+ fourteen +

2.4K 275 166
                                    

Hani's

" Lee Hani , jadi teman wanita aku "

Kelopak mata aku bergerak gerak sebelum perlahan lahan terbuka sepenuhnya. Dan benda pertama yang aku dapat lihat ketika ini , siling berwarna putih.

Entah kenapa mimpi aku tadi buatkan jantung aku tak berhenti berdegup. Mimpi di mana Taehyung mengajak aku untuk menjadi teman wanitanya.

Bukannya teman wanita mengikut mode , tetapi teman wanita sebenar.

Tak mungkin.

Tu semua mimpi je , aku dah agak dah.

Mustahil sangat lah untuk Taehyung jadikan aku teman wanita sebenar dia. Tengok sahajalah aku ni macam mana , lelaki tengok pun takde selera.

"Good morning sayang"

Jantung aku bagai hendak meletop.

Laju sahaja aku toleh ke tepi dan mata aku membulat tatkala mata aku bertembung dengan mata Taehyung yang sedang baring betul betul di sebelah aku di atas katil.

Tunggu , ini semua mimpi jugak ke ?

Aku terus memejam mata aku semula. Ya ya , aku tahu semua ni mimpi tapi kenapa aku rasa macam Taehyung mimpi ni real semacam.

Aku dengar Taehyung ketawa kecil. Tiba tiba terasa seperti tubuh kecil aku ini ditarik laju dan didekatkan dengan tubuh Taehyung.

Jantung aku rasa macam nak meletop bila tubuh aku berlanggar dengan dada milik Taehyung. Dapat aku rasakan juga jantungnya yang turut berdegup laju seperti aku.

Tubuh kecil aku dipeluk dari arah tepi. Ubun ubun rambutku dicium lembut oleh Taehyung. Tidak cukup dengan mencium ubun rambutku , dia mula mencium dahi aku.

"Tak nak bangun lagi ke , sayang ?"

A-apa ni weh...

Hidung aku mula dikucup lembut , pipi aku juga dikucup lembut. Di belah kanan dan juga di belah kiri. Baru sahaja bibir aku ingin dia kucup , pantas aku menaikkan tangan aku dan menekup mulut.

Perlahan lahan mata aku buka dan pandang wajah Taehyung yang berada di hadapan aku. Dia tergelak kecil melihat reaksi aku.

"Orang nak kiss bibir dia baru dia nak bangun ke , hm ?"

Suara serak basah Taehyung yang baru bangun tidur dengan nada nakalnya itu buatkan jantung aku berdegup laju bagai nak gila.

Terabur iman aku siot.

Dia tiba tiba sahaja mengubah posisi baringnya kepada duduk. Aku fikirkan yang dia mahu bangun daripada katil dan pergi tinggalkan aku , ternyata salah.

Dengan kekuatan yang dia ada , dia mula menarik tubuh kecil aku mendudukkan aku di ribanya. Pinggang aku dia peluk erat buatkan mata aku sedikit membulat.

Aku tak mampu nak cakap apa apa.

Dalam hati aku dah menjerit macam orang gila dah ni. Tapi suara aku langsung tidak kedengaran pun.

𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kthWhere stories live. Discover now