Taehyung's
Kelopak mata aku mula bergerak gerak sebelum perlahan lahan terbuka. Dahi aku berkerut kerut kerana terasa pedih mata di saat cahaya matahari masuk ke dalam mata.
Kejap kejap aku buka mata kejap kejap aku tutup. Benda pertama yang aku lihat ialah ruang bilik aku.
Apa yang...
Aku cuba bangun daripada perbaringan aku menggunakan sokongan daripada tangan aku yang aku letak di atas katil.
"Argh sakitnya kepala" aku memegang sisi kepala aku yang terasa berdenyut.
Apa yang jadi ni ?
Macam mana aku boleh ada dekat dalam bilik aku dan apa yang jadi dekat majlis reunion Hype semalam ?
Aku mula menunrunkan kedua dua belah kaki aku di lantai bilik. Kepala aku diurut dengan tangan aku sendiri buat seketika sebelum aku mula turun dari katil sepenuhnya.
Tanpa berfikir panjang , aku terus turun ke tingkat bawah. Dari tangga lagi aku dah bau masakan yang tengah dimasak.
Siapa pulak yang masak ni ?
Seokjin ke ?
"Eo Taehyung , awak dah bangun ?" Hani tersenyum lebar ke arah aku.
Aku mengerutkan dahi memandang dia. Tubuhnya dari atas hingga ke bawah aku perhatikan. Tshirt warna pink , seluar pendek warna putih dan apron hijau.
Apa dia buat kat sini ?
"Sinilah Taehyung , sini duduk" Tiba tiba Hani menarik lengan aku dan memaksa aku duduk di kerusi meja makan.
Aku masih keliru dan tak faham dengan apa yang terjadi.
Kepala aku ni pulak sakit semacam. Ingat ingat lupa je aku tentang apa yang terjadi malam semalam.
Macam mana aku boleh tertidur dekat bilik sendiri pun aku tak ingat. Aku balik rumah terus tidur ke ?
"Nah , hangover untuk awak" Hani meletakkan semangkuk sup di hadapan aku.
"Hani , kau pergi ambil telefon aku sekejap"
"Nak buat apa ?"
"Aku nak call Seokjin nak bagitahu dia yang aku masuk pejabat lambat"
"Eh tak payah tak payah" sebelah kening aku diangkat.
Apahal pulak dengan Hani ni ?
"Harini saya nak awak cuti , Taehyung"
"Kau boss ke aku yang boss ni , hm ?"
Hani tersenyum mendengar balasan aku kepadanya. Apa dia fikir kelakar ke apa yang aku cakap ni.
"Harini awak kena teman saya pergi suatu tempat"
Dahi aku mula berkerut mendengar apa yang dia katakan. Sejak bila pula Hani ni berani sangat cakap macam biasa dengan aku ni.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kth
Lãng mạnMenjadi seorang personal assistant bagi Tuan Kim bukan lah satu tindakan yang bijak. Kerana lelaki itu... Mahu aku bertindak sebagai seorang teman wanita , kakak , isteri , sahabat dan segala galanya untuk dia. Itu lah kerja sebenar personal assi...