+ twenty six +

1.6K 199 129
                                    

Taehyung's

Langsir dibuka luas membuatkan cahay matahari masuk menerobos melalui cermin kaca besar yang ada di dalam bilik tidurku. Cahaya matahari yang terang itu menganggu lenaku.

Kelopak mata aku bergerak gerak , terganggu dek kerana cahaya matahari tersebut.

"Taehyung , wake up" sepasang tangan menyentuh dada aku lembut.

Aku menggeleng perlahan. Aku penat. Cukup lah mata aku dah bengkak gila sebab menangis banyak malam semalam. Jadi aku perlukan rehat sekarang ni.

"Taehyung , bangunlah" suara perempuan yang asing didengari menerjah masuk ke gegendang telingaku.

Kulit tangannya dan pipiku mula bersentuhan. Perlahan sahaja dia usap pipi kananku buatkan aku rasa terganggu. Mata aku pantas dibuka luas.

Go Seyeon.

Aku tepis tangannya perlahan. "Apa kau buat dekat sini ?"

"Buat apa ? Kejutkan awak bangun tidurlah sayang"

Baru sahaja dia ingin mengusap pipi aku semula , pantas sahaja tangan aku menepis tangannya kasar. Dia terkedu buat seketika dengan tindakan aku.

"Maksud aku , kau buat apa dekat sini ? Bukan kau dah bahagia dengan pilihan kau ke , hm ?"

Dia menghela nafas berat sebelum menatap wajahku semula. Pandangan dingin aku berikan kepada perempuan di hadapanku.

"We will be back together okay ? I know you can't forget me , Taehyung"

"Siapa kata ?" aku tersenyum sinis.

"That girl , dia pun dah tinggalkan awak kan ?" riak wajah aku terus berubah.

Mendengarkan sahaja ayatnya itu , tahulah aku dia sedang mengatakan tentang siapa. Siapa lagi kalau bukan perempuan itu , Lee Hani.

"Awak fikir ada orang lain lagi ke yang nak terima awak seikhlasnya , Tae ? Saya je yang awak ada tau sekarang ni"

Aku terus mengalihkan pandangan ke tempat lain. Tidak mahu melihat wajah perempuan itu apatah lagi bertentang mata dengannya.

"Seokjin kata awak setuju dengan perkahwinan kita berdua" dia gigit bibir bawahnya. "Puan Kim suruh kita berkahwin next week"

Aku hanya diam. Tak mahu kata apa apa lagi.

Tanpa diundang , dia terus duduk di atas riba aku. Aku tidak menolak mahupun berbuat apa apa , membiarkan sahaja dia berbuat sebegitu.

Pandangan aku pula masih setia memandang tempat lain. Tiada sekali pun terbit di hati aku untuk bertentang mata dengan perempuan ini.

Perempuan yang pernah tinggalkan aku.

"Hey sayang" dia memegang pipiku dengan kedua dua belah tangannya menyebabkan wajahku bersemuka dengannya.

"Kita dah nak kahwin tau. Awak tolong jangan buat perangai"

"Berambus sekarang"

𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kthWhere stories live. Discover now