+ nineteen +

2K 243 58
                                    

Taehyung's

Kereta yang dipandu driver aku akhirnya tiba juga di hadapan hotel yang akan didiami oleh aku dan Hani sementara di Paris ini.

Aku pusingkan kepala memandang ke tepi , memandang Hani yang sudah pun tertidur dengan kepalanya yang terlentok di atas bahu milik aku.

Senyuman aku terukir.

"Sayang , bangun sayang. Kita dah sampai ni" aku goyangkan bahu Hani perlahan.

Mungkin disebabkan rasa terganggu dengan sentuhan aku pada bahunya , tubuhnya mula tergerak gerak sedikit sebelum kepalanya mula ditarik menjauhi bahu aku.

Kedua dua belah matanya ditenyeh dengan jari jemarinya sendiri. Aku hanya menahan diri dari tersenyum melihat wajah Hani yang masih lagi mamai itu.

"Ngantuk sangat ke ni , hm ?" aku bertanya lembut.

Dia tak menjawab. Matanya masih sukar untuk dibuka kerana kantuknya yang masih tersisa. Rambutnya aku usap perlahan.

"Kita naik bilik jom. Tidur dekat bilik okay ?"

Hani mengangguk perlahan. Tanpa berlengah masa , aku dan Hani terus keluar daripada perut kereta. Bagasi bagasi kami sudah pun dibawa oleh pekerja ke bilik kami.

Selesai mendapatkan kunci daripada kaunter , aku dan Hani terus bergerak menuju ke bilik kami.

Mungkin disebabkan dia ngantuk sangat sangat , sampaikan tengah berdiri dekat lif pun boleh tersengguk. Aku hanya menahan diri dari tergelak melihat dia.

Comel.

Tiba sahaja di aras bilik kami , aku terus menarik tangan Hani dan memimpin dia menuju ke bilik hotel yang akan didiami oleh kami berdua.

Tidak mengambil masa yang lama , kami sudah pun tiba di hadapan pintu bilik. Pintu bilik aku buka dengan kemudahan kad yang diberi pihak hotel.

"Nak mandi dulu ke terus tidur ?" aku bertanya kepada Hani.

Nampak sangat dia mengantuk tu. Jadi aku rasa berkemungkinan dia tak mahu mandi. Memandangkan perjalanan kami tadi agak jauh , mungkin dia rasa penat kot.

"Tu-tuala mana ?" kejap kejap mata Hani dibuka , kejap kejap matanya tertutup.

Aku tersenyum. Ni memang mengantuk sangat ni.

"Tak payah. Pergi jelah tidur. Kau ngantuk sangat tu"

Kedua dua belah bahunya aku pegang dan tarik tubuhnya menuju ke bilik tidur hotel ini. Sampai sahaja di dalam bilik , aku terus paksa dia baring atas katil.

"Goodnight baby" dahinya aku kucup lembut.

Baru sahaja aku ingin pergi meninggalkan dia di dalam bilik ini , tiba tiba tangan aku ditarik olehnya. Aku terus memusingkan semula badan menghadap dia.

Aku menundukkan sedikit tubuh aku dan mendekati wajahnya. Rambutnya aku usap lembut dan mata aku menatap anak mata dia dalam.

"Kenapa ni sayang ?"

"Nak pergi mana ?" dia bertanya dengan suara yang direndahkan.

𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kthWhere stories live. Discover now