bab 6

952 153 70
                                    

Dia kembali semula ke tempat ini setelah hampir lima tahun menghilangkan diri. Hari ini, Saffiyyah berhajat hendak memperkenalkan seseorang kepada ibu dan ayahnya. Lelaki yang memakai hoodie hitam di sebelahnya dikerling sekilas sambil bibir menguntum sebuah senyuman.

"Why are you looking at me like that?" soal lelaki itu. Pegangan tangannya pada gadis manis itu dibetulkan.

Saffiyyah menggelengkan kepala.

"Nothing. I'm just... happy. Very happy. Thanks to you."

"For what?"

"For making my dreams come true," ucap Saffiyyah setulus hati.

Sejenak buat beberapa saat, pandangan mereka berdua bertemu. Lelaki itu pantas mengenyitkan matanya. Dalam tak sedar, bibir Saffiyyah tersenyum lagi. Kali ini, lebih lebar. Bahagia hidupnya kini.

"Assalamualaikum ibu, ayah! Kak Long dah balik ni." Pintu rumah teres itu diketuk perlahan.

"Waalaikumussalam," jawab seseorang dari dalam.

Serta-merta senyuman yang tak lekang menghiasi bibirnya sedari tadi mulai mati dan perlahan-lahan menghilang. Wajah Putera tiba-tiba muncul di ruang mata. Nafas rasa seperti tersekat di kerongkong.

"Ibu dan ayah mana?" soal Saffiyyah dengan suara yang sudah bertukar dingin. Dia langsung tidak memandang ke arah Putera.

"Ada di dalam. Masuklah," jemput Putera sambil beranjak ke tepi memberi laluan kepada pasangan tersebut.

"Jom masuk, sayang."

Tangan Saffiyyah laju mencapai tangan lelaki yang masih berdiri di sisinya masuk ke dalam rumah. Dia langsung tidak mempedulikan riak wajah Putera yang kelihatan sudah berubah.

Bebola mata meliar mencari kelibat ibu dan ayah yang sudah hampir lima tahun tidak bertemu. Sebaik terlihatkan ibu di dapur, Saffiyyah kembali mengukir senyum lebar. Rindunya dia pada seraut wajah tua itu hanya Tuhan yang tahu.

"Ibu!" jeritnya. Saffiyyah terus memeluk Puan Saleha dari arah belakang.

"Ya Allah! Terkejut ibu budak ni!" Puan Saleha mengurut dada perlahan.

Lengan Saffiyyah yang memeluknya dipukul lembut. Puan Saleha berpusing memandang wajah anak gadisnya. Dia memerhatikan Saffiyyah daripada hujung kepala sehingga ke hujung kaki. Tubir mata seorang ibu terasa panas. Puan Saleha memanjatkan syukur.

Alhamdulillah, doanya saban hari dimakbulkan apabila Saffiyyah pulang juga ke pangkuannya.

Saffiyyah lantas membawa sekujur tubuh tua itu ke dalam pelukan. Ya Allah... rindunya dia pada ibu. Pelupuk mata Saffiyyah dibasahi dengan air mata gembira. Terlalu gembira. Begitu juga dengan Puan Saleha. Masing-masing berpelukan lama untuk melampiaskan rindu yang tak terucap.

Pelukannya perlahan-lahan dileraikan. Kepala diangkat memandang wajah si ibu.

"Ibu... tengoklah Kak Long bawakan siapa ni," kata Saffiyyah.

Tanpa menunggu lagi, Saffiyyah terus masuk ke tajuk utama. Tidak sabar dia hendak menanti reaksi Puan Saleha. Ibunya pasti gembira. Dia yakin itu.

Lelaki tinggi lampai yang sedari tadi hanya memerhati sketsa anak-beranak dari belakang menapak rapat ke arah tempat Saffiyyah dan Puan Saleha berdiri. Puan Saleha mendongak dan terlopong tidak percaya sebaik melihat wajah lelaki itu.

"Ya Allah... Rayyan!"

Terus lelaki itu dipeluk seerat-eratnya. Anak lelakinya sudah pulang!

"Hahaha. Are you happy? I'm back!"

Rayyan mendepangkan tangan sebelum membalas pelukan ibunya. Bibirnya turut tersenyum hingga ke telinga. Sudah lama rasanya dia tidak berkumpul dengan ahli keluarga semenjak dia melanjutkan pelajaran ke luar negara.

