+ eleven +

2.2K 258 42
                                    

"Maaf untuk saya katakan kepada cik , tapi penyakit Encik Lee makin lama makin teruk. Bila kami semua siasat balik dan melakukan sedikit check-up , traumanya datang sekali lagi. Encik Lee akan menjadi kurang waras pada suatu tahap dan saya tak rasa cik boleh bawak dia balik buat masa sekarang. Apa apapun , sokongan daripada cik sebagai ahli keluarga amat diperlukan Encik Lee"

Kata kata doktor masih lagi segar di dalam ingatan aku tatkala aku berjumpa dengan doktor itu sebentar tadi. Hujung jari aku mula gigit , takut dan risau.

Aku tak tahu nak buat apa !

Aku tak mahu appa jadi gila dan kurang waras. Aku tak mampu melihat appa dalam keadaan seperti itu. Aku mahukan appa aku yang dulu...

Air mata yang bertakung di tubir mata aku akhirnya mengalir membasahi pipi. Walaupun aku sedaya upaya cuba untuk menahan diri dari menangis , tapi aku tidak mampu.

Masalah tentang appa ini buatkan aku jadi semakin serabut.

Aku tak tahu nak buat apa !

Dan aku risau sangat sangat dengan keadaan appa. Sudah lah dia ada penyakit mental seperti itu. Inikan pula doktor bagitau penyakit dia makin teruk.

Aku tak mahu kehilangan appa seperti aku kehilangan omma !

Ak-aku tak mahu....

Seluruh tubuh badan aku menggigil. Aku yang sedang duduk di kerusi tempat menunggu di koridor di hadapan bilik sakit appa mula menangis.

Hidung aku mula memerah kerana menangis teruk. Bahu aku pula tidak henti henti terhinjut. Mata aku pejam rapat dan menangis sepuas puasnya.

Tangisan aku mula kedengaran kuat. Nasib di koridor ini tiada siapa yang lalu lalang , kalau tidak mesti aku dianggap gila.

"Ap-appa..." aku menutup kedua dua belah mata aku dengan kedua dua belah tangan aku.

Sumpah , aku tidak mahu kehilangan appa.

♡♡♡

Taehyung's

"Lamanya dia ni" aku menjeling jam tangan aku.

Dah berjam Hani dekat dalam hospital tu. Apa yang dia buat dekat dalam pun aku tak tahu.

Tadi aku nak masuk sekali dia tak bagi. Dia suruh aku duduk dekat luar ni dan tunggu dekat dalam kereta.

Suspicious sangat.

Tiba tiba mata aku menangkap kelibat Hani yang sedang keluar dari hospital melalui pintu masuk hospital.

Aku terus membuka pintu kereta pantas dan keluar daripada perut kereta. Langkah aku terus sahaja diaturkan ke arah Hani.

"Hani" aku memanggil namanya di saat aku berdiri betul betul di hadapannya.

Panggilan aku membuatkan dia mula berhenti melangkah. Namun kepalanya masih ditundukkan dan tidak langsung memandang wajah aku.

Dia ni dah kenapa ?

"Hani , jawab bila aku panggil nama kau"

Kepalanya masih ditundukkan ke bawah. Apa masalah dia sampai tak nak pandang aku pun aku tak tahu.

Tapi dari cara dia ni , aku tahu. Dia mesti tengah sedih.

𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kthWhere stories live. Discover now