Double update🐱
Yeonjun yang sedang sibuk mengikat tali kasut,didatangi Rosebelle dari arah belakang.Sebelah kasut yang belum dipakai,diambil dan disorokkan ke belakang badannya.
"Eo?Rose..kenapa awak ambil kasut saya?"Soal Yeonjun sebelum berdiri menghadap gadis itu.
"Mulai harini..kau tak perlu pergi kerja.Berhenti je..nanti aku bagitahu ahjumma Lee.."Yeonjun menaikkan kening sebelahnya.
"T-tapi kenapa?"Rosebelle mengeluh halus sebelum meletakkan kembali kasut milik Yeonjun ke dalam rak.
"Saja..kucing macam kau..tak perlu buat kerja-kerja macamtu..duduk je rumah dan tunggu aku balik.Bukan ke itu tugas kucing sebenarnya?"
"Memanglah..tapi saya bukan kucing betul pun..saya ni manusia yang disumpah.."
"Tak kisahlah kau ni apa..masuk dalam rumah dan tak payah pergi kerja..ikut je cakap aku,kalau kau rasa kau masih nak tinggal dalam rumah ni."Membulat besar mata Yeonjun selepas mendengar ugutan Rosebelle.Nampaknya gadis itu benar-benar tak mahu dia bekerja lagi.
Lambat-lambat Yeonjun mengangguk akur dengan arahan Rosebelle.Sebelah kasutnya dibuka sebelum masuk semula ke dalam rumah.
"Good! Okey,bye..aku dah lambat nak ke sekolah ni..pergi dulu!"Ujar Rosebelle dengan nada ceria sebelum menggosok kepala Yeonjun dan melangkah keluar dari kawasan rumah.
"Noona!tunggu kejaplah dey.."Hueningkai yang tergesa-gesa memakai kasut terus berlari mendapatkan kakaknya tanpa menyedari figura Yeonjun yang sedang memandang ke arahnya.
"Eo hai...bye,aku dah lambat nak ke sekolah ni.."Sempat Hueningkai menegur selepas baru menyedari Yeonjun berdiri di sebelahnya.
Yeonjun diam sambil mencebikkan bibir.Dia tak tahu apa motif Rosebelle ingin dia berhenti kerja.Tapi,nak tak nak..dia akur sahaja dengan permintaan gadis itu.
.
.
.
.
.Langkah kaki diatur menuju ke kantin bersama perut yang asyik berbunyi meminta diisi.Sepanjang perjalanan,dahinya asyik berkerut pelik mendengar pelajar-pelajar perempuan yang sedang sibuk membawang tentang seseorang.
"Weh..aku rasa dia tak datanglah harini.."
"Yeke?alaaa..baru je nak tengok muka dia."
"Itulah pasal..dahlah aku pindah sini sebab nak tengok dia je..diorang cakap dia hensem..mana tahu jodoh aku..en?"
"Perasan gila kau ni..tapi,dengar-dengar dia dah girlfriend.."
"Bwo?seriuslah..siapa weh?"
"Tak silap aku Belle sunbaenim.."
"Shh senyap weh..Belle sunbaenim lalu.."
Rosebelle hanya memekakkan telinga.Dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh ketiga pelajar junior tersebut.Siapa lagi kalau bukan...Yeonjun.
"Haih..memang patut pun aku suruh kau berhenti kerja..nanti tak pasal-pasal sekolah ni penuh dengan perempuan sebab kau.."Omel Rosebelle sendiri sebelum bahunya tiba-tiba terlanggar seseorang sebab tak fokus jalan di hadapan.
"Omo!maaf...saya tak nampak aw—"
"Ah..gwenchana Rose.."
Terkelu lidah Rosebelle ingin menjawab.Rupanya orang yang dilanggar tadi adalah Soobin.
Lelaki itu hanya menggosok perlahan belakang lehernya sambil tersenyum manis ke arah gadis itu."Awak okay?"
"Ha?erm..o-okey.."Rosebelle menunduk.Tak mahu bertentang mata dengan lelaki itu.Sudah lama dia tak bersua muka dengan Soobin memandangkan lelaki itu sentiasa sibuk dengan persiapan akhir sebelum ujian kemasukan universiti nanti.
Dia juga terasa kekok mahu berdiri di situ terlalu lama.Tanpa apa-apa ucapan,Rosebelle terus mengatur langkah pergi meninggalkan Soobin.
"Eh..awak—"Belum sempat Soobin ingin bertanya sesuatu,gadis itu telah pun pergi tanpa sempat dia menahan.Dia mengeluh perlahan sambil matanya masih lagi memerhati susuk tubuh Rosebelle yang semakin menghilang di sebalik kesesakan pelajar yang sedang berkumpul untuk membeli makanan.