"Mestilah! Oh, inilah yang surprise sangat tu ya?"

Tangan ibu memukul bahu Rayyan perlahan. Saffiyyah yang memandang hanya mampu tersengih. Maklumlah, semua ini rancangannya juga.

"Ibu, Abang Putera mana? Takkan dah balik? Kenapa dia datang sini, ibu?" soal Rayyan, bertalu-talu. Wajah ibu dipandang memohon jawapan.

Mendengar nama lelaki itu diungkit, riak muka Saffiyyah serta-merta berubah.

"Entah. Tak tahu pula ibu. Putera datang sini tadi sebab hantarkan kuih yang ibu tempah," jawab Puan Saleha.

Sempat dia menjeling sekilas wajah anak gadisnya itu. Bukannya dia tidak tahu, pemergian Saffiyyah selama lima tahun ke negara orang itu berkait rapat halnya dengan Putera. Saffiyyah hanya mampu menundukkan kepala.

Rayyan yang belum mengetahui pokok pangkal cerita hanya mampu melihat dan berdiam diri. Lagipun, dia baru pulang ke rumah dan ketinggalan banyak perkara. Cuma yang Rayyan tahu, kedua ibu bapa mereka ingin menjodohkan kakaknya dengan Abang Putera namun hasrat itu tidak tercapai. Atas sebab apa, entahlah Rayyan sendiri kurang pasti. Semua itu masih menjadi rahsia buatnya.

"Eh, ibu masak apa? Perut Rayyan dah laparlah. Tak sabar nak makan masakan ibu yang meletup-letup tu," seloroh Rayyan. Cuba untuk kembali menceriakan suasana yang tadi bertukar suram.

Puan Saleha tersenyum. Rambut Rayyan digosok lembut seperti budak kecil.

"Hehehe. Maaf sayang. Ibu tak masak lauk kegemaran Rayyan, tapi ibu masak lauk kegemaran Kak Long. Tak tahulah pula yang Rayyan join balik sekali. Kalau tak, memang dah lama ibu buatkan."

"Tak apalah, ibu. Rayyan tak kisah asalkan ibu yang masak. Rayyan suka!"

Saffiyyah dan Puan Saleha tersenyum melihat gelagat manja Rayyan.

"Dah, jom makan. Ayah ada di pangkin belakang. Kak Long tolong panggilkan, boleh?"

Tanpa banyak soal, Saffiyyah hanya menurut arahan Puan Saleha. Selipar jepun disarungkan terlebih dahulu sebelum melangkah keluar. Dari jauh, dia dapat melihat Tuan Nizam yang sedang duduk membelakanginya.

"Assalamualaikum, ayah."

Tuan Nizam menoleh sekilas memandangnya. Baru sahaja Saffiyyah ingin bersalaman, Tuan Nizam terlebih dahulu menarik kembali tangannya. Pandangannya juga dialihkan agar tidak singgah di wajah gadis itu.

Saffiyyah terkedu. Namun, pantas dia mengawal reaksi mukanya agar tidak kelihatan begitu ketara. Dia sendiri punya jawapan untuk tindakan ayah tadi. Semua ini pasti berpunca daripada kesilapan yang dilakukannya dulu.

"Hmm... ibu ajak ayah masuk makan tu. Kita makan sama-sama ya ayah?" ajak Saffiyyah.

"Kalau kau ada sekali di meja makan tu, aku tak nak makan," ujar Tuan Nizam.

Kali ini Saffiyyah terpana. Dia tersinggung tetapi apabila memikirkan inilah balasan atas perkara yang berlaku lima tahun lepas, Saffiyyah rasa dia layak. Diri Saffiyyah lebih teruk!

"Okey, Kak Long tak makan semeja. Ayah makanlah nanti..."

Belum sempat Saffiyyah menghabiskan kata, Tuan Nizam sudah berlalu masuk ke dalam rumah. Langsung meninggalkannya sendirian di tepi pangkin kayu itu.

Saffiyyah melepaskan keluhan berat. Mukanya diraup kasar.

Jujur, dia menyesal.

Andai waktu dapat diputar kembali...

Andai waktu dapat diputar kembali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



HIKAYAT CINTA SAHABAT [COMPLETED]✔︎Where stories live. Discover now