Rosebelle pov-
Aku turun ke dapur untuk menolong mama menyiapkan makan malam.Tapi,tiada langsung kelibat mama di dapur kelihatan dan hanya Yeonjun sahaja yang berada di situ.
Aku berjalan merapati Yeonjun yang nampaknya sedang khusyuk memasak tanpa menyedari aku yang sedang berdiri di belakangnya.
Tiba-tiba, Yeonjun berpusing dan melanggar aku.Disebabkan itu,aku hampir sahaja jatuh ke belakang.Tetapi,dapat aku rasakan tangan seseorang memelukku erat untuk menahan aku daripada terjatuh.
Perlahan-lahan, aku buka mata lalu anak mata kami berdua bertembung .
Jantung aku...
Kedudukan muka Yeonjun ketika ini teramatlah rapat sehingga aku dapat mendengar bunyi deruan nafasnya.
"Rose?gwenchanayo?" Tanya Yeonjun prihatin.
Aku jadi terkaku sekarang ni.Tak boleh bergerak langsung. Seolah-olah,aku jadi terpukau dengan panahan anak mata Yeonjun.
"Ehem..."
Deheman seseorang dari pintu dapur menyebabkan aku menolak Yeonjun secara refleks dan akhirnya aku terjatuh terduduk dengan kuat.
"Adui..punggung peloles ku.."
"Amboi,dekat sini juga noona nak buat maksiat pun.." Tegur Kai seraya menuju ke arah peti ais dan mengambil sebotol susu coklat.
Aku tidak menjawab sebaliknya menghadiahkan Kai satu jelingan tajam.
"Apa?betul apa Kai cakap.." Kata Kai lagi sebelum melangkah keluar dari dapur.
Yeonjun hanya mendiamkan diri sebelum cuba untuk tolong aku bangun tetapi pantas aku menahannya.
"Tak perlu.. Aku boleh bangun sendiri."
Aku tahu ia kedengaran agak kasar tapi sebenarnya aku tak mahu jantung aku buat hal lagi.
Yeonjun akur lalu dia meneruskan aktiviti masaknya yang tergendala.
"Alamak!macam mana ni?"
Suara panik Yeonjun menarik perhatian aku dan ternyata ayam yang sedang digoreng telah menjadi hitam—Hangitlah maksudnya.
"Uish bau apa yang sedap sangat ni?sampai atas boleh bau.." Tegur mama dengan penuh sarkastik.
"Maaf ahjumma..Yeonjun terleka kejap tadi sebab tu ayam ni dah jadi hitam..hee.."
Yeonjun menggosok lehernya kerana serba salah.
"Tak apa.. Bukan salah Yeonjun pun. Ahjumma tahu ni semua sebenarnya disebabkan si Belle ni kacau Yeonjun kan?"
Balasan mama yang seterusnya membuatkan aku terkejut. Eh?salahkan kita pula.
"Mama ni.."
.
.
.
.
.Author pov-
Soobin berjalan keluar dari sebuah butik terkenal dengan muka yang penuh kesal.
Sesekali keluhan nafas berat dikeluarkan. Lia yang masih berada di dalam butik tersebut hanya dibiarkan lalu dia berjalan meninggalkan butik itu.
"Lantaklah dia dekat dalam tu..memilih sangat kan..penat betul asyik layan karenah kebudak-budakan dia tu.."
Omel Soobin sambil berjalan tiada arah tuju.Dia hanya mengikut sahaja langkah kakinya asalkan dia tidak bersama dengan Lia di dalam butik itu lagi.
Dari jauh,Soobin ternampak Rosebelle berjalan kaki seorang diri dengan mulutnya tidak henti mengomel tentang sesuatu.
Soobin tergelak kecil.Sejujurnya dia terlalu rindukan gadis itu sekarang.Kalaulah dia buat keputusan untuk terus mempertahankan hubungan mereke,pasti Rosebelle masih lagi bersamanya sekarang.
Pasti omelan manja Rosebelle yang akan dia dengar sekarang bukannya omelan tidak puas hati dari mulut Lia.
Baru sahaja dia ingin berjalan mendekati Rosebelle,langkahnya terus terhenti apabila melihat Yeonjun turut berada bersama Rosebelle.
"Haish..Lelaki tu sibuk betullah..tapi, siapa dia sebenarnya? Kenapa aku tak pernah nampak dia sebelum ni?"
Soobin menyoal diri sendiri sambil memerhatikan Rosebelle dan Yeonjun yang sedang berjalan berdua.
.
.
.
.Rosebelle pov-
Argh!
Kalaulah aku tak jatuh tadi.Kalaulah ayam tu tak hitam tadi .Mesti sekarang ni aku tengah makan malam dengan tenang.
Tapi disebabkan ayam tu dah hangit.Mama paksa aku keluar pergi beli ayam goreng dekat kedai.Padahal boleh saja nak order delivery.
Mama memang sengaja nak kenakan aku.Lagi-lagi bila dia suruh Yeonjun teman aku sama.
Aku dah nampak mama sebenarnya nak aku jadi rapat dengan Yeonjun.
"Rose..kenapa jalan terus lagi?bukankah sini kedainya?" Soal Yeonjun sambil menunjukkan kedai ayam disebelahnya.
Aku mendengus geram lalu berpatah balik ke arahnya.
"Cepatlah masuk.." Kataku lalu menarik Yeonjun masuk ke kedai tersebut.
"Selamat datang.."
Usai sahaja aku memesan satu set ayam,aku terus duduk di meja berdekatan pintu masuk diikuti Yeonjun.
Ting-
Bunyi loceng pintu menarik perhatian aku yang sedang termenung.
Seseorang yang amat ku kenali,masuk ke dalam kedai ini dan seterusnya mata kami bertemu.
Dia menghadiahkan aku satu senyuman sebelum bergerak menuju ke meja aku dan Yeonjun.
"Hai Rose.."
TBC
A/n ; maaf kalau rasa chapter kalini hambar •_•
YOU ARE READING
[OG] Im Not A Cat || CY
Fantasy+ "Aku menyesal tak beritahu perasaan aku lebih awal. " Amaran:Sebelum baca,pastikan semua kerja telah dilakukan terlebih dahulu. Start : 27 Dizember 2019 End : loading... Status : loading... Beautiful cover by : @bibi graphic shop