"Where is my goodbye kiss , sayang ?"
Dub dab ! Dub dab ! Dub dab !
Pipi aku mula membahang dan berona merah tatkala minda aku mula mengimbas kembali kata kata yang mampu mencairkan hati para wanita yang baru sahaja disebut oleh boss aku sendiri.
Kim Taehyung.
Aku menggeleng kepala laju. "Kenapa kau asyik terfikir pasal dia je ni , Hani. Sedar sikit , dia tu boss kau aigoo"
Aku mengetap bibir rapat. Mata mula dipejam rapat. Selimut katil aku ditarik dan digenggam. Sekarang dah pukul 1 pagi dan aku masih belum tidur.
Ini semua kerana aku masih tidak dapat melupakan tentang majikan aku yang kacak itu. Macam mana aku nak survive bekerja bawah dia selama bertahun tahun ?
Baru je aku diterima , dia dah bagi ayat ayat manis. Ni karang sepanjang aku bekerja dengan dia tetiba dia goda aku macam mana ?
Aduhh wahai hati , jangan lah kau jatuh suka terlalu cepat. Ingat ! Kau dah ada Jimin. Kau dah crush kat Jimin !
Aku mengangguk laju. Seolah olah sedang memberikan nasihat dan kekuatan pada diri aku sendiri.
"Lagipun dia tu playboy kot. Memang ni lah kan taktik dia nak dapatkan perempuan and main dengan perasaan perempuan. So , kau tak boleh fall dekat dia Hani. Ingat tu !"
Aku mula tersenyum. Baik , aku dah boleh tidur dengan aman.
Baru je aku nak tidur , tiba tiba telefon aku berdering menandakan ada orang mesej aku. Siapa pulak yang nak mesej aku pagi pagi buta ni ?
Telefon pintar yang aku letak di atas meja sebelah katil laju sahaja diambil. Tatkala skrin telefon dibuka dan menghasilkan cahaya yang kuat , mata aku terpejam sebentar.
Kecerahan skrin telefon diaturkan. Kemudian aku mula memeriksa ruang mesej yang aku terima daripada seseorang.
Nombor siapa ni ?
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kth
RomansaMenjadi seorang personal assistant bagi Tuan Kim bukan lah satu tindakan yang bijak. Kerana lelaki itu... Mahu aku bertindak sebagai seorang teman wanita , kakak , isteri , sahabat dan segala galanya untuk dia. Itu lah kerja sebenar personal assi...