Rosebelle pov
Hari cuti hujung minggu adalah hari yang paling aku tunggu. Hari dimana aku boleh bangun lewat dari kebiasaan.
Tapi, hari hujung minggu ni pun hari yang aku tak suka juga sebab kerja aku asyik mereput. Nak ajak Soobin keluar?
Dia selalu busy attend majlis sana sini.
Perkara pertama aku buat dulu adalah pergi jenguk makanan di dapur. Selalunya, mesti ada makanan atas meja memandangkan mama sangat rajin memasak.
Aku melihat sekeliling rumah. Sunyi saja. Mana semua orang?
Selepas aku habiskan beberapa gimbap di atas meja, aku naik ke tingkat atas dan menuju ke bilik adik kesayangan aku, Hueningkaiiii.
Tanpa ketukan di pintu terlebih dahulu, aku terus membuka pintu biliknya. Maaf la, perangai saya ni tak beradab sikit bila hujung minggu.
"Bibbidi Bubba-Yah! Belle noona, kenapa masuk tak ketuk pintu?! "Soalnya dengan nada geram.
Buku bersaiz tebal dihadapnnya terus ditutup dengan cepat dan disorokkan di dalam almari bukunya. Aku tak tanya pun buku apa,lagipun aku kurang gemar baca buku bersaiz tebal macamtu.
"Sorry bro.. By the way, mana mama dan papa? "Soal aku tanpa berbasa- basi.
Hueningkai masih mengemas meja belajarnya sebelum melabuhkan duduk di atas katilnya. Aku pun turut buat perkara yang sama.
"Mama dan papa keluar pergi pasaraya mungkin. Kai dengar tadi mama cakap nak beli barang. Noona pula kenapa tiba-tiba terjah bilik orang? "
Soalnya sambil menjeling tajam ke arahku. Aku mengangguk faham lalu berdiri untuk turun ke ruang tamu.
"What the? Aku tanya dia, dia pergi macam itu je? "
Aku mendengar omelan Hueningkai lantas aku tergelak kecil.Comel.
Sambil berjalan ke arah ruang tamu,aku membuka aplikasi Instagram dan menekan feed story Soobin.
Soobin_C
"Haih, kesian bakal suami aku seorang ni. Belum habis belajar, kena kerja juga. Tuan Choi ni pun agaklah. Dahlah tahun ni tahun penting dia."Omel aku seorang diri. Tak apa, bukan ada sesiapa dengar pun.
Kemudian, aku scroll lagi feed story yang seterusnya. Tapi,benda ni buat aku terkaku. T-tak mungkin.
ChoiLiaaa-
Telefon yang aku pegang hampir terlepas dari genggaman aku. Tak mungkin Soobin akan bertunang dengan Lia.
Sebab, aku tahu Soobin bukan sukakan sepupunya itu. Mungkin ini perjodohan keluarga diorang?
Tapi, kenapa Soobin tak cerita apa-apa dekat aku? Atau memang dia sengaja nak rahsiakannya?
Aku menutup telefon dan mencampaknya ke sisi.Fikiranku menerawang ke tempat lain sehingga aku tak sedar yang mama dan papa sudah balik.
"Hei kamu ni Belle..kenapa termenung ni? "
Suara mama yang agak kuat buat aku tersedar dari lamunan.Aku bingkas bangun dari sofa dan menuju ke arah pintu.
"Eh? Mana kamu nak pergi tu? "Soal mama hairan dengan sikap aku seperti orang separuh sedar.
"Belle keluar sekejap ya? Nak ambil angin. "
"Okay.. Tapi jangan lama sangat takut kembung pula. "Jawab mama seraya tergelak sendiri.
.
.
."Gyu-ah.. Kau sibuk tak? "
Soalku di hujung talian. Kedengaran seperti dia sedang berada di dalam kereta.
"Tak, baru habis attend family gathering.. Otw,balik rumah. Kenapa? "
Aku mengangguk sendiri seraya melabuhkan duduk di sebuah bangku yang terdapat di taman bunga berdekatan rumah aku.
"Kalau macamtu, aku nak jumpa kau boleh? Tempat biasa. "
"Boleh, no hal..lima minit aku sampai. "
Sejurus itu,aku terus menamatkan panggilan telefon dan menyimpannya di dalam poket seluar aku.
Lebih kurang hampir 15 minit, Beomgyu masih belum munculkan diri. Aku pula asyik gosok tangan aku sebab kesejukan. Keluar tadi, lupa nak ambil kot winter.
Baru sahaja aku nak bangun, seseorang menahan aku dari arah belakang seraya meletakkan jaketnya ke bahu aku.
"Nak pergi mana? "
Soalnya sambil membetulkan jaket di bahu aku. Aku tersengih kekok.
"Ingat kau tak datang. Aku nak baliklah.. "
"Nah kopi, sorry lewat. Lagipun tadi ramai orang dekat kedai tu. "
Choi Beomgyu.Dia juga merupakan sepupu Soobin dan juga merangkap kawan baik aku. Kami memang dah rapat sejak sekolah rendah memandangkan kami sebaya.
Dia melabuhkan duduk di bangku dan aku juga turut melakukan hal yang sama.
"Ada apa kau nak jumpa aku?Kejap jangan kata-"
Dia membuat riak terkejut sambil menunding jari ke arahku.
Aku angguk menandakan ya. Dia pula dah jadi gelisah semacam.
"Kalau aku bagitahu ni..Kau jangan marah ya? "
Aku angguk sekali lagi sambil menunggu kata-katanya.
"Aku yang bersalah.. Aku minta maaf. "
Permintaan maaf dia buat dahi aku berkerut. Minta maaf? Takkan dia yang rancang semua ni?
Tbc
A/n:Jun nak update dari hari tu tak boleh. Akhirnya dapat juga update harini.
Vote dan komen okay?
YOU ARE READING
[OG] Im Not A Cat || CY
Fantasía+ "Aku menyesal tak beritahu perasaan aku lebih awal. " Amaran:Sebelum baca,pastikan semua kerja telah dilakukan terlebih dahulu. Start : 27 Dizember 2019 End : loading... Status : loading... Beautiful cover by : @bibi graphic shop