Taehyung's
Aku menghentikan kereta betul betul di hadapan sebuah restoran yang Encik Seo bagitahu aku sebentar tadi.
Tak perlu berlari masuk ke dalam restoran , dari luar pun aku dah nampak Seyeon bersama anak perempuannya yang sedang makan bersama.
Aku dapat lihat dia tersenyum lebar makan bersama dengan anaknya melalui cermin besar yang menampakkan suasana dalam dan luar restoran.
Tangan kanan aku memegang erat stereng kereta. Belakang badan aku disandarkan di seat tempat duduk pemandu.
Entah kenapa hati aku rasa kecewa dan sakit sangat bila tengok Seyeon dari jarak jauh macam ni.
Tersenyum lebar.
Bersama anaknya.
Tiba tiba seorang lelaki menghampiri Seyeon dan duduk di sebelah Seyeon. Aku dah agak lelaki tu pun ada sekali.
Kim Jongin.
Suami Seyeon dan juga merupakan ayah kepada budak yang duduk depan mereka berdua itu.
Tipulah kalau aku cakap hati aku tak sakit. Hati aku sakit sangat sangat. Lagi lagi apabila aku melihat Seyeon yang sedang bahagia dengan keluarga dia.
"Apa sebenarnya kekurangan aku... ?" aku melepaskan keluhan berat.
Mata aku mula berair. Semua kenangan manis yang aku lakukan bersama dengan Seyeon mula terimbas kembali di minda aku.
Kenangan yang manis. Tapi membuatkan aku terasa sakit dan sedih. Rasanya terlalu pahit untuk aku telan hakikat ini.
"Go Seyeon... patut ke aku lupakan kau , hm ?" bibir aku mula bergetar.
Seyeon , perempuan yang mengajar aku erti rasa dicintai dan mencintai. Dia lah satu satunya perempuan yang aku sayang sangat sangat.
Dan dia pergi macam tu je.
Curang belakang aku dengan bawak duit duit yang aku bagi dekat dia ke luar negara.
Aku rasa bodoh.
Bodoh sangat sangat.
"Kenapa kau buat aku macam ni , Seyeon... ?" air mata aku mengalir.
Rasanya sakit sekali. Sakit.
Hakikatnya yang aku masih tak boleh melupakan Seyeon yang sudah pun menjadi isteri dan juga ibu orang.
Dia buat aku rasa macam lelaki yang sangat bodoh.
Aku hanya memandang redup ke arah keluarga bahagia yang sedang menjamah makanan malam mereka.
Hati aku bagaikan hancur seribu apabila Jongin mula mengucup dahi Seyeon dan Seyeon ketawa. Dia tersenyum lebar. Lebar sangat sangat.
Senyuman yang tak pernah dia ukirkan ketika bersama dengan aku.
Aku tewas , air mata aku mengalir membasahi pipi.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kth
רומנטיקהMenjadi seorang personal assistant bagi Tuan Kim bukan lah satu tindakan yang bijak. Kerana lelaki itu... Mahu aku bertindak sebagai seorang teman wanita , kakak , isteri , sahabat dan segala galanya untuk dia. Itu lah kerja sebenar personal assi...