Kelopak mataku bergerak gerak sebelum perlahan lahan mataku mula terbuka. Kepala aku rasa berdenyut denyut dan sakit , bagaikan telah dipukul dengan suatu benda yang keras. Dahi aku mula berkerut menahan sakit.
Penglihatanku menjad kabur. Kejap kejap mataku dibuka dan kejap kejap dipejam , untuk menstabilkan penglihatanku ini. Aku memandang sekeliling dengan lemah.
Tatkala itu baru aku sedar , tubuhku diikat di atas kerusi ini.
Aku pandang sekeliling cemas. Tubuhku yang diikat dengan tali bersama kerusi yang aku duduk ini aku pandang dengan mata yang terbuntang luas. Ya , aku cemas dan panik sekarang ni.
"A-aku dekat mana ni ?" aku bersuara perlahan.
Aku didudukkan di atas kerusi kayu dengan diikat dengan tali ini dia sebuah bilik kecil yang aku tak tahu bilik apa. Bilik ini hanya dibekalkan dengan sebuah lampu sahaja yang menyebabkan ruang bilik ini kelihatan malap.
"To-tolong..." suaraku menjadi lemah. "Sesiapa yang ada dekat luar , to-tolong...!"
Mata aku sudah mula berair. Aku tak mampu nak fikirkan tentang apa apa sahaja yang bakal berlaku pada aku ketika ini. Entah di mana aku berada pun aku sendiri tidak tahu.
Tunggu...
Apa yang terjadi sebenarnya ?
Aku gigit bibir bawah , cuba untuk mengingati kembali apa yang telah berlaku malam semalam sehingga aku akhirnya end up ada dekat dalam bilik ini dan diikat di atas kerusi kayu ini.
"Taehyung... hantar aku balik rumah lepas dia date dengan aku buat kali terakhir dan... lepastu..." mata aku mula membulat apabila teringatkan kembali apa yang terjadi malam semalam.
Benda terakhir yang aku ingat malam semalam , ada seorang perempuan dalam rumah aku dan aku dipukul dengan suatu benda yang keras yang menyebabkan aku akhirnya pengsan.
Jadi itu ke sebabnya aku sekarang ni berada di sini ?
Jap , perempuan tu...
Macam familliar. Tapi aku tak ingat aku jumpa dia di mana.
Kreekk !
Mata aku membulat. Aku terus angkat wajah keatas dan pandang ke arah pintu bilik yang dibuka oleh seorang lelaki yang berpakaian serba hitam. Wajahnya ditutup dengan mask hitam dan topi hitam.
Mata kami bertembung buat seketika sebelum dia mula menutup semula pintu bilik tersebut. Tubuh badan aku mula menggigil tatkala aku terlihat dia memegang sebuah beg berwarna hitam.
Yang berisi pelbagai alat tajam.
A-aku akan mati ke ?
Dia berjalan ke arah katil yang terdapat di dalam bilik ini dan meletakkan beg berwarna hitam tersebut di atas katil tersebut. Satu satu alat yang ada di dalam beg tersebut dikeluarkan.
Pisau.
Parang.
Pistol.
Penukul.
Air mata aku mengalir deras tanpa aku sedar. Bibir aku mula bergetar. Ya , takut. Itu perasaan yang aku alami sekarang ni. Aku tak tahu langsung kenapa aku boleh berada di sini dan kenapa aku harus lalui semua ini.
"Lee Hani-sshi" dia memanggil namaku dengan suara kerasnya.
Jantung aku bagaikan hendak tercabut mendengar suaranya. Perlahan lahan aku memandang wajahnya. Dia membuka mask hitamnya dan meletakkanya di atas katil. Senyuman sinis terukir di wajahnya.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kth
Storie d'amoreMenjadi seorang personal assistant bagi Tuan Kim bukan lah satu tindakan yang bijak. Kerana lelaki itu... Mahu aku bertindak sebagai seorang teman wanita , kakak , isteri , sahabat dan segala galanya untuk dia. Itu lah kerja sebenar personal assi...