Hari berganti hari,tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum cuti musim panas bermula.Keadaan macam biasa,tiada apa-apa yang nampak mencurigakan kecuali Yeonjun yang jadi semakin pendiam.Figura Yeonjun yang sedang sibuk menjaga kaunter di kantin sekolah didekati oleh Rosebelle sambil membawa sekotak susu.
"Yeonjun..nah!"Kotak susu itu dihulurkan kearah Yeonjun sebelum lelaki itu mengambilnya bersama satu senyuman nipis."Gomawo.."
"Kau sihat ke tak?kalau tak,aku boleh ambilkan ubat dekat bilik rawatan.."Yeonjun menggeleng laju.
"Tak perlu..saya okey.."
Rosebelle sekadar mengangguk sebelum matanya terteancap pada gelang tangan yang Yeonjun pakai.
"Sejak bila kau pakai gelang tu.."
"Huh?ini,ayah saya yang bagi.."
Rosebelle berfikir sejenak."Mungkin aku tak perasan kot..tak apalah,nanti jumpa di rumah ya.Aku nak masuk kelas ni,rehat pun dah nak tamat.."
"Erm awak.."Rosebelle menoleh semula kearah Yeonjun.
"ada apa?"
"Ah..anni,saja.."
Rosebelle sekadar mengangkat bahu sebelum beredar pergi meninggalkan Yeonjun.
Yeonjun menghela nafas berat.Sejujurnya,ingatan tentang Rosebelle semakin memudar.Dia tak mahu ia terjadi,tapi dia tiada pilihan lain.Mimpi buruk yang dia lalui hari itu merupakan petunjuk buatnya.
Semakin dia berjaya menjadi dirinya yang dulu semula,semakin banyak memori tentang gadis itu hilang dari ingatannya.
Tapi apa yang pelik..
Degupan jantungnya..
Tak normal..
.
.
.
.
.Taehyun yang sedang sibuk membaca buku di perpustakaan ditegur Rosebelle yang sememangnya ingin berjumpa dengannya.
"Taehyun..annyeong!"
Lelaki itu mengangkat muka seraya tersenyum."Ne sunbaenim...ada apa sunbae nak jumpa dengan saya?"
Kerusi di hadapan Taehyun menjadi pilihan Rosebelle seraya sebuah kotak kulit dikeluarkan ke atas meja dan ditunjukkan ke arah Taehyun.
"Saya tahu yang Taehyun rapat dengan Yeonjun..jadi kalau boleh,noona nak tahu apa kaitan semua ni dengan Yeonjun.."
Taehyun menutup bukunya dan menolaknya ke tepi lalu kotak kulit tersebut diambil dan diamati."Mignon..macam mana sunbae ada rantai ni?"
"Kenapa dengan rantai tu?"
"Rantai ni sebenarnya hanya dimiliki oleh keluarga diraja yang tinggal di Mignon..jadi,agak mustahil untuk sunbae milikinya sebab rantai ni sangat istimewa..kalau sesiapa yang ada rantai ni—"
"Mereka ada kena-mengena dengan keluarga diraja Mignon..macamtu?"
Taehyun mengangguk mengiyakan."Mana noona dapat rantai ni?"
"Sebenarnya rantai ni kepunyaan atok noona.."
"Tapi,itu bukan menjadi pertanyaan utama noona...Yeonjun,kenapa dengan dia ya?sejak beberapa hari ni..dia dah tak panggil nama noona ..pelik juga.."
Taehyun terdiam dan dalam masa yang sama dia tersenyum.Yeonjun dah makin pulih tapi belum sepenuhnya.Tapi,ia pasti akan menyakitkan Rosebelle nanti.
"Taehyun harap sunbae tak terasa hati kalau suatu hari nanti Yeonjun hyung..."
"Suatu hari?"
"Dia dah lupakan semua tentang sunbae.."
.
.
.
.
.Kedinginan malam yang mengusik buatkan Rosebelle memeluk tubuhnya untuk memanaskan badannya yang hanya mengenakan t-shirt nipis.
Dia melabuhkan duduk diatas buaian sambil memandang kearah dada langit yang terang bertemankan bulan dan bintang.
"Amboi..termenung jauh nampak?"Tegur Puan El yang entah datang dari mana buatkan Rosebelle memandang kearah ibunya sehingga wanita paruh baya itu melabuhkan duduk di sebelahnya.
"Tak adalah..saja ambil angin .."
"Dari tadi,mama tengok kamu asyik pegang kotak kulit pemberian atok kamu tu.."Rosebelle mengangguk sebelum tersenyum nipis.
"Hmm,Belle cuma tak faham..kenapa keluarga kita boleh ada kena-mengena dengan Mignon?tak logik langsung..padahal,kehidupan di Mignon tu jauh berbeza dengan kehidupan di sini.."
Puan El mengeluh halus sebelum memegang bahu anak perempuannya."Sebenarnya..atok kamu adalah ahli sihir yang dulu menguasai kerajaan Mignon ..dan merupakan golongan bangsawan di kerajaan tersebut.."
Melopong luas mulut Rosebelle selepas mendengar pernyataan dari Puan El.Dahinya berkerut,cuba menghadam cerita yang baginya sukar dipercayai.
"Jadi,kita memang dari dulu ada kena-mengena dengan Mignon?"Puan El mengangguk.Rosebelle mengeluh halus.
"Adakah pertemuan Belle dengan Yeonjun tu memang dah ditulis?atau sebenarnya kebetulan?"Soal Rosebelle sebelum bersandar ke arah buaian dan memejam matanya rapat.
"Mungkin takdir?mama harap kamu tak akan ulang kesilapan yang sama .."
"Kesilapan yang sama?apa maksud mama?"
Puan El menunduk bermain jari.Terlepas cakap pula tentang kisah lamanya.
"Bagitahulah mama..kesilapan apa?"
"Tak ada apa-apa..cuma mama harap kamu dapat bantu Yeonjun dapatkan kehidupan dia yang dulu semula..dan luahkan perasaan kamu sebelum semuanya terlambat..arasseo?"
Rosebelle terdiam .Wajah Puan El ditenung sebelum dia menggeleng kecil.Apa maksud mama?kesilapan yang sama?
Tbc.
YOU ARE READING
[OG] Im Not A Cat || CY
Fantasy+ "Aku menyesal tak beritahu perasaan aku lebih awal. " Amaran:Sebelum baca,pastikan semua kerja telah dilakukan terlebih dahulu. Start : 27 Dizember 2019 End : loading... Status : loading... Beautiful cover by : @bibi graphic shop