni ada kena-mengena dengan Aryan!
Kalau diikutkan, gelabah dah dia. Nak mengamuk pun ada. Nampaknya Aryan terus-terusan memburu keturunannya! Dia sepatutnya dah boleh melancarkan perang besar terhadap pemuda itu.
Tapi darah korporatnya cepat-cepat mengawal tindak-tanduknya. Dia terus nampakkan ketenangan dalam suaranya.
"Tak apa dulu, Aida. Nanti uncle suruh Nancy tengok-tengokkan Tya."
"Kalau uncle nak Aida tolong apa-apa, bagitau Aida tau." Aida sekadar berbahasa sebelum menamatkan perbualan.
Tan sri tak menunggu lama. Laju dia masuk semula ke dewan bersidang dan mengarahkan mesyuarat diakhirkan dalam kadar yang pantas. Sesudah itu dia sendiri yang bergegas ke Sefina Residence. Tak... dia tak boleh libatkan Nancy dalam hal ni.
Dia yakin ada yang tak kena dengan Tiara dan semuanya berkait rapat dengan Aryan. Naluri tuanya kuat mengatakan kemungkinan itu. Hal ini melibatkan aib keluarganya.
Jadi... Nancy tak patut tahu.
Sampai saja di unit kediaman Tiara, tan sri lihat pintu apartment Tiara elok tertutup. Siap bergrill. Dia gunakan kunci pendua untuk masuk ke dalam kediaman.
YOU ARE READING
MY ANNOYING HUSBAND [:SUDAH TERBIT:]
RomanceBila aku pejamkan mata... Aku nampak engkau.