+ twelve +

1.9K 251 69
                                    

Taehyung's

"Hello ?" aku mula menjawab panggilan telefon yang baru sahaja aku terima.

"Taetae , kau kat mana ?" suara Hoseok mula kedengaran di hujung talian.

Aku menoleh ke belekang sedikit bagi melihat Hani yang sudah pun tertidur di atas katil bilik aku. Aku mula membuku mulut untuk menjawab.

"Rumah. Kenapa ?"

"Aduh kau ni sejak bila pula duk terperap dekat rumah ni"

"Apasal ?"

"Datang lah party ni. Dekat club yang kita selalu lepak tu. Jisoo ada buat birthday party dekat sini"

Mendengarkan sahaja nama Jisoo terletus tawa aku tiba tiba. "Bro , kau tahu kan aku nak lari dari dia"

"Ala bro , yang lepas tu lepas lah. Jom ah teman aku kat sini , aku takde member ni"

"Kalau aku pergi , kau nak bagi apa dekat aku ?"

Kedengaran bunyi Hoseok mengumam perlahan sambil berfikir sesuatu. "Kau nak apa ? Aku boleh bagi semuanya kat kau. Duit ? Perempuan ? Semua aku bagi"

Aku tersenyum. "Aku nak kau beli XBOX baru untuk aku"

"Tae serious lah ? Kau nak aku beli XBOX ?"

"Bro , game lebih penting dari duit dengan perempuan tau bro"

"Apa apa jela , gotta go. Pastikan kau ada dekat sini , okay ?"

Aku terus mengukirkan senyuman sebelum memutuskan panggilan tersebut.

Tanpa berlengah , aku mula bersiap siap untuk ke sana. Well , aku tak perlukan pakaian yang menonjol sangat memandangkan aku memang kacak orangnya.

Jadi hanya dengan berpakaian biasa sahaja , aku tetap akan menonjol di party nanti.

Aku terus keluar dari rumah dan memandu kereta sendiri ke kelab malam yang dikatakan Hoseok sebentar tadi.

Well , sepatutnya aku tak patut pergi birthday party Jisoo. Yelah , siapa je tak kenal Jisoo. Kaki party yang dah lama lah jugak nak try aku.

Aku pernah lah layan dia haritu kat club , tapi dia over over pulak cakap bila nak kahwin lah nak dapat anak lah tu yang aku lari daripada dia haritu.

Dan kebetulan time tulah pertama kalinya aku jumpa dengan Hani di mana aku tarik dia and acah acah macam cium dengan dia sebab aku tanak bagi Jisoo cam aku.

Kalau dia dapat aku malam tu , memang dia heret aku balik rumah dia.

"Oho Kim Taehyung !" aku disapa oleh Hoseok di hadapan pintu masuk kelab malam.

Aku hanya tersenyum memandang dia. "Muka kau tu dah elok ke ?" pipi Hoseok yang kelihatan sedikit lebam itu aku lihat.

Tahulah aku ni kesan lebam aku tumbuk dia haritu waktu dia buat kecoh dekat syarikat aku. Mana taknya aku marah , ribut takde gempa takde tetiba buat kecoh.

Nasib aku tumbuk manja je tu. Kalau tumbuk betul betul memang dah arwah dia nanti.

"Okay je. Lagipun kau ni macam tak biasa je tumbuk aku" dia tergelak.

Kami berdua masuk ke dalam kelab malam tersebut. Bunyi rentak lagu rancak yang dipasang di dalam kelab malam ini menerjah masuk ke dalam gegendang telinga.

"Kau tak bawak apa apa hadiah untuk Jisoo ke ?" Hoseok mula menyoal.

"Haaa ???" aku mengangkat sebelah kening memandang dia.

𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kthWhere stories live. Discover now