PIHAK polis secara terang-terangan berpihak pada Aryan. Tiara pasrah. Bila dah habis terhambur tangisannya, rasa reda sikit bahunya walau masalah masih belum selesai.
Tapi masalahnya, masa tulah baru dia sedar yang sepanjang dia duk banjir tadi, dada Aryan rupa-rupanya yang dia pinjam untuk jadi tempat meluah rasa. Rasa malu tu, masa ni pulaklah pun baru nak munculnya.
Habis merah segala pipinya. Bila dia pandang anggota polis yang tiga orang tadi, mereka masing-masing duk buat muka toya aje. Muka tak ada perasaan. Macam dah faham sangat dah kerenah rumahtangga orang-orang muda ni.
Langsung Tiara, dengan malunya dia beredar dari kaunter aduan tu. Tapi, sepanjang perjalanan menuju ke luar bangunan, dia tahu lelaki misteri tu berjalan di belakangnya. Tak pasal-pasal bulu romanya meremang.
Peristiwa malam tadi kembali bermain-main di ingatan. Dia takut nak menghadapnya lagi, lantas dia cuba ubah suasana. Sekurang-kurangnya keadaan tak boleh terlalu sunyi.
"Saya tak tahu apa sebenarnya yang awak nak dari saya. Even nama awak pun saya tak tahu." Dia bermukadimah.
Yakin lelaki tu mendengar, dia menyambung.
"Saya minta satu aje. Tolonglah berterus-terang dengan saya kemahuan awak yang sebenar. Jangan buat saya takut macam ni."
Dia dapat rasa lelaki angkuh itu menyungging sinis.
"Apa yang awak nak dari saya sebenarnya ya?" Tiara cuba berdiplomasi.
Tak ada jawapan dari lelaki tu. Bila dia berpaling pandang ke belakang, ternampak lelaki tu tengah pandang arah lain. Wajah serius dengan panahan mata helangnya terlindung di sebalik Ray Ban. Sikit pun tak sudi pandang dia.
Bagi Tiara, inilah diri Aryan yang sebenar. Yang penyayang lagi romantis di kaunter aduan tadi tu bukan diri Aryan. Buktinya, tempoh hari selepas babak ciuman tu pun, Aryan kembali kepada versi dirinya yang dingin ni selepas berjaya menyakitkan hati ayahandanya.
"Awak tak puas hati kat ayah saya, tapi awak lepaskan dendam tu pada saya. Itu ke keadilan bagi awak?"
Terdengar berdesis sinis. Maknanya betul la tu apa yang dia kata.
"Sebab tu saya bencikan dunia korporat." Perlahan suara Tiara merintih.
Mereka tiba di luar bangunan. Tiara berhenti melangkah lalu berdiri menghadap lelaki tu. Dia cuba lembutkan hatinya agar belajar memahami lelaki ini. Manatau dengan cara ini dia boleh jumpa alasan untuk memaafkan lelaki ini.
Lelaki itu berhenti juga sepertimana dia. Tapi yang Tiara bingungkan, mata lelaki tu langsung tak berpusat pun pada dia. Lelaki tu lebih senang memandang pokok-pokok daripada pandang dia. Dua tangan seluk poket slek. Sambil muka terus-terusan tayang riak yang sama. Riak angkuh dan bosan.
Sungguhlah. Bahasa badan aje dah menunjukkan betapa kukuh dan tebalnya benteng diri Aryan terhadap dia. Aryan sedang meminta dia pantas menyatakan hal yang mahu dibincangkan.
Puas menilik wajah lelaki itu, Tiara jatuhkan wajahnya. Dia kecewa sebenarnya. Tapi tak tahu macam mana nak luahkan.
"Saya jadi pelik dengan diri sendiri. Bila jumpa awak aje, automatik bukan saya lagi dah yang kawal diri saya. So sebab tu la saya nak cuba faham awak... Manatahu kalau saya boleh tolong awak."
Tiba-tiba ada senyuman sarkastik di bibir lelaki tu.
Tiara kerut dahi. Apa yang lelaki ni ejekkan?
Lelaki itu, dengan riak wajah menyampahnya, dia berlalu tinggalkan Tiara. Tiara patah hati dengan respons yang diterimanya.
Nampaknya lepas ni dia akan tetap jadi mangsa lelaki itu. Dan dia akan terus keliru dengan setiap kejutan yang berlaku ke atasnya selepas ini.
Hilang bayangan lelaki tu dari mata, Tiara kembali melangkah. Tapi ingatannya terus-terusan dipacu mengingati lelaki misteri itu.
