"Belle! "Aku menoleh sebaik sahaja mendengar seseorang memanggil namaku dari arah belakang.
Beomgyu yang sedang berlari kearahku, aku lambai dengan senyuman dibibir.
"wae? Ada apa-apa kau nak cakap ke? "
"eung, bulan depan dah mula cuti musim panas kan?Kau ada buat plan apa-apa ke? "Aku menggeleng kecil sebagai jawapan untuk pertanyaan Beomgyu.
"Oh I see.. Kalau macamtu nak tak kita pergi lotte world? Aku belanja.. "
"Jinjja?! Beomgyu hyung belanja? Nak ikut! "celah Hueningkai yang baru datang bersama Taehyun disebelahnya.
"Sibuk je.. "Beomgyu menjeling Kai sekilas sebelum matanya tertancap pada Taehyun yang sibuk membaca buku.
Lengan aku disiku sebelum dia menjuihkan bibirnya kearah Taehyun.
"Nugu? "bisik Beomgyu kearah Hueningkai.
Taehyun yang tersedar kami berdua memandang kearahnya dari tadi segera menunduk hormat sambil memperkenalkan diri.
"Annyeonghaseyo sunbaenim, Taehyun imnida.. "
Aku menunduk kecil seraya tersenyum lebar.
"Ah! Matta! Awak ni kan Kang Taehyun ahli kelab seni yang baru masuk tu kan? Gomawo sebab tolong saya siapkan lukisan tu.. "
Taehyun tersenyum lebar sambil menggaru belakang lehernya.
"Gwenchana sunbae.. Saya memang suka tolong orang. "Ujar Taehyun sambil tersenyum lebar.
Kai disebelah sudah tergelak mendengar kata-kata Taehyun yang memuji dirinya sendiri.
"Eo? Cepatlah masuk kelas.. Rehat dah nak tamat ni.. "kataku seraya menolak Kai sebelum menarik Beomgyu untuk masuk ke kelas semula.
Tanpa mereka sedari, seseorang sedang menguping disebalik loker berdekatan mereka. Sebaik Beomgyu melepasinya, terus dia mengusap pelan belakang lehernya yang terasa meremang.
"Bwoya? Kenapa seram sejuk semacam ni? "bisik Beomgyu perlahan.
...
Bunyi pinggan mangkuk yang berlaga di dapur menarik perhatian aku sebaik sahaja aku keluar dari bilik air.
Tak silap aku.. mama,papa dan Kai keluar pergi beli barang dapur. Jadi, tinggal aku seorang dekat rumah. Siapa pula ada dalam rumah ni?
"nuguya? "Aku menjerit kecil disebalik dinding yang memisahkan dapur dan ruang tamu sambil membawa payung yang aku sempat ambil tadi.
Perlahan-lahan, aku mengintai. Figura seseorang dari arah belakang menyapa pandangan aku.
"Yah!nu-nuguya?! "Aku berjalan perlahan menghampirinya sambil menghalakan batang payung.
Apabila nampak gerak tubuhnya yang mahu menghadap aku tanpa ragu-ragu, aku terus mengangkat payung untuk memukulnya tetapi lain yang jadi bila tiba-tiba payung itu terbuka sendiri.
Disebalik payung yang berwarna kelabu ni,samar-samar wajah seseorang.
"Rose? Kenapa buka payung dalam dapur ni? Hujan ke? "
Serta-merta aku menutup payung tersebut. Wajah Yeonjun aku pandang dengan wajah yang terkejut.
"EH? Bila masa kau keluar hospital? Bukan doktor kata, esok kau baru boleh keluar ke? "
Yeonjun tergelak kecil seraya meletakkan jari telunjuknya pada bibirnya sendiri.
"shh, saya lari.. "
"Apa? Kalau diorang cari kau macam mana? "Soal aku cemas. Yeonjun masih lagi tergelak sendiri sementara aku pula sedang terpinga-pinga.
"Yah! Aku tanya betul-betul ni..bibir kau tu masih lagi ada bekas kena tumbuk..dahi kau ni masih panas lagi."ujar aku seraya menekap telapak tangan ke atas dahinya.
Yeonjun mengambil tangan aku sebelum digenggam dengan erat.Terkebil-kebil mata aku apabila dia menyamakan ketingginannya dengan aku.
Lama dia menilik wajah aku sambil mengukirkan senyuman lebar.Hampir tak keruan jantung aku dibuatnya.Duh,perasaan apakah ini?
"Rose risaukan saya?"
Lidah aku membeku untuk menjawab pertanyaan cepumas yang datang darinya.
Tangan yang digenggan Yeonjun aku tepis perlahan seraya menggeleng laju.
"Seolma..aku cuma tak nak kau jatuh sakit lagi.Itu je.."Cantasku cepat sebelum mata aku jatuh pada makanan yang berasap di atas meja .
Dalam diam Yeonjun mengukirkan senyuman melihat sikap Rosebelle yang tiba-tiba sahaja gelabah.
"Jom makan. Saya dah siapkan sup lobak merah untuk awak. "Tanpa disuruh, Yeonjun menarik kerusi dan menolak aku untuk duduk.
"Tapi,kau kan baru sembuh.. Kenapa nak susahkan diri masak untuk aku pula? "
"geunyang...cepat makan sementara masih panas..ke nak saya suapkan? "
Tanpa membalas, aku terus ambil sudu dan menghirup sup tersebut.
"Yeonjun-ah.. "Aku meletakkan sudu diatas meja sebelum pandangan aku dikalihkan ke arahnya.
"ne? Tak sedap ke? "
"Anniya.. Erm,kau nak tak luangkan masa, erm maksud aku.. Kai ajak kau ikut kitaorang pergi taman tema waktu cuti musim panas nanti .. Kau nak ikut? "
Tergagap-gagap aku menyoal.Entah kenapa rasa gementar menyerang diri walaupun aku bukan nak ajak dia pergi date pun.
Yeonjun tersenyum lebar sebelum dia menganggukan kepala berulang kali dengan riak teruja.
"Kalau macamtu,nanti kita pergi sama-sama okey? "Yeonjun sekadar mengangguk sebelum menghadiahkan aku satu pelukan.
"gomawo Rose.. Saya tak sabar nak luangkan masa yang masih ada ni dengan awak.. "
Aku tak menjawab sebaliknya badan aku terus kaku di tempat duduk sendiri.
...•••...
Wajah Yeonjun disebalik bebola kristal dihadapannya dipandang penuh kebencian.
Tangannya digenggam kuat sebelum bola kristal tersebut dicampak ke tepi sehingga pecah.
"Aku tak akan benarkan kau ambil takhta kerajaan ni.. Takkan sekali Yeonjun.. Dendam aku pada perbuatan ayah kau tak akan pernah padam selagi kau tak pergi dari dunia ni. "
Perlahan-lahan senyuman sinis terukir di bibir sebelum baju yang dipakai bertukar menjadi baju seragam sekolah untuk menyembunyikan identitinya.
"Aku akan gagalkan rancangan kau.. Tunggu dan lihat. "
Tbc.
YOU ARE READING
[OG] Im Not A Cat || CY
Fantastik+ "Aku menyesal tak beritahu perasaan aku lebih awal. " Amaran:Sebelum baca,pastikan semua kerja telah dilakukan terlebih dahulu. Start : 27 Dizember 2019 End : loading... Status : loading... Beautiful cover by : @bibi graphic shop