BAB 5

3.8K 71 0
                                    

TAN SRI AIZUDDIN berdiri memerhati dari lobi utama bangunan Raja Corporation.

Para pengawal peribadi yang seramai enam orang, bersut lengkap dengan Ray Ban menutup mata helang masing-masing, berada di belakangnya dalam keadaan sentiasa bersiap sedia. Tan Sri Aizuddin dalam keadaan dua tangan berada dalam poket seluar sleknya. Renungan menikam pada Mercedes-Benz 200 Avantgarde hitam berkilat yang baru tiba di hadapannya.

Suasana tegang.

Keluar pemandunya membuka pintu belakang. Seorang lelaki dengan imej lelaki alfa, Illesteva Leonard aviator yang menambah aura renungannya tersemat di mata, berwajah selamba, bersut serba hitam dengan tali leher hijau emerald, keluar memijak lantai valet parking.

Berdiri santai, mata yang terlindung kaca mata hitam itu bertembung dengan Tan Sri Aizuddin. Ada segaris senyuman sinis di bibirnya. Dia melangkah sebelum berhenti di hadapan Tan Sri Aizuddin.

"Assalamualaikum, tan sri."

Tan Sri Aizuddin tak menunjukkan kesudian untuk menjawab salam itu. Raut wajah kekal serius.

Aryan menerima reaksi itu dengan senyuman sinis di bibir. Tahu sangat dia, tan sri cuma tunggu masa nak bunuh dia aje sekarang. Dia betul-betul menguji kesabaran.

"Saya datang macam yang tan sri arahkan. Jadi sekarang, please state your business. I am a busy man."

"Ceraikan. Tiara. Ayrissa." Satu per satu tan sri sumbatkan ke pendengaran Aryan.

Mendengarnya, raut bersahaja pada wajah Aryan tetap kekal. Tak berubah sikit pun. Bahkan dia gelak kecil pula kemudiannya. Penuh dengan sindiran.

"Why should I?"

"'Cause. You. Are. Not. Qualified. To. Be. My. Son. In. Law!" Tan sri dah terketap gigi menuturkannya. Sungguh dia dah habis sabar. Boleh Aryan tanya soalan-soalan bodoh macam tu?

"Not even a bit," sambungnya dengan suara lebih keras.

Aryan menyengih ejekan.

"Not qualified." Ketawa kecil Aryan dengan istilah itu.

Tanpa membalas ajakan berperang yang dihulur Tan Sri Aizuddin, Aryan melangkah tinggalkan tan sri. Orang-orang tan sri pantas mengawasi pergerakan Aryan. Mengikut dengan mata, ke mana Aryan mahu pergi.

Aryan melegar-legarkan pandangan pada bangunan gah yang sedang menaunginya ini. Mengangguk-angguk sendiri dia melihat kemewahan perusahaan korporat ini. Agak kagum.

"Sepatutnya sebelum tan sri bercakap itu hari, tan sri dah fikirkan siap-siap semua risiko ni. You knew I was a sleeping leopard, didn't you? Nobody could go neither higher nor bigger than me. Why did you wake the leopard up?"

"Aku cuma bercakap untuk menyampaikan Islam, Aryan." Suara tan sri dah bergetar amaran.

"Are you sure?" Aryan mengejek.

"Kau dah masuk Islam tapi perangai kau tetap kafir, Aryan!"

"Well." Ringkas Aryan mengakui. Amat melambangkan keegoannya.

Tan Sri Aizuddin nak serang Aryan dengan makian yang seterusnya, tapi Aryan terlebih dahulu memintas.

"Tan sri pun bercakap without showing your faith to Allah."

Tan sri Aizuddin tergamam.

Teringat kekerasan-kekerasan tutur katanya setiap kali dia menyampaikan kuliah agama. Rasanya Saidina Umar al-Khattab tak adalah secelupar itu tutur katanya. Ya... memang Saidina Umar seorang yang keras. Tapi tutur katanya tidak menghina, lebih-lebih lagi terhadap sesama muslim. Tak kiralah kepada muslim yang azali atau yang saudara baru.

MY ANNOYING HUSBAND [:SUDAH TERBIT:]Where stories live. Discover now