Enjoy reading ya ;)
Rosebelle pov-
Aku mengeluh perlahan.
Hueningkai yang sedang menangis teresak-esak di tepi katil aku,aku kerling sekilas.
"Sudahlah Kai..bukannya teruk pun.." Aku memujuknya dengan lembut.
Hueningkai pandang aku sekilas sebelum kembali menangis.Adui,kalau aku tahu dia nak jadi macam ni,aku suruh saja mama angkut dia bawa balik sekali tapi aku takut sorang tak ada teman.
Dahlah, semua pesakit dalam wad ni aku tak kenal.Hari pun dah malam.Macam-macam benda aku fikir, nanti ada benda bawah katil lah dan seangkatan dengannya.
Itulah kau,suka sangat tengok cerita hantu bukan-bukan.
"Chill bro..kau kan dah besar..nangis-nangis ni tak macho lah.." Aku cuba memujuk lagi dan nampaknya kalini tangisannya mulai reda perlahan-lahan.
"Hmm,tapi noona tak faham perasaan Kai..sedih tahu tak bila dapat tahu si Aeyoung ni pilih Taehyung daripada Jungkook.. Dahlah,Kai minat Jungkook dalam drama Heroin yang terbuang ni.Siapalah yang tulis drama cenggini..eyy,geram tahu tak.." Omel Kai panjang lebar sebelum kembali menonton drama kegemarannya melalui telefon.
Aku mengeluh berat seraya berdecit. Karang,ada juga budak yang terbuang dari tingkap hospital ni.Bukannya nak tanya aku dah makan ke belum.Tahu tengok drama saja.
Aku pandang pula ke arah pergelangan tangan kiri yang berbalut.
Al-kisahnya, aku dimasukkan ke wad disebabkan pergelangan tangan aku retak mungkin kesan dari terjatuh ke jalan tar .
"Eo?Rose tak tidur lagi?" Tegur Yeonjun sambil membawa sebungkus plastik beg di tangan .Aku menggeleng kecil.
Kemudian dia menuju ke arah Hueningkai dan menepuk bahunya dua kali.
"Kai baliklah dulu..esok Kai sekolah kan?pasal Rose,biar Yeonjun yang jaga.Lagipun,esok dia dah dibenarkan keluar." Kata Yeonjun.
Kai bingkas bangun selepas mendengar kata-kata Yeonjun.
"Wah,terima kasih sebab faham aku..bye noona!Kai pulang dulu yuk.." Dia sempat melambai kecil sebelum bergerak meninggalkan kami berdua.
Aku berdecit halus.Haih,macam manalah aku boleh ada adik macam dia?Tunggulah aku balik nanti.
"Rose lapar?Yeon—"
"Uish,aku lapar gila sekarang.." Tanpa sempat Yeonjun berkata lebih lanjut,aku terus mengambil bungkusan plastik di atas meja dan melihat isi dalamnya.
Wah,ada onigiri dan ramen.
"Aku nak onigiri ni boleh?" Pinta aku ke arah Yeonjun. Lelaki itu sekadar mengangguk sebelum melabuhkan duduk di sebelah aku.
Aku terus makan onigiri berperisa tuna itu tanpa membuang masa selepas dapat lampu hijau dari Yeonjun.
"Mian.."kata Yeonjun perlahan.
Aku mengangkat muka memandangnya.Dah kenapa tiba-tiba minta maaf?
" Sebab buatkan awak tercedera.."Sambungnya lagi.
"Tak apa..lagipun kalau kau tak tolak aku tadi,mesti lagi teruk dari ini..sepatutnya aku yang minta maaf sebab yang kena langgar tu kau..tapi, aku tertanya..Kau memang ada kuasa ke apa?" Aku tanya dia sebelum kembali menggigit onigiri yang sudah tinggal separuh.
"Awak tahu kan,kucing ada 9 nyawa."jawabnya.
Aku mengangguk sebelum aktiviti makan ku terhenti.
" Kejap, jangan cakap yang nyawa kau dah berkurang.."
"Ya..disebabkan perlanggaran yang agak kuat tadi..sedikit sebanyak meninggalkan kesan dekat diri aku.Sekali aku gunakan kuasa bila terlibat dalam kemalangan seperti tadi,nyawa aku akan berkurang satu." Jelasnya panjang lebar membuatkan aku jadi serbasalah.
"Dahlah..Rose jangan risaukan saya.Cepat masuk tidur ke nak saya dodoikan?" Soalnya sambil mengangkat-angkat keningnya.
"Yelah..tunggu kejap nak habiskan yang terakhir ni.." Balas aku.
Dia tergelak kecil mendengar balasan aku.Haih,aku tak tahu kenapa gelak dia ni dah macam halwa telinga .Comel dalam masa yang sama gelak dia tu boleh buatkan aku berdebar.
Kejap Rosebelle..
Adakah sebenarnya kau dah mula sukakan dia?
Tak,aku cuma layan dia baik saja sebab perjanjian tu.
Betul kan?
TBC.
A/n: Susah sangat ke nak mengaku Rosebelle?
YOU ARE READING
[OG] Im Not A Cat || CY
Fantasía+ "Aku menyesal tak beritahu perasaan aku lebih awal. " Amaran:Sebelum baca,pastikan semua kerja telah dilakukan terlebih dahulu. Start : 27 Dizember 2019 End : loading... Status : loading... Beautiful cover by : @bibi graphic shop