+ seventeen +

1.9K 249 65
                                    

Hani's

Aku duduk di atas kerusi kulit yang disediakan di dalam jet peribadi milik Taehyung ini. Aku tak tipu kalau aku cakap aku rasa macam nak mati dalam kemiskinan bila berkenalan dengan Taehyung.

Kau bayangkan , kasut yang dia pakai semua berjenama mahal dan dibeli du luar negara.

Kau rasa ?

Sedang aku duduk , mata aku tak henti meliar memandang sekeliling. Memerhatikan setiap ruang dalam jet ini. Lawa tu memang lawa.

Tapi mana Taehyung ?

Tadi dia masuk depan sekejap lepastu terus hilang. Jet ni pun tak bergerak terbang lagi.

"Kenapa dia tiba tiba nak bawak aku ke Paris eh ?" aku mula berfikir.

Pelik.

Yang pertama , dia suruh aku bukan main jadi teman wanita dia. Siap suruh jadi teman wanita yang betul betul pulak tu.

Yang kedua , dia kata dia nak buatkan aku jatuh cinta dekat dia. Ni taktik baru dia selaku seorang player terkenal ke macam mana ?

Dan dia boleh cancel semua meeting dalam minggu ni hanya untuk bawak aku melancong ke Paris ?

Pelik bin ajaib.

"Tumpang tanya , Taehyung mana ?" aku mula bertanya kepada seorang pekerja perempuan yang baru sahaja melintasi aku.

"Cik maksudkan Tuan Kim ke ?" aku mengangguk laju.

"Dia ada dekat bahagian hadapan. Dia ada mintak saya suruh cik tunggu di sini. Kejap lagi dia akan datang. Cik perlukan apa apa lagi ke ?"

Aku tersenyum hambar lalu menggeleng perlahan. Faham dengan maksud aku , pekerja perempuan itu mula pergi meninggalkan aku.

Aku melepaskan keluhan. Bukan main ajak aku pergi Paris tapi dia takde pun dekat dengan aku kat sini.

Buang masa.

♡♡♡

Taehyung's

"Cuba teka siapa ni ?" suara lembut seorang perempuan menyapa telinga aku.

Serentak itu juga pandangan aku terus menjadi gelap tatkala sepasang tangan mula menutup kedua dua belah mata aku dan menghalang aku untuk melihat.

"Eh apa ni ? Tak nampak lah" aku ketawa kecil.

Dengan sentuhan lembut dia saja , aku sudah dapat tahu siapakah dia.

"Alaaa cubalah teka siapa ni ?" dia masih tidak mahu berputus asa mengajak aku bermain bersamanya.

"Go Seyeon kan. Dah lepaskan tangan awak sekarang" aku tergelak kecil diakhir kata.

"No no no. Apa ni ? Awal awal dah salah"

"Aik ? Betul lah"

"Salah , cuba teka lagi"

Aku mengumam perlahan , cuba untuk memikirkan jawapan yang paling tepat untuk aku berikan kepada Seyeon yang berada di belakang aku.

𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kthWhere stories live. Discover now