"Saya nak jumpa awak sebab nak ucapkan selamat tinggal..tapi...haih.."
"Awak masih marahkan saya lagi ke?"
.
.
.
.
.Angin petang di taman permainan yang berdekatan rumah Rosebelle menenangkan hatinya.Entah bila lagi dia akan merasai ketenangan seperti ini.
Dia pun tak tahu apa nasibnya selepas ini.Adakah dia akan berjaya merungkaikan sumpahan itu?
"Saya sebenarnya dah mula sukakan awak Rose..tapi.."
"Aku pun sukakan dia.."
Suara seseorang mengejutkan Yeonjun.Pantas dia menoleh ke sisi dan ternyata figura Soobin yang datang menegur.
"Bwo?aku cuma lalu sini dan kebetulan nampak kau.."
Tanpa meminta izin,Soobin terus melabuhkan duduk di sebelah Yeonjun yang masih lagi berdiam diri.
Yeonjun mula terasa keadaan menjadi tegang sebelum dia membetulkan topi di kepala untuk menutupi telinga kucingnya.
"Sebenarnya aku datang sini nak jumpa kau.."ujar Soobin memulakan bicara setelah hampir 5 minit mereka berdiam diri.
"untuk minta maaf..tentang haritu.."Sambung Soobin lagi selepas tiada respon yang diberikan oleh Yeonjun.
"Aku terlalu marah waktu tu sebab dia lebih pilih kau dari aku walaupun bermacam cara aku dah cuba untuk pulihkan balik hubungan kitaorang.."
"dan aku ingat dia pilih kau untuk nak elakkan diri dari aku..tapi,waktu dia datang jumpa aku dan cakap yang dia tak suka aku lukakan kau..dari mata dia,aku tahu yang dia memang dah mula sayangkan kau.."Terkejut juga Yeonjun dengan pengakuan yang dibuat oleh Soobin.
Rosebelle ada perasaan yang sama dengannya?
"dan waktu tu juga..aku dah mula berfikir..yang aku dah gagal untuk gembirakan dia semula macam dulu.."
Yeonjun yang setia mendengar mula menoleh ke arah Soobin apabila terdengar suara esakan yang perlahan dari lelaki itu.
"Aku gagal..tapi,aku tak boleh salahkan dia..sebab semua yang berlaku adalah punca dari diri aku sendiri.."
"Jadi,aku harap..kau tak akan ulang perkara yang sama..aku tahu kau seorang saja yang boleh gembirakan dia..dan aku nak kau janji itu dengan aku.."Sambung Soobin lagi sebelum menepuk bahu Yeonjun sekilas.
"Gomawo Soobin..aku maafkan kau..dan aku minta maaf kalau aku jadi salah satu penyebab korang berdua tak berbaik semula.."Soobin menggeleng pantas.
"Anniya..semua tu salah aku..gwenchana,kau dah tak perlu fikirkan lagi semua tu..aku cuma harap kau janji dengan aku untuk buat dia selalu tersenyum..aku juga nak ucap selamat tinggal.."
"Bwo?untuk apa?"
"Seminggu selepas cuti musim panas bermula,aku akan berpindah ke amerika..untuk sambung belajar di sana..mungkin lepastu,aku tak akan ada peluang untuk jumpa dengan Rose lagi.."Air mata yang masih tersisa,dihapus sebelum dia melakarkan senyuman nipis.
"Kau tak nak jumpa dia sebelum pergi ke sana?"Soal Yeonjun dan mendapat gelengan Soobin.
"Tak perlu dan dah tak penting lagi..aku harap kau rahsiakan saja tentang perjumpaan ni..aku balik dulu.."Yeonjun hanya mengangguk sebelum menghantar permergian Soobin dengan anak matanya sebelum dia kembali bersandar ke kerusi lalu memejam matanya rapat.
"Aku tak janji Soobin..sebab aku tahu,pada akhirnya aku akan lukakan perasaan aku sendiri dan juga perasaan Rosebelle..sebab kami hidup di dalam dunia fairytale yang dihujungnya tak mungkin happy ending."
Tbc.
YOU ARE READING
[OG] Im Not A Cat || CY
Fantasy+ "Aku menyesal tak beritahu perasaan aku lebih awal. " Amaran:Sebelum baca,pastikan semua kerja telah dilakukan terlebih dahulu. Start : 27 Dizember 2019 End : loading... Status : loading... Beautiful cover by : @bibi graphic shop