bab 4

951 154 86
                                    

"Kau nak apa? Five minutes only," arah Saffiyyah.

Dia langsung tidak memandang wajah itu. Lima jarinya ditayang tepat di hadapan muka Putera. Tergamam Putera dibuatnya. Lelaki itu meraup wajah dengan kasar. Riak mukanya kelihatan sungguh serabut.

"Kau dah gila ke!" jerit Putera.

Suara Putera yang tiba-tiba sahaja meninggi membuatkan pandangan Saffiyyah tertumpu kepadanya.

"Four minutes left."

"Nur Saffiyyah! Aku tanya kau ni!"

"Three minutes left."

"Kau nak lari dari rumah kan?"

Jantung Saffiyyah seperti disentap kuat. Bagaimana... Putera tahu?

"Time over. Get lost from my face," ujar Saffiyyah. Kosong. Tanpa nada.

Dia sudah berkira-kira hendak berpusing masuk ke dalam rumah. Namun, tangan Putera pantas menahan langkahnya.

"Saff... look at me first! Kau tak patut buat macam ini. Benda boleh bawa berbincang. Kalau kau tak sedia, kita boleh tangguhkan dulu," pujuk Putera. Nada suaranya juga bertukar lembut. Dia sedar pada saat ini, tidak guna api berlawan dengan api.

Saffiyyah tergelak sinis. Wajah lelaki itu dipandang dengan mata berkaca.

"Apa kau cakap tadi? Bawa berbincang? Put, sebelum kau buat keputusan gila ini ada kau berbincang dengan aku dulu? Langsung tak, weh! Jadi... apa bezanya kau dengan aku?" bidas Saffiyyah. Bergetar suaranya menyapa telinga Putera.

Dadanya berombak menahan marah dan bila-bila sahaja boleh meletus. Namun, teringatkan mereka dikelilingi ahli keluarga membuatkan Saffiyyah terpaksa menahan diri dari mengikut rasa hati.

"Come on... takkanlah sebab benda kecil ini kau sampai nak lari rumah? Fikir ikut logik la, Saff!"

"Benda kecil kau kata? Semua ini melibatkan masa depan aku! Aku tak nak kahwin dengan kau."

"Tapi kenapa? Aku cintakan kau sepenuh hati, Saff! Kita akan bahagia, itu janji aku."

"Janji? Pergi mampus dengan janji kau. Setelah apa yang kau buat, janji kau tak ubah macam sampah. Layak dipijak-pijak tanpa dipandang. Mudahnya kau mengukir janji dan aku yakin semudah itu jugalah kau khianati. Macam yang kau buat sekarang. Am I right? "

Putera terpempan dengan jawapan Saffiyyah. Putera tahu dia yang bersalah kerana memungkiri janjinya sendiri. Tetapi salahkah dia mencintai wanita itu setulus hati? Salahkah dia hendak menghalalkan hubungan antara mereka?

"Saff... aku..."

Lidahnya serta-merta terkelu. Dia sudah kehilangan kata.

"Cukuplah! Lama-lama aku tengok kau, aku rasa menyampah tahu tak! Tak sangka sahabat yang aku sanjung, yang aku percaya separuh mati selama ini sanggup mengkhianati janji! Aku benci kau, Putera!"

Bahu Putera ditolak sekuat hati. Air matanya laju mengalir. Saffiyyah sudah penat menahan rasa sendiri. Tiada siapa yang tahu, tiada siapa yang kisah langsung tentang perasaannya. Dia kecewa!

Putera terdiam dan membatukan diri walaupun agak kuat juga tolakan Saffiyyah tadi. Hatinya pedih, hatinya turut nanar melihat air mata Saffiyyah tumpah. Bukan niatnya untuk menyakiti hati sesiapa cuma fitrah lelakinya menuntut untuk ikhlas mencintai.

Putera menahan sebak. Kejam sangatkah dia terhadap gadis itu?

"Maafkan aku Saff. Aku..."

