What do you mean a love can change anything? For me,anything can change love.
————
Rosebelle pov-
"Noona ,ada sesuatu yang kita terlepas." Kata Kai sebaik sahaja aku memasuki biliknya.Pintu biliknya ditutup rapat agar tiada siapa yang akan mendengar perbualan kami.
"Apa dia?" Aku tanya dia sebelum melangkah menghampirinya yang sedang berdiri di meja belajar.
Kai tidak menjawab sebaliknya menunjukkan sesuatu yang ditandai yang terdapat dalam buku magis tempoh hari.
"Untuk menghapuskan sumpahan seseorang sehingga kembali normal,seseorang perlu melayaninya secara baik dan tidak menyakiti hatinya..." Aku membaca dengan teliti setiap bait kata yang ditulis bersama dahi yang berkerut.
"Kejap,noona tak fahamlah.."
Hueningkai menghela nafas berat lalu merampas buku tersebut dan membacanya pula.
"Kata pelajar terbaik sekolah tapi bila baca ni tak ada beza dengan budak darjah 1.." Bebel Hueningkai lalu meneliti ayat-ayat tersebut.
Aku menggulingkan biji mata tanda menyampah."Baca jelah,tak payah nak savage sangat."
"Maksud sebenar di sebalik ayat kiasan ni adalah,noona perlu temukan cinta sejati Yeonjun." Terang Kai sebelum aku mengangguk tanda faham.
"EH?biar betul?!kalau tak buat semua tu,apa akan jadi dengan Yeonjun?" Aku soal Kai dengan mata membuka tanda terkejut.Maaflah,tadi otak tengah loading.
"Hmm,buku ni cuma cakap yang kesannya akan mendatangkan buruk untuk Yeonjun.Samada,dia ditukar semula menjadi kucing atau hilang buat selama-lamanya."
Terang Kai lagi seraya menyelak helaian demi helaian halaman buku yang menerangkan tentang sumpahan yang dikenakan atas Yeonjun.
"Maksud Kai,m-mati?" Tanya aku lagi dan mendapat anggukan daripada Kai.
"Eh?dekat sini ada tertulis sesuatulah..macam surat perjanjian.." Kata-kata Kai membuatkan aku turut menoleh ke arah halaman buku yang sedang dibacanya.
"Ini bukankah..nama noona!"
Kai mengangguk setuju.Kami berdua melihat satu sama lain dengan reaksi terkejut yang sama.
"Perjanjian ini akan menentukan nasib Yeonjun selepas ini.Nampaknya,noona memang tak boleh mengelak lagi.Kalau noona nak lihat Yeonjun hidup seperti orang lain,Kai minta sangat noona tolong tandantangan ni."
Aku terdiam sejenak.Nasib dan harapan Yeonjun ada di tangan aku.Kalau aku musnahkannya sama seperti aku musnahkannya seluruh hidupnya.
Tanpa mengambil waktu yang lama,aku terus mencapai pen dan menandatanganinya.Kemudian,satu cahaya datang dari muka surat tersebut sebelum ia menghilang.
"Perjanjian ini dah disahkan.Okey,sekarang ni noona tak boleh kasar-kasar dengan Yeonjun lagi..Kai pun akan perhatikan noona,Arasseo?"
YOU ARE READING
[OG] Im Not A Cat || CY
Fantasy+ "Aku menyesal tak beritahu perasaan aku lebih awal. " Amaran:Sebelum baca,pastikan semua kerja telah dilakukan terlebih dahulu. Start : 27 Dizember 2019 End : loading... Status : loading... Beautiful cover by : @bibi graphic shop