SATU soalan.
Who is Tan Sri Aizuddin? Kenapa surat ni beria-ia puji lelaki tu macam cuba selindung sesuatu? Kenapa penulis surat ni macam cuba cipta alibi untuk lelaki itu?
Ya... Dari situlah Aryan tahu ada yang tak kena dengan death note ni. Sampailah ketika satu hari tu, Leo si orang suruhannya menemui info yang hubungan Mr. Edward dengan Tan Sri Aizuddin memang tengah tegang disebabkan Mr. Edward membelakangkan pendapat Tan Sri dalam selok-belok bisnes.
Dan sekarang, di dalam tahanannya, Tiara cuba nafikan dan putar belit fakta pula. Mengatakan bahawa orang pertama yang menemui mayat Mr. Edward adalah setiausahanya. Padahal yang datang ke Canada untuk menemui dia waktu tu hanyalah Mr. Edward dan Madam Alexia. Setiausaha tinggal di Kuala Lumpur.
Mana Tiara dapat info tu pun tak tahulah. Kalau daripada orang suruhan Tiara... Huh, rasanya eloklah kalau dipecat aje. Bagi berita palsu!
"Saya tak tahu macam mana nak buat awak percaya lagi, Aryan." Tiara yang di depan mata ni merayu.
Aryan beku pandang anak mata perempuan tu. Dingin tak berperasaan.
"Awak nak seksa saya? Seksalah. Saya dah tak larat nak halang awak lagi." Habis ayat tu, Tiara pejam dua matanya. Kepalanya didongakkan sedikit seolah-olah memberi ruang untuk bibirnya diratah.
Dia betul-betul pasrah dah sekarang. Habis tu, bagi penjelasan berkali-kali pun Aryan tetap tak mahu terima. Tetap juga dengan pendirian nak seksa dia hidup-hidup. Nah, sekarang ni dia dah mengalah. Apa lagi?
"Miss Tiara, there's someone waiting to see you."
Tengah-tengah Tiara berdebar tulah boleh muncul satu suara lain di antara mereka.
Tiara celik dua matanya. Dan Aryan, berlagak macam tak ada apa-apa jadi, Aryan bangun dari menindih tubuh Tiara. Berpaling pada bibik tu lalu melangkah ke arah bibik. Lepasi bibik, langsung menghilang ke ruang tamu.
Di situ, Tiara tak pasti sama ada dia lega atau sebenarnya kecewa.
Tak lama Aryan menghilang, bibik tadi datang semula dapur tu bersama-sama seorang tetamu. Di tangan lelaki itu ada sebuah kotak besar yang berbalut cantik. Siap ada reben-reben lagi. Seni membalut hadiah yang penuh dengan kasih sayang.
Rupa-rupanya tetamu tu adalah budak penghantar hadiah.
"Daripada siapa tu?" Tiara yang tadinya bukan main takut dengan Aryan, sekarang tiba-tiba dah bertukar versi pula. Sesungguhnya antibodi dia memang teramat-amat lemah kalau ada orang bagi hadiah ni. Terus dia lupa kejadian tadi.
Laju Tiara sambut hadiah dari tangan orang tu. Situ juga dia buka. Tak terfikir pun nak tanya macam mana pengirim tu boleh tahu lokasi terkini dirinya. Apatah lagi nak fikir yang hadiah tu sebenarnya merupakan bencana besar untuk dirinya.
Hadiah dah siap dibukanya. Sepatutnya Tiara bersorak bila dapat cenderahati. Tapi kali ni terbalik pula tindak balasnya. Tiara terkaku.
Sedetik yang menyeramkan pun berlalu sebelum kotak terjatuh dari tangan Tiara. Dan senyuman pun lenyap dari bibirnya.
Sepucuk pistol mainan bersama patung beruang dengan kepala terburai, keluar dari kotak yang jatuh tergolek. Melihat panorama tu, baru tekak Tiara kembali dapat suara.
Tiara menjerit, jatuh terduduk dan pantas mengundurkan dirinya sampai terperosok di ceruk dapur. Ditekup dua tangannya ke telinga. Dan dia pun histeria.
Aryan segera muncul di dapur tu. Melihat aje isi hadiah yang berupa ugutan tu, terus Aryan cengkam kolar baju si budak penghantar hadiah tu. Dirodok budak tu sampai terhimpit budak tu di dinding. Dicekak leher budak tu sampai tercekik.
YOU ARE READING
MY ANNOYING HUSBAND [:SUDAH TERBIT:]
Roman d'amourBila aku pejamkan mata... Aku nampak engkau.