bab 12

974 139 103
                                    

▥▥▥

DAY 2-DAY 4

Mama aku kata, ikat perut suami dengan

air tangan isteri.

Belajar masak makanan favourite aku.

Setiap kali masak, mesti hantar dekat aku.

▥▥▥

Sebaik sahaja membaca kandungan kertas itu, Saffiyyah menjulingkan matanya ke atas. Aduh, Putera ini pun. Tiada permintaan lain ke selain daripada belajar masak? Bukannya Putera tidak tahu, dia dan dapur memang tidak boleh bersama. Setiap kali Saffiyyah masuk ke dapur, pasti ada saja perkara yang tidak diingini berlaku. Sebab itulah dia serik!

Telefon pintar di poket seluar dikeluarkan. Segala maklumat dan resepi hendak membuat ikan masak lemak cili api dicari. Banyak juga bahan-bahan yang diperlukan. Cara melakukannya juga agak remeh. Tertanya-tanya dia kenapalah Putera boleh suka makan benda yang susah nak dimasak?

Saffiyyah pulang tatkala azan maghrib berkumandang. Sempat dia terserempak dengan Tuan Nizam di muka pintu yang kebetulan baru hendak pergi ke masjid. Ayah memandangnya bersama pandangan hairan.

"Kak Long, banyaknya beli barang? Nak buat apa itu?" soal Tuan Nizam. Sepasang mata itu lekat pada beg plastik yang begitu banyak di tangan kanan dan kiri Saffiyyah.

"Kak Long nak belajar masak ikan masak lemak cili api," jelas Saffiyyah tanpa berselindung. Ayah serta-merta terbatuk. Wajah anaknya dipandang bagai tak percaya.

"Seriuslah Kak Long... masak?" Riak wajah si ayah turut bertukar pucat. Habislah kalau Saffiyyah di dapur. Haru jadinya!

Saffiyyah yang mengerti makna tersirat di sebalik soalan Tuan Nizam tersenyum nipis.

"Ayah tak perlu risau. Pandai-pandailah Kak Long buat supaya dapur itu tak terbakar untuk kali kedua."

Kakinya disambung menapak ke ruang dapur. Beg-beg plastik itu diletakkan di atas meja makan lalu isinya diasingkan. Barangan basah seperti ikan dan sayur-sayuran dimasukkan terlebih dahulu ke dalam peti sejuk. Barangan kering pula diletakkan di dalam bekas yang telah disediakan oleh ibu.

Setelah melakukan kerja pengasingan, dia melepaskan lelah sejenak di atas kerusi dapur. Mindanya serta-merta menjemput kenangan lima tahun lalu.

"Putera! Kau nak tahu, tadi aku sempat buat spageti goreng sebelum datang jumpa kau. Nah, rasalah." Bekas Tupperware merah itu dihulur kepada Putera di sisi. Lelaki itu tidak segera menyambut tetapi memandangnya bersama sebuah renungan.

"Kau tak terlebih letak gula kan? Tak tertumpahkan satu bekas garam lagi kan? Tak lupa letak perasa dan perisa kan? Paling penting, tak hangus kan?" Soalan itu ditanya bertalu-talu. Terkebil-kebil Saffiyyah jadinya. Apakah?

"Weh Put, jangan risau. Yang ini aku jamin mesti jadi punya. Percayalah!" Kepala gadis itu mengangguk penuh yakin. Bekas berisi spageti dihulurkan kembali. Kali ini, Putera menyambut walaupun dia masih ragu-ragu dengan kemampuan teman baiknya ini.

Penutup bekas dibuka. Bau semerbak mengisi ruang udara. Putera tersenyum. Wajah Saffiyyah dipandang. Ibu jarinya diangkat tanda lulus ujian pertama. Ujian bau.

Kemudian, garpu di tangan Saffiyyah dicapai. Spageti goreng tersebut digulung lalu dimasukkan ke dalam mulut. Matanya terpejam sambil mulut ralit mengunyah partikel makanan. Putera kembali membuka mata setelah spageti goreng selamat ditelan. Saffiyyah di sisi sabar menanti reaksi lelaki itu.

"Okey, lulus! Saff, untuk spageti goreng ini aku puji. Keep it up!" Putera menepuk tangan. Bibir Saffiyyah meleret senyum. Hidungnya juga serta-merta kembang dek dipuji Putera.

"Well... tak naklah riak tapi aku terpaksa cakap. Aku memang pandai masak. Bab-bab memasak ini senang kacang! Tak ada la susah mana." Kedua belah bahu diangkat. Bangga sungguh.

