TAK lama lepas Aryan pergi, Tiara terus bangun. Tak kuasa dia nak tidur lama. Solat zohor pun belum lagi ni. Jam dah pukul tiga.
Berhati-hati, Tiara keluar dari bilik tu. Intai dulu dari sebalik pintu. Agak-agak pasti yang Aryan dah tak ada di construction company ni, baru Tiara dapatkan staf yang dipercayai merupakan setiausaha Aryan.
"Surau kat mana?"
Staf tu senyum mesra. "Tingkat empat, Tengku. Betul-betul depan klinik."
Kenapa semua orang kat sini panggil dia Tengku? Aryan yang ajar ke? Tapi Aryan sendiri panggil dia dengan nama Tiara aje.
Dia tak selesalah pula rasa.
Aryan kerabat diraja London, tapi dalam nama Aryan langsung tak ada pun nama yang biasa digunakan untuk raja-raja.
Tan Sri Aizuddin pula bukan keturunan diraja mana-mana negeri pun. Nama aje yang berRaja-Raja bagai. Tan Sri Aizuddin sendiri pun tak tahu diorang punya salasilah keturunan. Lagi tragis, diturunkan pula gelaran tu pada Tiara. Aduh, malu betul dia. Sebab tu dia lebih selesa kalau orang panggil dia dengan nama Tiara aje.
Tiba di tingkat empat, terbuka aje lift, terus Tiara nampak papan tanda menuju ke surau. Sama macam yang dikatakan setiausaha cantik tadi. Surau kat depan klinik.
Terus Tiara menuju ke situ.
Masa tu dilihatnya surau agak sibuk dengan para staf. Mungkin sebab masing-masing pun baru habis mesyuarat dengan client dari England tadi.
Kagum sekejap Tiara bila masuk kat surau tu.
Walaupun syarikat ni di bawah kendalian orang yang asalnya bukan beragama Islam macam Aryan, tapi keadaan surau ni sangat-sangat selesa. Surau kat Universiti Malaya sendiri pun tak seselesa ini. Apatah lagi di hospitalnya, di PPUM. Hari-hari Tiara solat sambil mendoakan supaya surau yang ada tu dinaiktaraf sikit. Jangan sedih sangat rupanya.
Tiara berwuduk seadanya. Oleh sebab luka di tangannya agak besar dan dalam, dia tak dapat mengenakan air pada anggota terbabit. Bimbang luka akan dijangkiti bakteria dan itu bakal memudaratkan dia.
Tapi Islam itu sentiasa mudah. Ada keringanan di dalam kes dia ni. Dia tidak perlu membasahkan anggota yang cedera terbabit. Hanya lapkan kain pembalut luka tu dengan sedikit air sebagai syarat. Itu dah memadai.
Entah kenapa, bila berada dalam surau ni, sekarang tiba-tiba Tiara rasa syahdu. Tenang aje rasa.
Waktu capai telekung dan menyarungkan tubuh dengannya, terasa benar kehambaan tu. Dia pasrah sehabisnya pada kekuasaan Allah. Air mata pun tiba-tiba pula rasa nak mengalir. Tiba-tiba dia rasa bersyukur masih diberi peluang untuk solat.
Terdengar suara iqamat dari saf lelaki. Sekali lagi Tiara dihambat rasa syahdu.
Dan bila imam di depan mengangkat takbir, air mata Tiara mencurah-curah dengan tak semena-mena. Tiara pun tak tahu apa puncanya.
Sepanjang dia bersolat, ramai para wanita yang dah selesai solat. Ruangan muslimah tu beransur kosong. Begitu juga di ruangan solat muslimin. Ramai yang dah solat secara sendirian dan habis awal.
Surau bertukar lengang.
Bacaan imam di saf depan begitu membuai perasaannya. Penuh penghambaan dan pasrah. Menjadikan Tiara ikut khusyuk.
Sampaikan Tiara dalam tak sedar telah berdoa di dalam hatinya supaya dikurniakan seorang suami yang bersuara merdu macam imam dia sekarang. Bersungguh-sungguh sekali doanya. Dia pun tak tahu kenapa sampai macam ni sekali jadi hatinya. Adakah ini merupakan sejenis hidayah?
YOU ARE READING
MY ANNOYING HUSBAND [:SUDAH TERBIT:]
Любовные романыBila aku pejamkan mata... Aku nampak engkau.