bab 10

1K 153 80
                                    

Ketika kedua belah keluarga sedang sibuk berbincang tentang majlis pernikahan mereka, Putera memanggil Saffiyyah mendekatinya. Pada mulanya, gadis itu hanya membiarkan malah langsung tidak menoleh apatah lagi melayan.

"Saff, baik kau ikut aku sekarang. Kalau kau degil macam ni, malam ni juga aku panggil tok kadi nikahkan kita," ugut Putera.

Apabila mendengar ugutan Putera, dia pula yang bengang. Boleh pula main ugut-ugut sebegitu. Apa, Putera fikir kahwin ini perkara yang boleh dibawa main ke?

Mahu atau tidak, dia mengikut juga langkah lelaki itu. Wajahnya tak usah dicakaplah, memang cemberut habis! Putera Hitler!

"Kau nak apa lagi?" bentak Saffiyyah. Geramnya masih belum hilang.

"Aku nak bagitahu something," balas Putera.

Putera berpeluk tubuh sambil memandang sekilas pada Saffiyyah yang berdiri tidak jauh darinya. Sekejap sahaja bayang gadis itu menyapa ruang mata sebelum dia kembali membuang pandang ke tempat lain.

"Ada apa? Kau nak batalkan pula ke?" sindir si gadis.

"Itu aku tak terfikir lagi. Memandangkan kau pun dah bagi idea, so..."

"Could you just... stop it? I'm tired with all of this nonsense," sampuk gadis itu terlebih dahulu. Suaranya juga sudah mengendur. Jujur, Saffiyyah sendiri sudah bosan dengan permainan ini. Walaupun pada hakikatnya dia sedar bahawa dialah yang memulakannya dahulu. Bibirnya menghela nafas berat. Dia penat.

Putera tersenyum sendiri. Langkahnya maju dan berdiri di hadapan batang tubuh Saffiyyah.

"Lagi 15 hari kita kahwin, kan?" soal Putera.

Saffiyyah hanya diam, tidak menjawab. Apa la, lelaki itu sendiri yang merancang takkanlah diri sendiri tak ingat!

"Jawablah... aku cakap dengan tunggul ke hah?" gesa Putera. Memaksa raut wajah itu supaya bertentang mata dengannya.

"Ya," gumam Saffiyyah perlahan namun cukup kuat untuk didengari lelaki itu. Dia tetap mengelak daripada bertaut mata dengan Putera.

"Sepanjang 15 hari itu, aku nak kau pergi ke tepi pantai tempat biasa kita dulu."

Kening tebal Saffiyyah seperti hendak bercantum selepas mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Putera. Lain macam sahaja permintaannya kali ini.

Pergi ke pantai?

15 hari?

Buat apa?

Pelbagai tanda tanya muncul di benak fikiran Saffiyyah.

"Untuk apa pula ni? 15 hari je nak kena tunggu kan. Takkan tak boleh nak sabar?" ujar gadis itu.

"Tak, masalahnya siapa yang tak sabar sekarang? Aku kan tengah bercakap, janganlah menyampuk lagi. Kau tu sepatutnya yang kena sabar."

Ah, sudah! Kali ini Putera juga sudah hilang sabar.

Terdiam terus mulut merah itu. Langsung hilang keinginannya untuk bertanya lagi.

Putera menghela nafas sebelum menyambung kata-kata yang tadinya tergendala.

"Sepanjang 15 hari itu jugalah, jangan pernah datang rumah aku dan jangan pernah call. Aku pun takkan sesekali call ataupun datang rumah kau," terang Putera lagi.

Saffiyyah mengangguk perlahan. "Okey."

Putera seolah-olah tidak berpuas hati dengan reaksi gadis itu. Hanya sepatah... okey? Apakah? Tiada reaksi yang lagi gempak ke?

"Ada lagi satu!" Laju Putera bersuara.

Saffiyyah menjongketkan kening.

Putera menadah tapak tangan di hadapan Saffiyyah. Gadis itu sudah memandang Putera dengan riak wajah hairan. Dahinya juga berkerut. Lama tapak tangan itu direnung sebelum mulut dibuka.

"Kau nak apa ni?"

"Bagi aku kunci."

"Kunci yang mana satu?"

"Kunci hati."

Saffiyyah terdiam. Saat itu, pandangan mata mereka bertemu.

"Bagi aku peluang Saff... untuk membuka kunci hati kau. Biarkan aku masuk dengan aman untuk kali ini. Jangan halau aku pergi lagi," tulus kata itu meluncur di bibir Putera.

Gadis itu tertunduk. Entah kenapa, tidak dapat dinafikan hati Saffiyyah sedikit terusik. Rasa aneh menjalar di segenap urat nadi. Jemarinya diramas kasar. Selang beberapa minit, dia mengangkat muka.

"Penampar nak sekali tak?" soal Saffiyyah. Suaranya masih mendatar tanpa nada. Begitu juga dengan riak wajah bekunya. Tangannya pula sudah separa diangkat, ingin menampar Putera.

Putera mengekek ketawa. Saffiyyah hanya membiarkan. Masih belum mahu ingin mencipta kemesraan dalam hubungan mereka.

"Nur Saffiyyah, kau faham syarat yang aku sebut tadi?" soal lelaki itu setelah menghabiskan sisa tawanya.

Saffiyyah memandang sekilas tanpa niat ingin menjawab soalan yang dilontarkan.

"Pukul berapa nak kena datang pantai ni?" soal Saffiyyah pula.

Putera mengetap gigi sambil membuat muka.

"Jawablah dulu soalan aku. Faham ke tak faham?"

Saffiyyah menayangkan muka bosan. Mengapalah dia diperlakukan seperti anak kecil? Gigi diketap kuat kerana terlampau geram.

"Faham," balas Saffiyyah.

Beku.

Tanpa nada.

Putera mengulum senyum. Akhirnya, Saffiyyah bersetuju juga dengan rancangannya. Dalam hati, Putera berharap semoga perancangan kali ini menjadi dan hubungan mereka berdua kembali mesra seperti dahulu.

"Datang pukul lima petang. Jangan up kau datang lima pagi sudah la." Sempat Putera menyindir si gadis.

Jelingan tajam dilemparkan buat Putera. Dia tahu, Putera sengaja!

"Tak payah perli-perli sangat, aku tahulah," bentak Saffiyyah sambil berlalu. Kakinya juga sengaja dihentak kuat. Ingin melepas geram.

Putera berusaha menahan senyum yang sudah hampir tidak tertahan. Siapa lagi yang mampu membuatkan dia tersenyum?

Hanya Saffiyyah!

Keep smiling no matter how much pain it is because smile cures your heart better than nothing as happiness comes after sorrow.
-Unknown, 2020-

 -Unknown, 2020-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HIKAYAT CINTA SAHABAT [COMPLETED]✔︎Where stories live. Discover now