"Taehyung !"
Aku terus berlari ke arah Taehyung sewaktu dia berjalan keluar dari dewan tersebut. Mungkin ingin ke tandas ?
Matanya sedikit membulat melihat aku yang berada di sini. Tetapi sekejap sahaja dia rasa terkejut , pandangannya kembali ke pandangan kosong semula.
"A-aku nak bagitahu kau sesuatu"
Entah kenapa aku gagap tiba tiba. Aku rasa macam susah sangat nak tegur dan berbicara dengan dia sekarang ni. Bodoh. Kau kenapa sebenarnya ni , Hani ?
"Siapa benarkan perempuan sundal macam kau ni datang ke majlis macam ni ? Layak ke ?"
"N-nae ?"
Suaranya dingin sekali.
Tak pernah dia layan aku sedingin seperti ini. Selama ini , Taehyung yang aku kenal merupakan seorang lelaki yang sangat mengada , gedik dan nakal.
Tapi , aku tak rasa di hadapan aku ini merupakan Kim Taehyung yang aku kenal.
"Tae-taehyung-ah ..." aku cuba untuk menyentuh lengannya namun pantas dia menepis tangan aku.
"Jangan sentuh aku dengan tangan jijik kau tu" dia tenung aku tajam.
Bibir aku mula bergetar. Adakah ini balasan yang aku dapat setelah meninggalkannya ?
Dia layan aku seteruk ini ?
Baru sahaja Taehyung ingin pergi meninggalkan aku , pantas aku memanggil namanya kuat membuatkan langkahnya terhenti.
"Kim Taehyung !" perlahan lahan kepala aku diangkat memandang ke arahnya.
"Aku cuma... nak ucapkan terima kasih kepada kau kerana jaga aku dengan elok sekali. Dan... mintak maaf. Kerana kita bukan ditakdirkan untuk bersama"
Aku mengesat air mata yang meluncur keluar membasahi pipi sebelum mengorak langkah pergi meninggalkannya seorang diri di sini.
Ya , Taehyung yang dahulu sudah tiada.
Sekarang , aku akan berdepan dengan Taehyung yang baru. Taehyung yang dingin dan Taehyung yang tidak akan berlembut dengan aku lagi.
Dan juga Kim Taehyung yang merupakan bakal suami perempuan lain.
Ya , aku kena terima semua itu.
Masuk sahaja ke dalam dewan itu semula , aku terus pergi ke arah Seokjin yang sedang duduk di meja yang disediakan di dalam dewan ini.
Tempat yang kosong di sebelah terus aku duduk. Dia yang sedang menikmati juadah makanan terus berhenti tatkala melihat aku yang datang duduk di sebelahnya.
"Yahh , kau pergi mana ha ? Kau fikir kau budak kecik ke nak main hilang hilang bagai ni"
Aku hanya tersenyum nipis memandang Seokjin. Aku malas nak bertengkar ke apa sekarang ni.
Dewan kembali terang semula apabila semua lampu dibuka. Dan terdapat seorang lelaki berbaju kemas sedang berdiri tegak di atas pentas dewan tersebut.
"Okay , perhatian kepada semua tetamu saya pada hari ini. Saya ingin perkenalkan anda semua bersama dengan pemilik company yang saya sedang menjalinkan hubungan persahabatan dengannya" dia ketawa dihujung ayat.
"Memperkenalkan anda , kepada Kim Taehyung , Prince's Company Heir !"
Aku tersentak.
Taehyung terus naik ke atas pentas tatkala mendengar namanya disebut oleh pihak penganjur. Dia memberikan senyuman lebar kepada semua yang hadir.
YOU ARE READING
𝑯𝒊𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝑨𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 • kth
RomanceMenjadi seorang personal assistant bagi Tuan Kim bukan lah satu tindakan yang bijak. Kerana lelaki itu... Mahu aku bertindak sebagai seorang teman wanita , kakak , isteri , sahabat dan segala galanya untuk dia. Itu lah kerja sebenar personal assi...