"Kau diam! Mulai sekarang, kita putus kawan! Kau memang tak layak digelar sahabat! Dasar penipu!"

Lemah-longlai lututnya kini. Ya Allah, sungguh dia tidak sangka benda yang paling ditakutinya telah pun berlaku. Putera rasa hidupnya sudah tidak bermakna.

Nyawanya sudah hilang.

Saffiyyah sudah meninggalkannya.

Kaki Saffiyyah lantas bergerak meninggalkan Putera di bawah pokok rambutan yang rendang. Sanak-saudara yang berdekatan melihat-lihat apa yang berlaku. Maklumlah, kedua-dua bakal pengantin tidak elok berjumpa sebelum nikah.

Pintu bilik ditutup rapat. Sendi-sendinya terasa longgar, langsung tidak kuat untuk berdiri lagi. Akhirnya, Saffiyyah terduduk sambil tersandar lemah di belakang pintu. Kedua belah lutut dibawa rapat ke dalam pelukan.

Tangisan dihamburkan sepuas-puasnya. Segala memori antara dia dan Putera terlayar sendiri di ruangan mata tanpa dipinta. Lafaz janji lelaki itu turut terngiang-ngiang di cuping telinga. Air mata semakin laju mengalir. Tapak tangan diletakkan di dada. Dia rasa sakit... teramat sakit!

Hati ini sakit, Ya Allah! Rasanya seperti dipatahkan berkeping-keping, kemudian ditumbuk hancur sehingga lumat langsung tidak bersisa.

Putera... dia benci lelaki itu! Putera memang pentingkan diri sendiri. Saffiyyah ada sebab di sebalik keputusannya dan dia bukannya bertindak melulu. Jujur, Saffiyyah sungguh terkilan dengan Putera. Mengapa Putera langsung tidak endah malah sanggup memaksa?

Saffiyyah menggeleng lemah. Dia sendiri kesal dengan nasib yang menimpa. Keluhan dilepaskan sekali lagi.

Kedengaran telefonnya bergetar sambil mengeluarkan bunyi.

Serentak dengan itu, mata bundar Saffiyyah pantas tertancap pada jarum jam di dinding. Sudah 15 minit berlalu melewati jam 12 pagi. Masanya telah tiba. Beg hitam yang berisi pakaian awal-awal lagi sudah dimasukkan senyap-senyap ke dalam kereta sebelum bertemu dengan Putera tadi. Semua itu dilakukan dengan pantas tanpa disedari oleh sesiapa termasuklah lelaki itu.

Saffiyyah bangun dari duduknya perlahan-lahan. Telefon bimbit dan kunci kereta di atas katil dicapai. Saat itu, baru dia tersedar katil miliknya telah dihias cantik. Meriah! Penuh dengan kuntuman bunga. Haruman pewangi aromaterapi yang baru dipasang di sudut bilik turut memenuhi rongga hidung.

Bibir gadis itu hanya mampu tersenyum hambar menatap biliknya yang telah diubah suai menjadi bilik pengantin.

Apakan daya, semua persiapan istimewa ini langsung tidak bermakna. Esok, Saffiyyah tahu yang perkahwinan mereka memang tidak akan berlangsung. Dia dan Putera juga tidak akan bersama. Saffiyyah akan pergi membawa diri, jauh dari Putera. Itu janjinya.

Sedang Saffiyyah sibuk melayan perasaan, tiba-tiba kedengaran bunyi bising datang dari luar bilik. Pintu biliknya diketuk bertalu-talu tanpa henti. Sebaik pintu dibuka, wajah Puan Saleha dan Tuan Nizam muncul di muka pintu. Masing-masing memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsir.

Gadis itu pula memandang kedua ibu bapanya tanpa sebarang riak.

"Kak Long, bawa bersabar banyak-banyak. Putera accident, motor dia kena langgar lari sewaktu nak balik ke rumah. Sekarang ini dia dikejarkan ke hospital."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



HIKAYAT CINTA SAHABAT [COMPLETED]✔︎Where stories live. Discover now