PROLOG

9.8K 104 0
                                    

Gereja St Marry, Kuala Lumpur

UPACARA penghormatan kali terakhir untuk mendiang. Ruangan nave gereja dipenuhi saudara-mara yang datang dari negara asal si mati. Pakaian serba hitam.

Sayu. Hening.

Kaum keluarga bergilir-gilir menatap si mati yang sudah siap dibaringkan dalam suit serba hitam berkemeja putih. Di dalam keranda dicat berkilat.

"I thought everything was running very well... never thought he would do this far." Isteri si mati merintih di tepi keranda yang dipenuhi bunga. Semakin dia meluahkan, semakin galak pula esakannya.

"He was your closest friend, wasn't he? You trust him with all your heart, didn't you? But, why... he did this to you?" Selagi tak ada yang melarang, selagi tulah Madam Alexia akan luahkan semuanya.

Dia masih amat susah untuk percaya bahawa lelaki ini sudah tidak bernyawa. Dia amat berharap bahawa semua ini cumalah gurauan untuk mengenakan dia.

Dia perhati perut dan dada si mati.

Kaku. Tak berombak. Tak ada tanda-tanda pernafasan.

Suaminya sudah tiada...

Makin lama suasana makin pilu. Bunyi-bunyi esakan semakin berjangkit antara seorang dengan yang lain. Yang lain-lain pun ikut menangis dan berkongsi rasa yang sama.

Dah tiba waktu pengebumian. Keranda ditutup dan mula diusung. Berarak.

Di barisan hadapan perarakan, berjalan perlahan di situ pembawa potret si mati. Gambar si mati yang kelihatan ceria benar tersenyum. Semoga mereka yang masih hidup ini boleh bertenang-tenang sahaja bila melihat senyuman terakhirnya ini. Bahawa dia sedang baik-baik saja di atas sana.

"You never gave me the chance to reciprocate your soft, blameless heart. You never teach me how to live without you... Why you're so sellfish?"

Tiba-tiba Madam Alexia rebah. Dia cuba berpaut pada keranda yang sedang diusung. Hasilnya keadaan bertukar kecoh bila keranda yang berat itu ikut sama terjatuh. Hampir menghempap dia.

Beramai-ramai tenaga lelaki pantas berkerah menyambut keranda. Beramai-ramai pula para wanita mendapatkan Madam Alexia.

"All I can see is blue in my heart..." Madam Alexia mengadu tentang kepelikan yang dia rasakan pada dirinya. Dia cuba minta agar mereka boleh terangkan padanya.

Mendengarnya, makin ramai yang menangisi kepiluan ini. Mereka peluk Madam Alexia.

Di suatu sudut gereja, seorang lelaki kelihatan sedang berdiri santai bersandar di dnding. Memerhati semua yang berlaku. Pandangan tajam umpama helang miliknya, dilindungi sepasang cermin mata hitam jenama M7 SKY Ascent (dah macam jenama pistol).

Tangisan-tangisan berbunyi ratapan yang berlaku di sekelilingnya ini, sebenarnya ibarat sumbu yang dicucuh api saja pada hatinya. Dia jadi hilang sabar. Marahnya meluap-luap pada musuh yang menjadi angkara kematian ini.

Tan Sri Aizuddin... huh, politikus dan usahawan berusia 61 tahun yang selama ini disanjung-sanjung masyarakat itu. Siapa sangka sebenarnya lelaki itu jauh lebih mengerikan daripada firaun. Si bangsat itulah punca kematian ini. Ya! Lelaki itu!

Tapi tak apa... tunggu saja pembalasan yang bakal dia gencarkan tak lama lagi. Takkan aman dah hidup orang tua tu lepas ni.

Tanpa disedari sesiapa dalam ruang nave gereja itu, dua tangan Aryan menggenggam buku lima. Makin lama makin ketat hingga timbul urat-urat kekar di belakang tangannya. Kalau boleh, sekarang juga dia mahu temui si musuh itu. Biar terlunas semuanya.

Tengah-tengah sibuk semua yang di dalam nave ini menguruskan upacara kematian ini, mata Aryan terarah pada sesuatu di seberang sana. Pandangannya merentas kesibukan yang ada ni.

Dia nampak seorang lelaki berdiri di muka pintu church's nave yang terbuka luas. Lelaki itu sepertinya memang tengah menunggu dia.

Bertemu saja mata mereka, bebola mata Aryan jadi statik bertumpu ke situ. Tak lagi dialihkan ke mana-mana.

Lelaki itu juga nampaknya sedang serius. Mata lelaki itu menyampaikan bahasa isyarat yang hanya difahami oleh Aryan. Sesudah itu dia berlalu dan menghilang di sebalik dinding gereja. Signal yang meminta Aryan datang menemuinya.

Aryan kembalikan tumpuan pada gerombolan keluarganya yang menarik tangannya untuk turut serta mengiringi perarakan mendiang.

"Give me a sec." Sepatah kata-kata untuk mereka.

Mereka yang sedang meratapi kematian itu hanya mengangguk untuk dia.

Yang dia pula... Dia tak tunggu pun sesiapa memberi keizinan untuk dia berbuat apa-apa. Lantas sebaik habis ayatnya, dia terus beredar dan melangkah luas keluar dari kawasan itu.

Tiba di luar nave. Dia nampak lelaki tadi berada di tepi dinding gereja, tapi dia tak berhenti melangkah. Sebaliknya dia biarkan lelaki itu yang mengekori langkahnya.

Mereka menuju ke sepohon rendang.

"Go with the point." Nada yang dingin dan beku. Langsung tak menunjukkan aura-aura kesedihan atau sedang berkabung.

Dua tangannya diseluk ke dalam poket sisi. Sambil dia berdiri menghadap matahari terbit.

Lelaki tadi berjalan hingga berada di hadapan dan menghadap Aryan. Dihulurkan sekeping gambar bersaiz 4R.

"His one and only daughter." Tak dilupakan, perkataan 'his' itu dia tekan supaya Aryan tahu tentang siapa dia bercakap ni.

Renungan Aryan jatuh pada kepingan gambar di tangan Leo. Dia tenung lama, sambil perasaannya makin lama makin terbakar.

"Tiara Ayrissa. A master student, faculty of medical at University of Malaya. Currently in her second year and have been working on..."

Tak sempat Leo terangkan panjang lebar profile gadis itu, Aryan memintas tanpa emosi.

"We gotta slaughter this girl."

Aryan tak mahu kira walau apa pun juga latar belakang gadis itu. Dia peduli apa kalau perempuan tu juara Maharaja Lawak Mega sekali pun.

MY ANNOYING HUSBAND [:SUDAH TERBIT:]Where stories live. Discover now