+ seven +

2.1K 266 180
                                    

Hani's

Aku pergi ke ruang tamu rumah Taehyung di mana di situlah ramai tetamu sedang berkumpul. Disebabkan Taehyung suruh , aku kena pegang lengan dia ala ala macam drama tu.

Tiba sahaja di ruang tamu , aku dan Taehyung menjadi perhatian semua tetamu yang ada di sini. Tetamu kami lebih kepada jantina lelaki.

Oh ya lupa , Taehyung ada cakap yang tetamu dia tu member member lama dia.

"Oho lama tak jumpa ya , Kim Tae" seorang lelaki berambut hitam menegur kami. Tangannya dihulurkan kepada Taehyung.

"Eo Rowoon , lama tak jumpa"

Taehyung mengukirkan senyuman lebar dan terus menyambut huluran tangannya. Mereka berdua berjabat tangan.

Aku tak usha diorang. Tak penting pun. Mata aku dari tadi meliar memandang sekeliling. Cuba untuk scan setiap seorang tetamu pada hari ini.

Takut takut lah kan aku lupa diorang tu actually tetamu aku.

"Kau macam mana ? Sihat ?" Taehyung mula bertanya.

Rowoon tersenyum lebar dan mengangguk laju tatkala mendengar soalan yang diungkapkan Taehyung.

"Macam yang kau tengok sekarang , I'm fine. Tapi tula aku dah janji dengan nenek aku yang aku nak bujang sampai tua"

"Aik ? Apehal pulak ?"

"Aku nak lebihkan spend time dengan apa yang aku minat. Malas la kahwin haha. Nanti satu hal pulak kena fikir itu ini kalau kahwin"

Taehyung hanya tergelak kecil mendengar kata kata kawan lamanya. Aku yang di sebelahnya masih berdiam diri.

"By the way Tae , tanak kenalkan aku dekat sebelah kau ni ke ?"

Mendengarkan sahaja kata kata lelaki yang bernama Rowoon itu , aku terus menoleh memandangnya. Tatkala mata kami bertemu , aku terus memberikannya senyuman.

"Oh. Ini namanya bidadari. Bidadari hati aku"

Gaes , aku nak baldi !

Taehyung dan Rowoon mula ketawa. Aku dengan muka blurnya hanya ketawa janggal. Entah apa yang kelakar aku pun tak faham diorang ni.

"Lee Hani imnida" aku menghulurkan tangan pada Rowoon.

Rowoon tersenyum dan menyambut huluran tangan aku. "Rowoon"

"By the way Tae , dia..." Rowoon memandang Taehyung , cuba untuk mencari jawapan.

Seakan faham dengan maksud Rowoon , Taehyung tersenyum manis dan nembuka mulutnya untuk mengatakan sesuatu.

"Teman wanita aku"

Rowoon tersenyum seraya mengangguk. Wajah aku dan Taehyung dipandang silih berganti.

"Tae , kau dah jumpa dengan Jungkook ? Dia riak betul cite dekat semua orang yang Soojin mengandung anak kedua" Rowoon ketawa di akhir kata.

Tunggu , Jungkook ?

Jangan cakap diorang maksudkan Jeon Jungkook ?

𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kthWhere stories live. Discover now