+ epilogue +

2.8K 258 192
                                    

2 tahun kemudian.

"Kau boleh sabar tak ?" aku mula merungut.

Muka menyampah aku tayangkan kepada Somi yang berada di muka pintu bilik tidurku.

Cermin solek di hadapan dipandang semula. Pemerah bibir dicapai dan dicalitkan di atas bibirku yang terbentuk elok.

"Cepat lah Hani oi ! Kita dah lambat dah ni !" Nayeon mula bersuara tidak berpuas hati.

"Tak bende sekarang ni , kau ke aku yang nak pergi blind date ni ha ?"

"Kau ni pun , tak baik tau buat orang tertunggu tunggu"

Aku menggulingkan mata ke atas. Eh eh dia ni. Aku yang nak pergi blind date , dia pulak yang over over. Sepak karang.

"Fine fine ! Aku dah siap dah pun"

Aku terus mencapai beg tanganku dan mengorak langkah keluar dari rumah bersama dengan Nayeon.

Aku pun tak faham lah apa yang excited sangat member aku sorang ni. Sejak aku kenal dengan dia setahun yang lepas , bukan main kitorang rapat memanjang.

Kau bayangkan lah dah 5 blind date dia aturkan aku dengan member laki dia , takde sorang pun aku accept.

Aku bukannya memilih ke apa cuma tulah. Tak berkenan.

Aku merenung ke luar tingkap kereta Nayeon. Nayeon pulak fokus sahaja memandu kereta untuk membawa aku ke tempat blind date aku yang diaturkan olehnya.

"Nevermind , I'll find someone like you. I wish nothing but the best for you too. Don't forget me , I beg I remember you said. Sometimes it lasts with love but sometimes it's hurt instead~" aku mula bernyanyi kecil.

"Aku tak faham lah" Nayeon tiba tiba bersuara.

"Hurm ?"

"Aku tahu lah kau composer and buat lagu. Tapi mana kau dapat inspire nak buat lagu Someone Like You tu ? Sendu semacam je lagu tu"

Aku tersenyum nipis. "Pengalaman"

"Maksud kau ?"

"Takde apelah"

Aku hanya membiarkan sahaja Nayeon di sebelah aku yang tengah pandang aku tak puas hati.

Daripada aku layan soalan dia tu , baik aku fokus betulkan penampilan aku untuk berjumpa dengan partner blind date aku.

Tak mengambil masa yang lama , akhirnya tiba juga aku dan Nayeon di hadapan tempat yang dijanjikan oleh Nayeon dan partner blind date aku.

"Wait Nayeon , apahal kau berhenti dekat sini ?"

"Get out. Aku dah penat jadi driver kau dah"

"Jap jap jap"

"Dia pakai baju suit kelabu. Baru balik kerja la kot ha"

Belum sempat aku nak bersuara untuk bertanyakan kepada dia lebih lanjut , dia sudah pun menolak aku keluar dari keretanya.

Tak guna !

Aku gigit bibir bawahku.

Laki apa sia bawak aku gi blind date dekat museum seni ni astaga. Dah nampak dah masa hadapan dia kena reject dengan aku nanti.

Aku mengeluh. Dasar tak romantik langsung bawak aku pergi museum ajak date.

Tanpa berlengah lagi , aku terus mengorak langkah masuk ke dalam museum tersebut. Museum pameran seni.

Aku pernah pergi museum ni dulu. Dengan seseorang yang sangat istimewa bagi aku.

Tapi anehnya , hanya aku seorang sahaja yang ada di dalam museum ini. Tak ada seorang pun manusia yang aku nampak di sini.

𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kthWhere stories live. Discover now