Kenapa lelaki itu memburu dia?
"Tiara!"
Tiara kenal suara tu. Menoleh dia.
Aida dengan muka risau mendapatkan dia.
"Kau okey tak?"
Memandang Aida, Tiara jadi sayu dengan nasib dirinya.
Beruntung betul Aida. Masih suci dan tak payah jadi mangsa nafsu macam dia.
"Aku tanya ayah kau, tapi ayah kau suruh aku tanya kau sendiri." Aida pegang bahu Tiara. Seketika, terlerai lamunan Tiara.
Risau benar Aida nampaknya.
"Apahal, dowh? Kenapa kau sampai datang balai ni? Kau report pasal apa, weh?"
Mendengarnya, Tiara dapat tangkap apa yang difikirkan Tan Sri Aizuddin. Daddynya tak mahu memaksa dia menyebarkan berita diperkosa ni. Kalau dia bersedia, bagitaulah bila orang tanya. Tapi kalau dengan tersebarnya berita tu nanti cuma akan buat dia malu dan tertekan, makanya pandai-pandailah.
Lalu pertanyaan Aida tu Tiara hanya jawab dengan senyum dan gelengan.
"Ada orang pecah masuk rumah aku pagi tadi. Masa tu aku dah on the way pergi hospital pun. Aku balik kejap sebab terlupa bawak wallet. Tengok-tengok, rumah dah kena pecah."
"So sebab tu la kau tak datang hospital hari ni?"
Boleh buat apa lagi? Tiara senyum aje.
*******-*******
Dua bulan kemudian...
TIARA resah. Dari tadi duk mundar-mandir dalam bilik air tu.
Dah dua bulan dia tak didatangi haid. Padahal selama ni jadual datang bulannya teratur.
Di tangannya sekarang, ada set pregnancy test. Terketar-ketar objek tu dipandangnya.
Sumpah dia takut. Takut sampai rasa nak mati. Masa depan tu dah seakan-akan jembalang mengerikan aje dia rasa sekarang. Mengejar dia untuk menghancurkan dirinya.
Macam mana dia nak teruskan hidup? Siapa yang akan besarkan baby tu nanti? Dan lelaki licik tu... akan sanggup ke lelaki tu mengaku telah memperkosa dia?
Tiara teringat-ingat perancangan yang pernah dinyatakan tan sri beberapa bulan lepas.
"Malukan dia di majlis tu. Maruah dia terletak pada penghormatan manusia." Pesanan yang ni.
"Tak guna berlagak malaikat kalau diri yang asal sebenarnya lebih teruk dari dajal." Yang ni.
"Dia memang handal dalam bab-bab yang membuat diri dia nampak baik." Dan yang ni.
Takut-takut, Tiara gunakan pregnancy test yang dipegangnya. Pecah tangisannya bila melihat dua garisan pada alat itu. Tak... tak mungkin alat ni salah.
Alat ni dicipta untuk mengesan kewujudan sejenis hormon yang dipanggil Human Chorionic Gonadotropin di dalam air kencing wanita. Hanya jasad perempuan hamil aje yang merembeskan hormon itu dan sekarang dua garisan pada alat itu menunjukkan hormon tu ada dalam jasad dia!
Dia ketakutan. Masa depan nampak semakin mengerikan.
Situ juga dia terjatuh. Seketika pandangannya terasa berputar dan kepalanya rasa berat. Lemah-lemah, susah-payah dia capai dinding. Sembam muka di situ dan menangis.
Macam mana dia nak hadap manusia dalam keadaan perutnya membusung nanti? Dia belum berkahwin. Tiada suami, dan selama ini tugasnya banyak berdepan gadis-gadis yang hamil luar nikah. Dia banyak beri nasihat pada mereka tentang bahayanya seks bebas.
Sekarang tak pasal-pasal dia sendiri yang berada di tempat gadis-gadis tu semua.
Lelaki tak guna tu memang dasar syaitan!
Tiara dicengkam dendam. Genggaman pada pregnancy test makin kejap. Kejap lagi. Lagi... patah akhirnya alat tu.
Tiara nekad. Rasanya dia patut terima cadangan tan sri. Tunjukkan pada umum tentang tembelang sebenar lelaki itu.
Tiara campak pregnancy test yang dah patah itu ke dinding. Menjerit semahunya. Matanya berubah kejam.
YOU ARE READING
MY ANNOYING HUSBAND [:SUDAH TERBIT:]
RomanceBila aku pejamkan mata... Aku nampak engkau.