Taehyung's
Perlahan lahan mata aku terbuka. Entah kenapa kepala aku rasa sakit sangat bagai dicucuk cucuk dengan suatu benda yang tajam.
Mata aku yang sepet itu ditenyeh kedua duanya. Aku memandang sekeliling. Memandang ruang bilik tidur yang kelihatan sangat asing di pandangan aku.
Mata aku terbuka luas.
"Aku kat mana ni ?"
Aku terus bangun daripada katil tersebut. Sekali lagi ruang bilik itu aku pandang. Tak , aku tak pernah jejakkan kaki ke rumah kecil ini.
Rumah siapa pulak ni ?
Tanpa berfikir lebih lanjut , aku terus keluar dari bilik tidur tersebut. Baru sahaja aku ingin keluar dari rumah ini , langkah aku terhenti.
Mata aku membulat tatkala mata aku terpandangkan sesusuk tubuh seorang wanita dengan apron berwarna merah jambu sedang sibuk masak di dapur rumah ini.
"Lee Hani ?"
Dia memusingkan tubuh ke belakang. Mata kami saling bertemu sebelum dia menguntum senyuman manis kepada aku.
"Dah bangun ? Pergi basuh muka lepastu kumur. Kita breakfast sama sama , jom ?" dia berkata gembira.
A-aku bermimpi ke ni ?
Aku terus berjalan laju ke arahnya dan tubuhnya terus aku tarik laju ke dalam dakapan hangatku. Tubuhnya aku peluk erat.
Matanya membulat kerana terkejut dengan tindakan aku yang secara tiba tiba ini. Tubuhnya terus menjadi kaku.
"Wahh aku rasa macam semua ini hanyalah mimpi !" aku tersenyum lebar.
Hani tersenyum nipis sebelum menolak aku jauh daripadanya. Wajah aku dipandangnya tajam. Aku memandangnya pelik.
"Dah lah tak mandi lagi. Ada hati nak peluk orang"
Aku tergelak.
"Nak aku cium kau pun boleh"
"Eee mengada !" tak pasal pasal kepala aku kena ketuk dengan senduk yang dipegang Hani.
"Arghh ! Sakitlah bongok !" aku mengusap kepala aku dengan kedua dua belah tanganku.
"Pergi basuh muka dulu nanti boleh makan"
Aku mengangguk laju seraya tersenyum lebar. Namun walaupun sudah diarahkan untuk ke bilik air , aku tetap berdiri tercegat di belakang Hani.
Dia memusingkan tubuhnya ke bekakang. Sebelah keningnya terangkat memandang aku. Mungkin pelik sebab aku tak pergi lagi.
"Nak apa lagi ?" dia pandang aku malas.
"Nak kisshh dulu" aku memuncungkan bibir gaya itik.
"Mengada lah. Pergi lah tandas tu"
"Tanok tanok tanok. Nak kisshhh dulu"
"Hey Taehyung , jangan sampai aku sula kau dengan senduk ni ha , kau nak ?" aku ketawa mendengar suara Hani yang tak ubah macam mak tiri Cinderella.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kth
Lãng mạnMenjadi seorang personal assistant bagi Tuan Kim bukan lah satu tindakan yang bijak. Kerana lelaki itu... Mahu aku bertindak sebagai seorang teman wanita , kakak , isteri , sahabat dan segala galanya untuk dia. Itu lah kerja sebenar personal assi...