"Saff, stop it. Kau sampai tahap ini pun sebab aku yang sanggup jadi tukang rasa. Kalau tak, memang masuk mulut tong sampah la kau punya masakan yang tak jadi itu." Seperti biasa, Putera dengan kata sinisnya yang cukup menghentam jiwa. Saffiyyah di sisi mencebik. Hek eleh, tak ikhlaslah itu!

Bibir Saffiyyah automatik mengukir senyum mengingatkan peristiwa itu. Sampai sekarang, spageti goreng sajalah yang dia tahu dan reti untuk masak. Makanan lain langsung dia tak tahu. Tidak mengapa. Esok pagi, dia akan kembali mulakan operasi memasak setelah sekian lama.

DAY 3

Peluh di dahi dilap perlahan. Bahang panas semakin terasa namun jemarinya masih ralit menghiris bawang. Hidung yang berair digosok dengan belakang tangan.

"Auch!" Saffiyyah terjerit. Jari telunjuk yang sudah berdarah dibawa ke sinki untuk dicuci. Nasib baik tak dalam.

Setelah menampal plaster, Saffiyyah menyambung kembali kerjanya yang tergendala. Kali ini, tindakannya dicepatkan. Tidak betah rasanya berlama-lama di dapur. Panas!

"Kak Long masak apa ini? Sampai luka-luka bagai." Rayyan menyapa dari belakang. Naik hairan dia jadinya dengan perubahan kakaknya hari ini. Saffiyyah masuk dapur? Dalam mimpi boleh la!

"Ini ikan masak lemak cili api. Kak Long dah nak siap masak, nanti Rayyan tolong hantarkan dekat rumah Abang Putera eh?" pinta Saffiyyah. Rayyan sekadar mengangguk. Pelik juga dia mengapa Saffiyyah tidak berikan sendiri tetapi soalan itu tidak terkeluar pula dari bibir.

"Eh, Kak Long bau something tak?" soal Rayyan tatkala hidungnya menyapa bau yang kurang enak. Saffiyyah berkerut hairan. Sejenak sebelum dia teringatkan masakannya yang dibiar di atas api. Oh, crap!

Petang itu, Saffiyyah menerima kiriman pesanan ringkas daripada seseorang.

Putera

Saff, kau gantikan santan dengan air laut ke?
Masinnya! Jangan terkejut kalau aku masuk hospital esok.
Lagi satu, kenapa warna kuahnya hitam?
Kau tersalah baca resepi ke?

DAY 4

"Rayyan sini sekejap," panggil Saffiyyah dari dapur. Rayyan bergerak malas mendapatkan kakaknya itu. Sambil melangkah, bibirnya mendengus geram.

"Kak Long nak suruh apa lagi? Asyik suruh Rayyan saja. Mintalah tolong daripada Arina pula," ujar Rayyan tak puas hati. Dia geram apabila waktunya untuk berehat di rumah diganggu. Bukan selalu dapat masa terluang begini. Kebiasaannya, Rayyan akan turun padang mengikut Tuan Nizam ke kebun.

"Boleh tak apabila orang suruh itu jangan melawan? Minta tolong sedikit pun dah mengeluh. Kata jantan, tapi perangai lemah!" tempelak Saffiyyah langsung tidak memikirkan perasaan adiknya. Rayyan mencebik bibir. Dasar Kak Long!

"Yalah yalah. Hah, nak minta tolong apa pula kali ini?"

"Tak susah pun. Tolong hantarkan ini dekat rumah Abang Putera. Itu saja."

Bekas berisi ikan masak lemak cili api itu dihulurkan berhati-hati kepada Rayyan. Percubaannya memasak hidangan itu sudah masuk kali keenam. Jikalau Putera masih menolak, Saffiyyah sudah tak peduli. Dia penat. Lelaki itu memang cerewet!

Seperti biasa, setelah menghantar makanan yang siap dimasak, Saffiyyah akan menerima pesanan ringkas yang menunjukkan prestasi masakannya pada hari itu. Saffiyyah menggenggam telefon sekuat hati. Putera memang nak kena!

Putera

Aku bagi mama rasa masakan kau. Mama kata esok dia sendiri nak datang rumah ajarkan. Mungkin sebab rasanya teruk sangat. Mohon tabah.

 Mohon tabah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HIKAYAT CINTA SAHABAT [COMPLETED]✔︎Where stories live. Discover now