" Be my wife , Lee Hani. Ini arahan daripada majikan kau dan teman lelaki kau "
Aku gigit bibir bawahku.
Sungguh apa yang dikatakan Taehyung sebentar tadi masih terngiang ngiang di dalam kepala aku. Aku langsung tak boleh nak lupakan semua tu.
Dia memang betul betul maksudkan apa yang dia cakap dekat aku tadi ke ?
Atau dia hanya bermain main dengan kata kata dia sahaja ?
Untuk buat aku jatuh cinta ?
Macam tu ke ?
Aku geleng kepala perlahan. Cuba untuk melupakan apa sahaja yang bermain dekat dalam kepala aku sekarang ni. Aku harus lupakan semua ni.
Aku pusingkan kepala paip sinki tandas ini. Aku membasuh kedua dua tangan aku sendiri dengan air yang mencurah keluar itu.
"Oh ya ya , saya dah dapat maklumat awak"
Suara seorang perempuan menerpa telinga aku , perlahan aku pusingkan kepala dan pandang ke arahnya.
Tak sangka pulak ada orang Korea duduk dekat Paris ni jugak. Melancong ke ?
Perempuan tersebut berambut blonde panjang. Dan dia mengenakan baju kemeja merah berlengan panjang bersama dengan skirt pendek paras lutut berwarna hitam.
Lawa.
"By the way , dia tak percayakan i lah bila i cakap yang i mengandungkan anak dia"
Aku hanya biarkan sahaja dia.
"You gila ke ? Sejak bila pulak i mengandungkan anak dia ? Dia tidur dengan i pun tak"
Tisu di sebelah aku tarik dan ambil untuk lap tangan aku yang basah.
"Yes , he love me. But you know what , dia tak pernah terfikir pun untuk meniduri i. So of course lah dia akan seen i bila i cakap yang i pregnant anak dia. You fikir dia tu bodoh sangat ke nak percaya apa yang i cakap"
Aku memandang perempuan itu sekilas sebelum bersedia ingin meninggalkan tandas ini.
"Yes , dia ada dekat Paris dengan staff dia. You dah deal dengan makcik dia kan ? So dia setuju nak kahwinkan i dengan anak saudara dia ke ?"
Entah apa yang perempuan tu cakap dengan orang kat dalam telefon tu , aku malas nak ambil tahu.
Dia ketawa. Aku hanya memandang dia sekilas sebelum terus pergi meninggalkan tandas perempuan itu.
Hari sudah pun malam dan Taehyung masih tak mahu balik ke rumah. Dia kata dia nak bawak aku ke suatu tempat lagi.
Guess what ?
Aku segan actually nak berdepan dengan Taehyung. Kau bayangkan , dia baru je propose aku jadi isteri dia kot tadi. And bodohnya aku tak tahu nak respon macam mana.
Turun je dari sampan tu , aku terus mintak diri nak pergi tandas.
Bukan main lama aku kat dalam tandas fikir macam mana cara yang terbaik untuk aku berdepan dengan dia , tapi takde satu pun cara yang dapat aku fikirkan.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kth
Lãng mạnMenjadi seorang personal assistant bagi Tuan Kim bukan lah satu tindakan yang bijak. Kerana lelaki itu... Mahu aku bertindak sebagai seorang teman wanita , kakak , isteri , sahabat dan segala galanya untuk dia. Itu lah kerja sebenar personal assi...