+ twenty three +

1.5K 218 33
                                    

Tiba sahaja di pusat lapangan terbang Incheon , tanpa berlengah lagi aku terus berjalan laju keluar dari lapangan terbang menuju ke luar. Bagasi aku laju sahaja ditarik.

Tak memerlukan masa yang banyak , aku terus menahan teksi yang kebetulan ada di hadapan pintu masuk lapangan terbang Incheon ini.

Masuk sahaja ke dalam teksi tersebut , telefon pintar aku terus dikeluarkan dari dalam beg tanganku. Nombor doktor yang bertugas untuk merawat appa , aku dail.

"Shit , kenapa tak angkat ni" bibir bawahku digigit.

Ya , aku panik. Betul betul panik.

Kau fikir aku boleh duduk diam bila dapat tahu appa aku sendiri kena kurung dalam hospital mental ? Macam tu ?

Doktor ni pulak satu hal. Apahal dia tak jawab call aku. Memang Taehyung dah rancang semua benda ni dari awal ke apa ?

Sampah.

Sampai sahaja di hadapan pintu masuk Seoul Hospital , aku terus turun daripada teksi selepas membayar tambang teksi. Tanpa berlengah masa , aku terus memperlajukan langkah menuju ke arah bilik sakit appa.

"Shit" aku mencarut perlahan.

Ternyata appa tiada di dalam bilik sakitnya. Katil yang dikemas rapi sepertinya tiada pesakit yang duduk di katil itu lagi.

Jelas , appa telah pun dipindahkan ke tempat yang lain.

Aku terus berlari keluar dari ruang tempat sakit appa. Kaunter pertanyaan hospital yang berada di aras ini menjadi destinasi utama aku.

"Ya cik , boleh saya bantu ?" jururawat perempuan yang bertugas di kaunter pertanyaan menyoalku lembut.

"Bagitahu aku sekarang , mana appa aku ?"

"Nae ?"

"KORANG SOROKKAN APPA AKU DEKAT MANA ?!"

Bahu jururawat itu terhinjut kerana terkejut dengan jeritan marah aku. Dadaku berombak naik dan turun laju. Nafasku terasa bagai tidak teratur.

"Ci-cik... bawak bertenang. Cuba bagitahu saya apa nama appa cik dan nombor bilik dia berapa ? Saya akan tolong check kan untuk cik ya ?"

Air mata sudah pun berkumpul di tubir mata aku. Entah kenapa hidung aku rasa pedih bagai dicucuk cucuk sekarang ni. Bila bila masa sahaja air mata aku akan mengalir.

"Lee Hani-sshi ?"

Aku terus tolehkan kepala ke arah kanan di mana telinga aku menangkap suara garau seseorang memanggil nama aku.

"Park Jimin ?"

Tanpa menghiraukan langsung jururawat di hadapan aku ini , aku terus berlari ke arah Jimin dan menghampirinya. Dia pandang aku atas bawah dengan dahi yang berkerut.

"Apahal kau selekeh sangat ni , Hani ?" dia pandang aku pelik.

"Kau tau mana appa aku berada ?" aku terus memotong percakapannya , langsung hiraukan apa yang dia katakan kepada aku.

"Ha ? Appa kau ?"

Aku terus mengangguk laju. Aku tahu , Jimin mesti tahu punya appa aku ada dekat mana.

Yelah kalau dia tak tau , takkan lah dia boleh ada dekat sini kan ? Dia buat apa pulak dekat sini ? Takkan dia melawat kawan dia pulak kan ?

"Appa kau..." dia menghentikan kata katanya.

Aku pandang Jimin pelik. Kenapa dia tak teruskan sahaja apa yang dia nak cakap dekat aku ? Apa yang susah sangat dia nak cakap ?

"Jimin please , bagitau aku tolonglah !"

𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kthWhere stories live. Discover now