AIDA dan Syahmi sama-sama tak puas hati bila pihak hospital menghalang kedua-dua mereka dari melawat Tiara.
Kata pihak hospital, arahan tu datang daripada Aryan. Aryan dah siap-siap sempurnakan bayaran rawatan ke atas Tiara. Jadi sekarang ni kuasa di tangan Aryan.
Waktu doktor memaklumkan nak jumpa waris Tiara pun, Aryan jadi orang pertama yang tawarkan diri. Siap arahkan mereka berdua tunggu di luar pulak tu.
"Bapak sial! Mamat tu dah kenapa nak halang-halang orang pulak ni?" Aida sepenuh hati dikuasai bengang.
Syahmi yang sejak awal tadi bersandar di dinding kaki lima, cuma senyap berpeluk tubuh.
Entahlah, akal logik dia kuat mengatakan ada benda yang tak kena di sini. Tiara menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan semua orang. Atas rahsia itulah yang menyebabkan boleh wujudnya keanehan sikap Aryan sekarang ni.
Syahmi pandang aje bilik doktor yang terang-benderang tu. Aryan di dalam masih belum keluar. Dari tadi berbincang dengan doktor tentang keadaan Tiara.
Syahmi teringat reaksi Aryan waktu ternampak pendarahan pada Tiara tadi. Rasa-rasanya tentang hal itulah yang sedang dibincangkan dengan doktor sekarang ni.
Dan sekarang Syahmi sangat-sangat curiga.
*******-*******
SELEPAS Aryan beredar dari hospital tu barulah Aida dan Syahmi dibenarkan melawat Tiara. Dan Aryan pula cuma beredar dari hospital tu selepas Tiara sedar. Nampaknya ada benda yang dibincangkan dengan Tiara sebelum lelaki itu pergi. Apa benda yang dibincangkan tu, kekal rahsia.
Syahmi terus dengan apa yang berlegar-legar dalam akal fikirannya. Waktu melawat Tiara pun dia seperti biasa lebih banyak senyap. Aida aje yang tak henti-henti bertanya. Jenuh Tiara memujuk Aida bahawa keadaannya baik-baik saja. Aida punya takut tu, sampai menangis perempuan tu. Dipeluknya Tiara sambil teresak-esak.
Lepas tu Aida dapatkan doktor perempuan yang merawat Tiara. Kebetulan doktor tu pun turut ada di situ memeriksa keadaan Tiara.
"Doktor, kenapa dengan kawan saya tu? Lately ni memang dia nampak lemah aje. Selalu tak bermaya. Dia sakit ke?"
Doktor tu senyum mesra.
"Mbak Tiara kurang rehat. Badannya pun kekurangan cecair. Barangkali tekanan kerja yang buatin Mbak Tiara jadi begitu." Dah. Sampai situ aje si doktor tu melaporkan. Soal kandungan Tiara, dia senyapkan. Hanya Tiara dan Aryan aje yang tahu.
Soalnya, Aryan dah bagi peringatan siap-siap pada dia. Apa yang patut dirahsiakan dan apa yang boleh diberitahu, semuanya memang dah dihighlightkan lelaki itu.
Dia tak faham dengan kepelikan hubungan rumahtangga pesakit dia ni. Boleh si isteri tak tahu diri sendiri dah kahwin. Tak ke pelik tu?
Tapi walau pelik-pelik pun, dia akur aje kehendak si suami. Itu dah memang termaktub dalam etika perubatan yang dipraktikkannya.
Maka berterusanlah si Tiara ni tak tahu status sebenar dirinya.
"Aku dah call parents kau. Lagi dua jam diorang sampai."
Tiara kerut dahi. Sengih dia.
"Kau ni exaggerate betul la, weh. Aku pitam sikit aje kut, yang kau report kat parents aku buat apa?"
"Aku risau, dowh! Engkau tak apalah, engkau tak rasa jadi aku. Aku yang tengok cemana punya lembiknya kau, aku tahulah!" Aida berpeluk tubuh lantas berpusing membelakangi Tiara.
YOU ARE READING
MY ANNOYING HUSBAND [:SUDAH TERBIT:]
RomanceBila aku pejamkan mata... Aku nampak engkau.