Bab 32

47 16 2
                                    

Done double update

----


Perasaan tidak sedap hati mula menyerang Rosebelle.Dari tadi dia ke hulu ke hilir di hadapan katil hospital sambil berpeluk tubuh.

Angka jam yang menunjukkan 8 malam semakin menggusarkan Rosebelle.Sepatutnya Yeonjun datang ke hospital pukul 2 petang tadi.Tapi sehingga sekarang,bayang lelaki itu langsung tidak kelihatan.

"Belle,cuba kau duduk diam-diam?peninglah aku tengok kau ni.."tegur Beomgyu buatkan Rosebelle memandangnya tajam.

"Kalau pening..jangan tengok.."Beomgyu menggulingkan biji mata tanda tak berpuas hati dengan jawapan kawan baiknya itu.Satu keluhan terbit di bibir sebelum earpod disumbat kembali ke telinga kanannya.

"suka hati kaulah.."

"Ish mana Yeonjun ni..jangan cakap ada benda buruk berlaku dekat dia?hmm..ahh kenapa aku nak risau sangat?mungkin dia ada hal lain?tapi hal apa pula..dia tu bukannya manusia biasa pun.Tapi,kenapa sampai sekarang dia tak datang lagi?"akhirnya Rosebelle melabuhkan duduk kerana penat berdiri terlalu lama.

Nanti tak pasal-pasal sakit semula.

Beomgyu mula menyimpan earpod miliknya sebelum berjalan menghampiri Rosebelle yang sedang gelisah memikirkan sesuatu."Kau tengah tunggu siapa ni?"

Rosebelle mengangkat muka sebelum dia menunduk bermain jari-jemarinya."T-Tunggu...adalah,rahsia!"

Sekali lagi Beomgyu mengeluh sebelum satu jentikan dikenakan di dahi gadis itu."Arasseo..rahsialah sangat."

Bunyi deringan telefon menyentakkan Rosebelle sebelum jarinya pantas menyeret tanda hijau di telefon pintarnya itu."Noona!"

"Yah!jangan jerit boleh tak.."

"habislah..mama dan papa dah tahu.."

Hati Rosebelle menjadi bertambah gundah.Tahu apa pula ni?bunyi macam rahsia paling besar mereka dah terbongkar.

"T-Tahu apa?jangan cakap mama dan papa—"

"Diorang dah tahu Yeonjun bukan manusia..habislah kita!sksksksks..eottheoke?!"

" Macam mana?tunggu sekejap!"

Panggilan terus dimatikan.Kini pandangannya beralih kepada Beomgyu yang sedang melihatnya dengan penuh tanda tanya.

"Gyu..aku nak minta pertolongan kau.."

.
.
.
.

"Kenapa tak beritahu mama dan papa hal ni?"Serius sahaja Puan El menyoal ditemani Tuan  Jim disisi.Kai menunduk takut-takut.Masalah sekarang ni,dia pun tak tahu nak terangkan macam mana dekat mama dan papanya tentang Yeonjun.Nak harapkan noonanya?hmm..

Yeonjun yang terbaring lemah diatas katil milik Hueningkai menjadi perhatian Puan El dan Tuan Jim.Mereka memandang satu sama lain sebelum menggeleng kecil.

"KETEPI! BIAR BELLE TERANGKAN!"

Suara jeritan seseorang mengejutkan semua orang di situ ditambah pula dengan kehadiran Rosebelle yang masih lengkap berpakaian hospital.

" Belle? Kenapa dengan kamu ni?macam mana ?"

"Papa,mama..Yeonjun tu sebenarnya."

"Kami tahu!"

Terkejut beruk Rosebelle dibuatnya.Tahu?

"Tahu apa?"

Satu kotak dikeluarkan dari poket Puan El. Sempat dia ambil kotak tersebut dari laci simpanan tadi sebelum masuk ke bilik Kai.

"Mama tak sangka dia ada kena mengena dengan datuk kamu Belle..kalau kamu tak percaya,rantai beserta surat ni boleh jadi bukti .."

Kotak kulit bersaiz kecil tersebut diambil oleh Rosebelle dengan penuh perasaan ingin tahu.

Loket yang terukir tulisan 'Mignon' mengingatkan dia tentang satu tempat yang pernah dibawa oleh Yeonjun.Tanpa berlengah,surat tersebut dibuka sebelum dibaca.

Puan El hanya menunduk.Dia tahu semua ni pasti akan terjadi.Konspirasi yang pernah diceritakan ayahnya tak lama dahulu ,sekarang telah benar-benar berlaku.

Untuk Rosebelle kesayangan atok,

Entah kenapa,baca itu sahaja buatkan Rosebelle mula ingin menangis.Perasaan rindu pada atoknya semakin menggunung.Rindu untuk mendengar suara atonya memanggil namanya.

"Kenapa mama dan papa tak beritahu Belle sebelum ni?tentang Mignon..tentang keluarga kita.."

Puan El berjalan menghampiri Rosebelle sebelum    merangkul tubuh Rosebelle dari sisi."Mama tak ada niat nak sembunyikan hal ni..tapi disebabkan situasi ketika itu yang mendesak..kita terpaksa berpindah ke Busan..dan kemudiannya ke sini,.mian sebab rahsiakan semuanya dari kamu."

"Adakah semua ni ada kaitan dengan punca Yeonjun terkena sumpahan tu?"Duga Rosebelle sendiri.Matanya kemudian dialihkan kepada Yeonjun yang sedang lena di katil sebelahnya.

.
.
.
.
.

Lengan yang terasa berat memaksa Yeonjun untuk menyedarkan dirinya.Kemudian kepala diangkat menoleh kearah sisinya.

Rupa-rupanya,Rosebelle tertidur diatas lengannya tanpa gadis itu sedar.Tangan yang sudah terasa kebas dibiarkan sahaja.Tak mahu menganggu tidur gadis itu yang nampaknya lena.

Jantung yang berdegup laju buatkan dia menjadi gelisah.Bukan disebabkan perbuatan Rosebelle tetapi ia merupakan satu petanda.

Degupan jantung kucing lebih laju dari degupan jantung manusia.

Pernyataan yang pernah dia baca di salah satu majalah menyedarkan dia."A-adakah.."

"Hmm?adakah apa?"Soal Rosebelle masih lagi mamai.

"Mian..aku mengantuk sangat sebab berjaga dari malam tadi.."

Yeonjun tersenyum sambil menggeleng kecil."Gwenchana ..saya tak kisah.."

[OG] Im Not A Cat || CYWhere stories live. Discover now