+ five +

2.4K 296 358
                                    

"Nah"

Terkebil kebil aku melihat Taehyung yang tiba tiba sahaja menghulurkan seplastik ubat ubat yang dia beli dekat farmasi.

"Ta-takpe boss , saya okay je" aku hanya tersenyum kekok.

"Mode teman wanita"

Ha sudah.

Aku tak tau nak buat apa ni. Macam mana aku nak berlakon macam teman wanita dia pulak ni. Aku mana reti.

"Jangan panggil aku boss" seakan faham aku tak mengerti , Taehyung memberi arahan.

"Kau kena sapu ubat ni dekat pipi kau. Nanti tamparan tu tinggalkan kesan macam mana ?" Taehyung terus duduk di sebelah aku di bangku ini.

Aku hanya tersenyum dan menggeleng laju. "Saya okay jelah. Takde ape pun"

"Lee Hani , aku risaukan kau sekarang ni tahu tak" aku terdiam.

"Ta-tapi saya okay... saya betul betul okay"

Entah kenapa mata aku mula berair. Pantas aku larikan pandangan dari memandang Taehyung. Aku tak nak Taehyung nampak aku dalam keadaan yang macam ni.

Tipulah kalau aku kata aku okay lepas kena tampar dengan kuat tadi.

Tiba tiba bahu aku ditarik membuatkan aku terkejut. Mata aku membulat apabila Taehyung menarik aku ke dalam dakapan hangatnya.

Kepala aku diusap lembut. Jantung aku berdegup laju tatkala dia mengeratkan lagi pelukannya dengan aku.

"I know you're not okay , sayang"

Entah kenapa bibir aku mula bergetar tatkala mendengar suara garau Taehyung berkata lembut kepada aku sebegitu.

Tanpa aku sedar , aku telah pun menghasilkan tangisan halus. Air mata aku mengalir membasahi pipi aku.

Aku rindu papa...

Aku rindukan papa sangat sangat.

Kalau papa tahu anak perempuan dia sedang mengalami hari yang buruk dekat tempat kerja , mesti papa akan sedih dengan aku.

A-aku...

Aku rindu papa...

Air mata aku meluncur laju membasahi pipi aku lagi. Taehyung yang memeluk aku hanya menepuk belakang badan aku perlahan.

"Nangis je. Lepaskan semuanya. Aku tau kau sedih. Kalau kau dah selesai nangis , kau bagitau aku"

Aku menangis semahu mahunya. Pelukan hangat yang Taehyung berikan kepada aku ketika ini membuatkan aku ingin melepaskan semuanya. Pandangan orang di sekeliling langsung aku endahkan.

Tiba tiba aku meleraikan pelukan dan mata aku bertembung dengan anak mata Taehyung.

A-apa yang aku buat ni ?

Aku tak sepatutnya peluk boss aku sendiri.

"Ma-maafkan sa—" kata kata aku terhenti di saat Taehyung lap air mata aku menggunakan tali lehernya.

𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kthWhere stories live. Discover now