"Sayang please... aku boleh explain semua ni"
Taehyung yang dalam pakaian bathrobe nya itu memegang lengan aku. Tapi pantas sahaja aku merentap lengan aku kasar dan melepaskan lengan aku dari pautannya.
Air mata yang berkumpul di tubir mata terus jatuh bercucuran keluar. Kenapa ? Kenapa semua orang yang mengucap sayang pada aku , akhirnya melukakan hati aku ?
Aku terus mengorak langkah menuju ke almari baju. Bagasi yang diletakkan di dalam almari itu aku keluarkan dan letakkan di atas katil.
"Hani-" dia cuba memulakan bicara tapi aku angkat kedua belah tanganku.
"No , don't talk to me. Aku tak nal bercakap dengan kau"
"Okay fine. Just... don't leave me , okay ?" kata Taehyung dengan wajah yang panik.
Aku kembali ke almari baju dan ambil beberapa pasang baju yang aku bawak ke sini. Semuanya aku campakkan ke dalam bagasi aku.
"Kejap , kau nak pergi mana ni ? Kenapa kemas luggage semua ni ? Tak , tak , aku bukan nak push kau ke apa , I just don't want you to leave me , okay" Taehyung mula gelabah.
Tangannya terus mengambil bagasi aku yanga aku letakkan di atas katil apabila aku memunggah bajuku dari dalam almari.
"Bagi beg aku" aku mendengus kasar.
Taehyung pantas menggelengkan kepalanya. Dia malah menarik luggage aku jauh daripada diri aku supaya aku tidak dapat mengambil semula luggage aku.
"Bagi beg aku , Taehyung" aku berkata tegas.
"Kau nak pergi mana ? Jangan cakap... kau marahkan aku"
Aku melepaskan keluhan yang berat sebelum mengangkat wajah dan memandang tepat ke dalam anak matanya dengan mata aku yang sudah pun berair.
"Ya. Aku terlalu marah dengan kau sekarang ni. I can't even imagine myself lyinh next to you to sleep" aku rampas bagasiku dari tangannya.
"Hani-"
"I said don't , Taehyung" aku terus memotong percakapannya.
Aku tak nak dengar apa apa daripada dia sekarang ni. Hati aku rasa sakit sangat sangat bila dapat tahu tentang apa yang baru sahaja terjadi.
Aku tak sangka selama ni... Taehyung tahu berkenaan appa.
Jadi sebab itu ke doktor yang incharge rawat appa dah lama tak menghubungi aku ? Kerana Taehyung sudah pun masukkan appa ke dalam hospital mental ?
Apa dia fikir ini sebarang jenaka ke ?
Tanpa aku duga , Taehyung merangkul pinggangku dan memusingkan tubuhku. Bagasiku di tangan terus terlepas kerana terkejut.
Tangannya dilurutkan ke bawah punggungku dan pinggulku ditarik ke pinggulnya. Tersekat nafasku dengan keintiman yang sangat tiba tiba ini.
"Taehyung , saya cakap-"
"Ya , kau tak nak cakap dengan aku. And this is not talking" Taehyung memotong percakapanku pula.
Dia memegang kepalaku dan wajahku didongakkan. Kepalanya disengetkan dan bibirnya terus dibenamkan ke bibirku.
Mata aku membulat.
"Tae-Taehyung !" aku cuba menolaknya tapi Taehyung tak mempedulikan aku.
Bibirnya masih terus mengucup bibirku. Aku cuba untuk menolak tubuhnya dan menjarakkan diri aku daripadanya. Tapi semuanya tidak berhasil kerana Taehyung terlalu kuat memegang tubuhku.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kth
RomantizmMenjadi seorang personal assistant bagi Tuan Kim bukan lah satu tindakan yang bijak. Kerana lelaki itu... Mahu aku bertindak sebagai seorang teman wanita , kakak , isteri , sahabat dan segala galanya untuk dia. Itu lah kerja sebenar personal assi...