HPA + kth

5K 357 188
                                    

♡♡♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡♡♡

Kim Taehyung

Majikan aku sendiri merangkap manusia yang paling perfect yang pernah aku jumpa. Bukan hanya sekadar mempunyai rupa paras yang kacak namun dia juga kaya , pandai dan mempunyai personaliti yang menarik.

Kaya dia tu dah macam billionaire. Ada private jet sendiri untuk ke mana mana , rumah besar bagai istana , ada luxury garage full of kereta kereta berjenama dan dia juga macam tipikal orang kaya yang ada walk-in closet.

Dan tidak seperti orang normal yang menyusun pakaian mereka mengikut jenis dan warna , dia susun ikut jenama. Sebab dia ada banyak jenama yang sama. Aku tengok dah macam butik dah. Siap jam pun ada kot.

Aku boleh cakap hampir kesemua orang yang bertemu dengannya pasti akan menyukainya. Tidak kira perempuan mahupun lelaki.

Tapi kau jangan terpedaya cepat sangat.

Kim Taehyung. God-like creature yang sememangnya profesional dalam bab mematahkan hati semua perempuan. Atau mungkin aku boleh cakap tak semua perempuan.

Hanya perempuan yang tertinggal otak dalam jamban dan terlupa nak flush je yang sanggup dipermainkan hatinya dengan lelaki macam tu.

Playboy.

Itu panggilan sesuai untuk dia.

Sejak aku masuk bekerja di dalam syarikat berkaitan dengan fesyen pakaian semua ni dan sudah semestinya Kim Taehyung merupakan pengerusi syarikat ini.

Aku bekerja sebagai personal assistant Kim Taehyung. Pada awalnya , jujur aku katakan yang aku terlalu gembira apabila Taehyung menerima aku sebagai pekerjanya.

Walaupun potensi aku terlalu sedikit untuk diterima tetapi suprisingly aku diterima. Walaupun ramai orang cakap aku macam tak layak tapi aku tak kisah , aku tak kira !

Aku tetap mahu bekerja di situ !

Tetapi sekarang aku menyesal. Personal assistant Kim Taehyung , kau akan terfikir apa bila aku katakan tentang ini ? Tukang pegang fail boss ? Tukang maklumkan jadual boss ? Tukang handle meeting ?

Tidak sama sekali.

Awal awal lagi waktu interview Taehyung dah tanya aku soalan pelik pelik. Tapi bodohnya aku tak perasan akan semua perkara tersebut.

Aku ni boleh dikatakan sebagai pembantu , adik , kakak , anak , ibu , kawan , sahabat , teman wanita , isteri dan segala galanya buat Kim Taehyung.

Itulah tugas sebenar aku sebagai personal assistant Kim Taehyung.

Bagaikan magis , tatkala Taehyung berkata sahaja "mode teman wanita" dan aku betul betul harus menjadi teman wanita dia. Dan dia juga betul betul akan melayan aku seperti teman wanita dia.

𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kthWhere stories live. Discover now